Jul 25, 2009

Berbuka Bagi Wanita Hamil/Menyusu Anak

el_faqih

Assalamualaikum Sahabat

Saya ingin bertanya persoalan berbuka puasa bagi wanita yang hamil atau menyusukan anaknya. Sepanjang pengetahuan saya, wanita yang hamil atau menyusukan anaknya dibolehkan berbuka puasa / tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana bimbangkan kesihatan anaknya.

Soalan saya; Bagaimana ukuran / kriteria / keadaan ibu mengandung sehingga dibolehkan dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Adakah dikira dari segi tempoh kandungan, kesihatan ibu, pergerakan anak dalam rahim atau lain-lain? Seperti yang kita sedia maklum sesetengah ibu mengandung mampu berpuasa tetapi tidak tahu bagaimana keadaan anak dalam kandungan.

Syukran, Wassalam.

JAWAPAN:
g@y@t

Salam

Orang yg hamil dan yg menyusukan anak diberikan keringanan utk berbuka atau tidak puasa. Dr Yusuf Qaradhawi dalam fiqhus siyam tidaklah menukilkan sebarang syarat khas(spt sakit etc) kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya. Apa yg jelas dalil bersifat umum sepertimana dijelaskan dalam hadis berikut:

“Sesungguhnya Allah mencabut puasa dan separuh solat dari musafir dan mencabut puasa dari perempuan hamil dan menyusui.”[HR An-Nasa’I dan Ibn Majah]

Walaupun begitu terdapat khilaf mengenai apakah perlu siibu mengqada’kan puasa atau tidak. Berikut perbezaan pendapat secara ringkas:

  1. Hanafi: bagi perempuan hamil atau menyusu yg meninggalkan puasa, wajib mengqada’kan puasa sahaja
  2. Syafi’I dan hanbali: wajib qada’ dan perlu membayar fidyah bagi perempuan hamil atau menyusu yg meninggalkan puasa jika mereka takut kesihatan janin atau anaknya.
  3. Maliki: wajib mengqada’ dan fidyah hanya dikenakan kpd yg meninggalkan puasa kerana menyusukan bayi
  4. Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Sirin: hanya membayar fidyah

Berdasarkan kesemua pendpt mazhab ini, Sheikh Attiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar’atil-Muslimah(soal jawab muslimah) mengatakan boleh saja memilih salah satu dari pendpt di atas. Namun Dr Yusuf Qaradhawi mengatakan pendpt yg rajih ialah pedpt yg dikemukan Ibn Abbas. WA.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment