Jul 24, 2009

Bersahur Ketika Azan Berkumandang

Assalamualaikum...

Saya jangka sudah tiada soalan, tapi dengan kuasa Allah s.w.t., kemusykilan ini datang di fikiran.
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh; dan apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....

Terima kasih.... wassallam.

Jawab
Alhamdulillah inilah jawapan yang dipohon:
Firman Allah Taala:
"...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187)

Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).

--------
Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh?
Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar.

Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan.....
Jawab: Juga tidak sah.

Sekian. Wallahu a'lam.
zain y.s

Rujukan:
Feqhus Sunnah, sayid sabiq.

0 comments:

Post a Comment