Jul 29, 2009

Kedudukkan Puasa Telewat Mandi Hadas

insani

Assalamualaikum ya ustaz,

Saya sedikit kemusykilan tentang puasa.Jika sekiranya seseorang itu melakukanhubungan suami isteri pada lewat malam harinya dan kemudian dia terlenasehingga terbit fajar dalam keadaan junub.Sesuatu yang memang tidak disengajakan,sehinggakan terlewat untuk dia mengerjakan solat subuh,namun bila tersedar dari
terus dia mandi hadas dan melakukan solat pada jam 7.20 pg.dan dia juga meneruskanibadah puasanya itu.

Apakah hukum puasanya itu,dan jika sekiranya batal bagaimanakah caranya untukdia membayar puasa tersebut.Sekian,semoga Allah memberi kekuatan serta kerahmatanatas dakwah yang ustaz dan sahabat usahakan ini.

Wassalam.


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan in merupakan soalan ulangan, walaubagaimanapun kami akan cuba menjawabnya dengan ringkas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kedua-dua semua isteri tersebut bolehlah meneruskan puasa kerana puasa tersebut masih sah. Apa yang perlu dilakukan ialah sebaik sahaja bangun dari tidur hendaklah segera mandi junub dan bersolat subuh. Puasa akan hanya batal dan dikenakan kifarat (denda) jika berlaku persetubuhan disiang hari Ramadhan. Berikut adalah fatwa yang kami petik dari Lembaga Tetap fatwa Arab Saudi, fatwa yang bernomboer 4765 :-

يصح صيام من واقع زوجته ليلاً وأصبح جنباً ، وكذا يصح صيام من أصابته جنابة في نومه ليلاً أو نهاراً ولا حرج عليه في تأخير الغسل حتى يطلع الفجر

"Puasa seseorang yang bersetubuh dengan isterinya diwaktu malam dan apabila bangun dipagi hari didalam keadaan junub adalah sah, sebagaimana puasa mereka yang berjunub didalam tidur, samada malam atau siang. Tidak ada salahnya melambatkan mandi sehingga terbit fajar (untuk solat subuh)" - (Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah 10/327).

wassalam
=========
Rujukan :

1. Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2001

0 comments:

Post a Comment