Jul 25, 2009

Dilema Zakat Fitrah

peacedeana

Salam

utk perhatian tuan, sejak ana berada di jepun ini, ana berpegang kpd pendapat bahawa oleh kerana status ana yg masih dalam tanggungan ibubapa, maka urusan pembayaran zakat dilakukan dengan berwakilkan bapa ana di malaysia, mengikut nilai yg ditetapkan di sana.

soalan ana:

1- benarkah apa yang ana pegangkan selama ini?

2- selama ini bapa ana bayarkan zakat ana di malaysia mengikut kadar di malaysia. namun begitu, baru ana tahu bahawa sepatutnya kadar zakat fitrah ana berbeza dari segi nilai serta kualiti beras di jepun ini. oleh itu, menurut jumhur ulama, yg manakah yg benar dalam hal ini?

3- sekiranya ana ingin membayar zakat fitrah ana di sini (jepun), adakah dibolehkan untuk disalurkan zakat fitrah ana kepada pertubuhan islam di sini (jepun), sedangkan menurut pandangan seorang ustaz dari JAKIM yg baru-baru ini telah datang berkunjung di sini, sepatutnya zakat fitrah hanya disalurkan kepada pihak yang boleh & mampu mencari serta menyalurkan hasil zakat itu kpd 8 asnaf sepertimana yg kita maklumi itu. menurut ustaz itu, walaupun terdapat beberapa organisasi ataupun pertubuhan islam di jepun ini, mereka ini tidak berhak mendapat hasil zakat tersebut. yakni yg dibolehkan terhadap mereka ini hanyalah sumbangan yg berupa sedekah sahaja. zakat ini hanyalah diutamakan pemberiannya kpd yg asnaf seperti fakir miskin, mualaf dsb. sekiranya kelapan2 asnaf ini wujud (paling kurangpun lebih daripada 2 jenis asnaf) serta wujudnya pihak yg berkemampuan mencari & mengagihkan zakat itu sendiri. benarkah pendapat ini?

4- sekiranya asnaf yg layak di sesebuah negara itu hanyalah pertubuhan & organisasi islam serta pengurusan masjid, yakni asnaf2 lain tiada setelah diusahakan pencarian itu, adakah mereka ini layak menerima hasil zakat tersebut?

5- [soalan am] berapakah nilai sukatan bagi secupak kalau ditukarkan kepada nilai sukatan semasa (spt kg dsb)?

6- bagi situasi ana yg hanya melakukan part-time job sekali sekala pada musim cuti sahaja serta menerima biasiswa daripada penaja, fiqh yg manakah perlu ana ikuti & amalkan tentang hal zakat fitrah ini?

sekian sahaja soalan daripada ana dari kejauhan ini. Wassalam

JAWAPAN:
ziy@d

Salam

Q1.Apa yg saudara/I pegang selama selama ini, ia bergantung. Apakah di sana tiada para fuqara’ atau masakin atau asnaf yang lain? Sekiranya ketiadaan itu, maka dibolehkan memindahkan ia ke tempat lain

Bolehkah memindahkan bayaran zakat?

كيف أدفع زكاة الفطر هنا في اليابان، علما أنني من مصر؟

1. Bagaimana saya membayar zakat fitrah di japan sedangkan saya berasal dari mesir?

يمكنك دفع زكاة الفطر في اليابان إذا كان فيها مسلمون فقراء ومحتاجون فهم أحق بذلك، أما في حالة عدم وجود فقراء أو مساكين مسلمين في ذلك البلد فيجوز لك نقل هذه الزكاة إلى بلد آخر سواء كان ذلك بلدك الأصلي أو بلد آخر فيه مسلمون محتاجون.

“Tempat pembayaran zakat fitrrah di japan dibolehkan sekiranya ada faqir muslim dan orang-orang yang berhak. Namun sekiranya ketiadaan faqir dan orang miskin muslim di Negara itu, maka zakat dibenarkan dibawa ke Negara asal atau Negara yang terdapat muslim yang memerlukannya.”

http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=6s5Sbz

Pendapat Yusuf Al-Qaradawi

هل يجوز إخراج الزكاة في بلد آخر غير البلد الذي أقيم فيه ؟

2. Adakah dibenarkan membayar zakat di Negara selain dari Negara yang ia menetap di dlmnya?

إن الأصل في الزكاة ، إذا كانت زكاة الفطر أن يخرجها الشخص حيث يقيم ، وزكاة المال الأصل أن يخرجها المسلم حيث يكون ماله ، ولكن يجوز أن يخرج المسلم عن هذا الأصل لأسباب ومبررات ، كما إذا كان مثلا أحد إخواننا الفلسطينيين يعمل في إحدى إمارات الخليج وله أقارب في المخيمات محتاجون ويستحقون الزكاة ، فالأولى به في هذه الحالة أن يبعث لهم زكاة ماله

