Jul 22, 2009

Fiqh Puasa Berkenaan Syawal

SOALAN:
fundamentalis

Assalamu'alaikum,

Tak lama lagi kita akan masuk kedalam bulan Ramadhan dan seterusnya berhari raya dalam bulan Syawal. Dalam masyarakat kita hari raya akan disambut dengan penuh gilang gemilang dengan bajunya baru, pendek kata semuanya baru. Dalam hal ini adakah agama sendiri menuntut untuk memperbaharui segalanya ataupun hanya perbuatan masyarakat kita?

Berkenaan dengan duit raya pula. Budak-budak memang cukup untung la sebab bulan syawal ni bulan buat duit. Sejauh manakah kita perlu memberi duit raya ini. Adakah agama juga menyuruh kita memberi ataupun bersedekah pada hari raya ataupun segala perbuatan seperti memberi duit raya adalah budaya masyarakat kita?

Kalau boleh Ustaz THTL/Pendekar cerita sikit tentang sambutan hari raya pada zaman Rasulullah SAW ataupun zaman sahabat baginda. Bagaimana cara mereka menyambut dan aktiviti yg mereka lakukan ketika menyambut hari raya.
Terima kasih.

JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

wassalam

Kita dah pun masuk dalam bulan Ramadhan yg diberkahi. Ma'af kerana kelewatan membalasnya kerana isunya adalah Idil Fitri yg kita rasa belum urgent untuk dijawab sekarang.

1. Amalan menzahirkan serba baru dan kemeriahan sempena hari Idil Fitri dan Idil Adhha adalah sunnah. Ini berdasarkan hadis Bukhari-Muslim dari Aisyah ra," setiap kaum ada perayaan masing2, sedangkan ini adalah perayaan (id) kita."
Serba baru dan keceriaan itu pula tidaklah sampai ke tahap biar papa asalkan bergaya, bahkan ia dibuat dalam batas2 kemampuan dan tidak membazir. Imam Ibn Qayyim dalam Zaad alMa'ad bahawa Nabi saw mengenakan pakaian terbaik baginda setiap kali raya. Istilah hari ini the best dress available (BDA) atau DTK (dress to kill).. Mengenai amalan mengganti langsir baru, perabut baru, sofa baru, cat baru setiap Idil fitri itu bukanlah amalan Islam tapi bermegah dan membazir.

2. Amalan memberi duit raya atau 'ang pow' kpd kanak2 dalam tradisi Cina itu termasuk adat yg bukan fasid kerana menurut Imam alhafeedz Ibn Hajar Asqalani (Fathul Bari) sunnah memberi kegembiraan kepada keluarga dan kanak-kanak kerana kepenatan dan kesulitan berpuasa yg dilalui oleh golongan ini. Sunnat kepala keluarga menyediakan beberapa juadah istimewa supaya mendatangkan kesukaan kepada mereka. Dalam kitab Ahkam al'Aydain fi Sunnah alMutahharah (terjemahan Abdullah alQari kelantan) dijelaskan memberi sedekah itu tidaklah dihadkan kepada kana-kanak sahaja malah hendaklah dilebihkan kepada fuqara' (orang fakir) dan orang miskin. Lagi sekali memberi sedeqah berupa wang ini juga hendaklah mengikut kemampuan dan jangan terlalu boros kerana untuk bermegah.

3. sambutan hari raya di zaman salaf

a. mereka mengenakan pakaian yg terbaik (HR Imam Syafi'iy dan Baghawi bahawa setiap kali Raya, Nabi saw mengenakan pakaian terbaik buatan Yaman)

b. bertakbir pada hari raya (jumhur mengesyorkan)

c. saling mengucap tahniah dgn lafaz TaqabalaLlah... (Fatwa Ibn Taymiyah, ia adalah amalan sahabat)

d. Boleh mendengar nyanyian, memukul gendang dan mengadakan permainan (secara yg makruf) dalil: HR Bukhari-Muslim dari Aisyah)

e. menempuh jalan yg berbedza pergi dan balik dari solat Idilfitri (hikmah supaya kita dapat bertemu banyak orang)

f. makan dahulu sebelum pergi solat Id (idilfitri) dan tak perlu makan jika solat Adhha.

g. ikut serta seluruh muslimin-muslimat (wanita dan kana2) ke tempat solat termasuk yg haidh (duduk di luar tempat solat)

WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment