Aug 1, 2009

Bersiwak Atau Tidak Siang Ramadhan

syahrezan

Sahih dpd nabi yang mulut busuk semasa berpuasa itu mulia di sisi ALlah, dan pada masa yang sama rasulullah selalu bersugi walaupun dalam bulan ramadan.

bila kita bau mulut kita busuk, yang mana lebih aula: biar mulut busuk atau gosok gigi/kumur supaya elok sikit bau mulut.

jkk


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

al-Jawab:

Hadith bau mulut puasawan itu berbunyi "Sungguh bau mulut orang yang puasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada bau Misk" (Bukhari-Muslim). Ia tidak menyatakan " sungguh bau mulut puasawan yg busuk..."

Kemungkinan maksud hadith ini ialah sikap sesetengah orang yg memandang jijik kepada bau mulut puasawan yang kebetulan tidak berkesempatan bersiwak kerana masalah tertentu.

Sunnah yg sahih ialah Nabi saw menjaga kebersihan mulutnya walaupun di bulan Ramadhan. Dalilnya:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudlu" [Hadits Riwayat Bukhari 847, Muslim 252 semisalnya].

Dari Aisyah:

" Bersiwak itu membersihkan mulut dan disenangi Tuhan" [alAlbani, sahih sunan anNasa'iy, # 5]

Bila kita himpunkan hadith2 dalam tajuk ini, maka bersiwak atau berus gigi itu sunnah dilakukan sepanjang masa TER masuk bulan Ramadhan sekalipun. Barulah menghasilkan bau yg harum dan disukai oleh Tuhan dalam hadith di atas.

apakah susah sangat utk berus gigi? sekian

5 comments:

Anonymous said...

kalau berdarah?

Admin said...

berdarah sikit kerana bersiwak untuk kebersihan tak apa tak batal puasa... pelan-pelan gosok.

Anonymous said...

tidak kira apa waktu pun..walaupn lepas zohor?/

Anonymous said...

Jikalau kita bersiwak mengunakan Colgate boleh atau tidak

Anonymous said...

bagaimana kalau bersiwak ketika hampir untuk berbuka? Adakah hadis shahih mengenainya?

Post a Comment