Aug 6, 2009

Marah Batak Puasa

SJ-08-0066 : Kemarahan membatalkan puasa?

Postby Guest » Sep 25th, '07, 00:39
salam

Maaf jika soalan ulangan, dah cari thread tp x jumpa.

Anggapan umum bhw MARAH ketika berpuasa (atau buat orang yang berpuasa marah) boleh membatalkan puasanya sendiri. Apa dalilnya?

wassalam


***************************************
Postby Abu_Umair » Sep 25th, '07, 07:16

Setakat apa yg ana tahu dari pembacaan yg sedikit, tidak pernah ana bertemu ada ulama menyebut MARAH membatalkan puasa. Lebih-lebih lagi MARAH itu sendiri bukanlah satu dosa. Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia. Malahan, ada marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.

Cuma ada sedikit khilaf di kalangan ulama dahulu, berkenaan BERCAKAP DAN MELAKUKAN PERKARA HARAM spt mengumpat, adakah ia membatalkan puasa atau tidak?

Jumhur ulama, malahan hampir keseluruhan ulama mengatakan maksiat2 itu TIDAK MEMBATALKAN PUASA. Malahan ada ulama menukilkan IJMAK.

Imam Auzai mengatakan ia MEMBATALKAN PUASA. Beliau berdalilkan kepada zahir larangan puasawan daripada mencarut dan membuat perkerjaan2 jahil. Antaranya:

1) Hadis "Apabila salah seorang kamu berpuasa, maka janganlah mencarut dan melakukan pekerjaan jahil, Jika ada orang menyerang kamu, katakan: Aku bepuasa". HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 1151).

2) Hadis "Siapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka tiadalah hajat bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minumnya". HR Bukhari (no: 1804).

-Imam Nawawi menjawab: yang dimaksudkan dalam hadis2 itu ialah: kesempurnaan dan kelebihan puasa akan tercapai dengan cara menjaga diri daripada perkara2 lagho dan percakapan yang kotor. Bukan bermaksud ia membatalkan puasa.

-Syiekh uthaimin menjawab: Perbuatan maksiat dilarang samada puasa atau tidak puasa. Kaedah: Larangan umum dalam ibadah, tidak merosakkan ibadah. Yg merosakkan ialah larangan khas.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/356
-al-Hawi al-Kabir oleh Mawardi 3/465
-Syarah Mumtie' Uthaimeen, Kitab: Puasa.

1 comments:

miaww said...

so maksudnya, mencarut tu membatalkan puasa ke x?

Post a Comment