“Sesungguhnya ia berasal kpd zakat itu tadi. Sekiranya ia menetapkan (mencari rezeki), maka zakat fitrah itu dikeluarkan di tempat ia menetap. Dan zakat harta itu asalnya ialah di mana seorang muslim itu mencari sumber wang. Namun demikian, dibenarkan seseorang itu membawa keluar ia (wang zakat) itu dari tempat asalnya dgn sebab dan justifikasi sebagaimana contoh salah seorang saudara Palestine yang bekerja di sebuah negara teluk dan dia memberi zakat kpd kem2 pelarian dan kepada mereka yang berhak menerima zakat. Dan adalah lebih awla dlm hal ini dia menghantar mereka zakat harta.”

Rujukan: WWW.QARADAWI.NET

Q2. Nilai segantang tidak ada ketetapan dari satu tempat ke satu tempat. Al-Qaradawi tidak mencadangkan harga dijadikan asas yang mutlak kpd kadar zakat fitrah. Beliau sebaliknya memilih segantang harus dijadikan asas berbanding nilai segantang dlm wang. Namun demikian, AlQaradawi berkata sekiranya berlaku perbezaan harga yang sangat ketara bagi mana2 bahan makanan asas yang tertentu pengeluarannya ssbg zakat fitrah, bolehlah berasaskan perbezaan harga tersebut, samada lebih banyak ataupun sedikit. (Fiqhuz Zakat)

Menurut Ad-Dahlawi (Hujjatullah Al-balighah) satu gantang makanan utama biasanya cukup utk dimakan oleh sebuah keluarga bagi satu hari.

Ukuran Sa’ adalah bersamaan dgn 4 mud (satu mud bersamaan dgn segenggam kebanyakan lelaki). Bagaimanapun, berat Sa’ berbeza dgn setiap barang yang ditimbang.

Contohnya, 1 sa’ gandum bersamaan dgn 2176 gram, 1 sa’ beras adalah 2520 gram, 1 sa’ kacang 2250 grams( Shahâtah, Fiqh wa Hisâb Zakât al-Fitr). Walaubagaimanapun, kerana ketidakseragaman nilai sa’ ini, adalah wajar seorang muslim memberi lebih sedikit dari yang sepatutnya, inilah yg lebih afdhal.

Q3. Apakah perlu wujud 8 asnaf di sesuatu tempat maka barulah sesuatu organisasi dibenarkan menerima dan mengagihkannya? Apakah zakat perlu diagihkan kpd 8 asnaf? Atau dibolehkan kpd bbrp asnaf shj?

Menurut mazhab syafie, zakat mesti diagihkan kpd 8 asnaf samarata.(Imam As-Syirazi Syarh Al-Muhazzab). Mengikut pendapat Maliki dan hanafi, zakat tidak diwajibkan diagihkan kpd semua asnaf yang ada tetapi mencukupi kpd mana2 asnaf sahaja.

Al-Qaradawi (Fiqhuz Zakat) menyimpulkan pandangan mazhab di atas:
Zakat yang dipungut banyak dan kesemua 8 asnaf memerlukan kadar yang sama dan pengagihan perlu diagihkan samarata dan tidak boleh dinafikan keperluan setiap asnaf. Bagaimanapun, kewajipan mengagihkan zakat hanyalah dipikul oleh mereka yang berwajib.

Q4: Sekiranya tiada 8 asnaf yang disebut, ini berlaku pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz. Yahya bin Sa`d berkata, “Umar Abd Aziz menghantar aku utk mengutip sadaqat in Ifriqiyyah dan aku telah berbuat demikian. Kmdn aku mencari orang miskin supaya kami dapat mengagihkannya tetapi kami tidak menjumpai mereka ataupun yang lain utk menerimanya. Oleh kerana umar abd aziz ingin memerdekakan hamba, maka aku pun membeli hamba dgnnya dan membebaskan mereka.(Sayyid Qutb, Al-‘Adâlah al-Ijtimâ‘iyyah fî al-Islâm). Oleh yang demikian, sekiranya ketiadaan orang miskin dan faqir di sesuatu tempat itu, ingatlah bahawa setiap orang islam itu adalah bersaudara dan satu ummah. Dan sepatunya zakat itu dipindahkan kpd setiap orang islam di mana2 yang memerlukan. Sungguhpun demikian masih kategori Fi Sabilillah yang ia akan terus wujud selagi ada perjuangan.

Q5: Rujuk kembali jawapan di atas

Q6: Merujuk kpd situasi saudara/I di sana, kena lihat kpd waqi’ di sana.

Eid Mubarak.

P/s: Next time, jgn lambakkan soalan dlm satu soalan. :adus :fuhh

Wassalam

0 comments:

Post a Comment