Jul 25, 2009

Mimpi dan Onani Di Bulan Ramadhan

ziy@d

Salam

Soalan dari saudara Allawudden:

Seorang rakan saya bertanya kepada saya " Saya telah bermimpi yang menghairahkan ketika saya tidur diwaktu siang pada bulan puasa.Semasa saya asyik melayan mimpi tersebut, saya berasa seronok dan ingin mengeluarkan mani.Tetapi secara tiba - tiba saya terjaga dari tidur dan saya dapati saya mengeluarkan hanya sedikit mani sahaja (tidak sampai tahap kepuasan.Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan mani menggunakan tangan (onani)kerana saya risau mani yang tertinggal akan memudhoratkan"..

soalan:

1.Apakah pendapat ustaz pada masalah diatas?.Bolehkah diberi ulasan atau apa - apa yang boleh membantu.

2.Apakah hukum saya membuat keputusan beronani dibulan puasa?

3.Saya musykil pada masalah:
i- pada awalnya bermimpi dan mengeluarkan sedikit mani.
ii- beronani untuk membuang semua lebihan mani yang tertinggal. Adakah batal puasa saya dan apakah hukumnya.

Wassalam

JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

Jawab

1. Keluar mani dgn sebab mimpi atau khayal tidak membatalkan puasa. Apabila seorang bermimpi dan keluar mani dia telah mencapai orgasm, mani akan keluar secara terpancar deras. Jika sedikit itu mungkin bermaksud madzi.
Perbuatan meneruskan dengan onani itu adalah suatu yg tidak wajar dilakukan. Ini adalah akibat tidak ada ilmu agama, maka telah melakukan yg haram. Perbuatan melancap itu telah membatalkan puasa dan alasan anda itu tidak menasabah langsung. (Fiqh Sunnah)

2. Keputusan anda beronani itu tercela dan membatalkan puasa menurut pendapat yg rajih (Fiqh Sunnah)

3. i) mani yg keluar secara bermimpi dalam kuantiti yg sedikit/banyak tidak membatalkan puasa
3. ii) Onani atas alasan/dakwaan membuang sisa mani adalah berbuatan yg membatalkan puasa. Alasan ini adalah sesuatu yg diada-adakan dalam agama. WA

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

berdasarkan situasi diatas apabila kita mimpi yang menghairahkan dan mengeluarkan air mani saya ada satu soalan kpd ustaz:

-adakah kita perlu bersegera melakukan mandi wajib..?

Anonymous said...

atau pun tidak boleh...?

Admin said...

Jika mimpi sehingga keluar mani wajib disegerakan mandi hadas untuk melakukan solat terutamanya ketika telah masuk waktu. Puasa tidak terjejas tetapi tidak boleh bersolat dalam hadas besar.

Unknown said...

apakah denda mengeluarkan air mani dengan sengja ketika bulan puasa?

Anonymous said...

ustaz saya nak tanya kalau katakan kita keluar mani *bersetubuh sbelum subuh adakah kita kena mandi (hadas besar) sebelum subuh (sebelum mulanya puasa) atau kita boleh mandi ketika waktu subuh.

Post a Comment