Jul 25, 2009

Perkara Yang Membatalkan Puasa

re4mac

assalamualaikum ust,

Saya ada satu kemusykilan disini,bagaimanakah keadaan puasa seseorang itu jika dia tidur selepas terbit fajar dan bermimipi hingga keluar mani.kemudian dia terjaga sebelum waktu zuhur dan terus membersihakan dirinya.

Sekian terima kasih


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Puasa bagi mereka yang tidur disiang hari Ramadhan dan keluar mani semasa bermimpi tidaklah batal. Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Majmu' Fatawa (5/243) :-

من فكّر فأنزل ، أو احتلم فأنزل لم يفسد صومه ، وعليه غسل الجنابة ، لقول النبي صلى الله عليه وسلم لما سألته أم سليم : هل على المرأة من غسل إذا هي احتلمت ؟ قال : نعم إذا رأت الماء .

"barangsiapa yang memikirkan mengenai seks dan keluar mani, atau bermimpi dan keluar mani, tidak membatalkan puasa, akan tetapi dimesti melakukan mandi janaabah, kerana Umm Sulaym bertanya baginda saw :'Apakah wanita perlu mandi jika bermimpi?', kemudian Nabi saw berkata ,'YA, jika ia berjumpa air'".

Menurut ibn Baaz lagi :-

أما الصوم فصحيح ، لأن الاحتلام ليس باختياره

"Bagi puasanya, ia adalah sah, kerana mimpi (lalu keluar mani) bukanlah sesuatu yang berlaku dengan pilihannya"

Kesimpulannya, Puasa seseorang yang keluar mani sewaktu tidur disiang hari sah, yang perlu dilakukan ialah mandi janaabah (wajib), kerana perkara ini adalah diluar kawalan seseorang. Wallahu'alam.

wassalam
---------------
Rujukan :-

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz. Majmu fatawa Samaahah Shiekh Abdul Aziz bin Baaz - 5. Dar Al-Watan, 1997. ms 243.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum, saya terbaca perkara lain yg membatalkan puasa ialah 'berniat membatalkan puasa'. Bagaimana tu ya? adakan dgn mengatakan dlm hati @ terlintas dlm hati, "xnak puasa la hari ni". maka secara automatik batal puasa seseorg itu. terima kasih..

Anonymous said...

Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

-dipetik dr laman ustz zaharuddin.net

Post a Comment