Jul 24, 2009

Apakah Wajib Kaffarah Kerana Melakukan Onani

Puasa: Onani apakah mewajibkan kaffarah?
Assalamualaikum.....
Saya ada satu soalan....
Saya telah melakukan onani dalam bulan puasa pada lebih kurang 6 tahun lepas.Pada masa itu saya tidak tahu hukum yang apabila seseorang itu mengeluarkan air mani dengan sengaja dalam bulan puasa..dia mesti membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah. Pada masa itu saya hanya tahu syarat batal puasa iaitu salah satu darinya ialah mengeluarkan air mani dengan sengaja dan saya telah mengkhadakan puasa tersebut dan bertaubat. Beberapa lama selepas dari kejadian itu baru saya dapat tahu tentang hukum denda tersebut.

Soalan saya, apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ). Jikalau saya terpaksa melaksakan hukum tersebut, apa yang perlu saya lakukan sedangkan kejadian tersebut telah berlaku sejak 7 tahun lepas...

Terima Kasih...

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:
Mengeluarkan air mani pada siang Ramadhan membatalkan puasa tetapi tidak mewajibkan kaffarah (membebaskan seorang hamba, atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah). Namun ia wajib qadha'.

Menurut Syafi'i, perkara yang membatalkan puasa serta wajib qadha' dan kaffarah hanya satu sahaja, iaitu jimak dengan beberapa syarat. Manakala keluar air mani dengan menggunakan tangan, ciuman, geselan dsbnya hanya membatalkan puasa sahaja. Tidak dikenakan kaffarah. Dan keluar air mani dengan sebab mimpi, melihat atau mengkhayalkan sesuatu yang menaikkan syahwat tidak membatalkan puasa.

Menurut Hanbali, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1. Jimak pada siang ramadhan, samada pada faraj atau dubur.
2. Mengadakan hubungan lesbian (musahaqah).

Menurut Malik pula, yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah setiap perkara yang membatalkan puasa dengan syarat-syarat yang khusus.

Menurut Hanafi yang membatalkan puasa serta mewajibkan qadha' dan kaffarah ialah:
1. Makan atau yang semakna dengannya, dengan beberapa syarat tertentu.
2. Melepaskan syahwat kemaluan secara sempurna, juga dengan beberapa syaratnya.

--------
Masalah: Apakah saya harus melaksanakan hukum tersebut ( membebaskan seorang hamba atau berpuasa 2 bulan atau membayar fidyah)sedangkan pada masa saya lakukan perbuatan tersebut saya dalam keadaan jahil ( tidak tahu tentang hukum tersebut ).
Jawab: Berdasarkan mazhab Syafi'i, saudara/ri tidak perlu membayar kaffarah. Cuma, jika saudara melewat-lewatkan qadha' puasa yang ditinggalkan secara sengaja (spt onani dsbnya), sehingga tiba Ramadhan berikutnya, maka saudara diwajibkan mengqadhak puasa berkenaan serta membayar fidyah. Sila lihat penjelasannya di sini:
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab242.htm

Sekian. Wallahu a'lam.

zain y.s

Rujukan:
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1

10 comments:

Anonymous said...

Asslmkm,

Maaf, saya hanya ingin menyambung pertanyaan tentang onani dan qadha diatas..

Untuk puasa qadha yang harus dikerjakan, banyaknya berapa kali ya pa ustadz? bagaimana jika jumlah melakukan onani (sama dengan jumlah puasa ramadhan yang batal) sudah lupa?

terima kasih.

wsslmkm...

ME said...

W'salam wbh

bilangan hari qadha adalah sama dengan bilangan hari yang batal puasa kerana perbuatan onani tersebut... kalau 7 ganti 7...

kalau sudah melewati ramadhan yang satu lagi kena bayar fidyah dengan ganti sekali...
WA

Anonymous said...

bolehkah kafarah dibayar dgn tunai...contohnya secupak beras sama nilai rm10... ?

Admin said...

Salam

kafarah dengan fidyah adalah berbeza. Kafarah khusus untuk yang melakukan hubungan seks siang ramadhan dengan beberapa syarat. Kafarah dikenakan membebaskan seorang hamba atau berpuasa 60 hari berturut-turut. Jika tidak mampu diganti dengan 1 cupak makanan tempatan sehari.

fidyah sama dengan 1 cupak makanan tempatan (beras atau gandum umpamanya). Tidak boleh dibayar dengan wang tunai, mesti dibayar dengan jenis makanan yang ditetapkan.

Anonymous said...

apakah batal puasa jika melakukan onani secara sedar di bulan ramadhan dan terkeluar air mazi?

Anonymous said...

jika saya pernah melakukan onani selama 15 hari pd ramadhan 10 tahun yang lepas, berapa kalikah saya perlu qada' puasa dan bagaimana dengan bayaran fidyah yang dikenakan ke atas saya?dengan siapakah yang boleh saya rujuk dan uruskan fidyah ini? terima kasih, ustaz.

Anonymous said...

Apaka fidyah tersebut wajib kd atasnya walaupun pada waktu tersebut dia tidak mengetahuinya?

anonymos2 said...

salam, saya juga mengalami masalah sama, tapi pada waktu itu sy dlm keadaan sedar xsedar..hampir keluar air mani, baru saya sedar akan sy melakukan onani siang hari di bulan ramadhan...kerana bulan ramdhan baru seminggu xsilap sy..

terima kasih atas penjelasan yang diberi ustaz..
dan sekarang saya keliru, kerana sy ada terbaca di internet mengenai hukum tersebut adalah DOSA BESAR.. adakah cukup sekadar qadha' shj atau bagaimana....semua yg sy baca diinternet kebanyakan tidak sama penerangan nya... nak tanya face to face, sy malu akan kesilapan yang dilakukan itu.. jadi, sy ingin penjelasan dari ustaz mengenai hukumnya dan apa yg patut sy lakukan jika hukumnya adalah dosa besar?? bantu sy ustaz...

Anonymous said...

ustaz .. sya x boleh berhenti drpd onani ... tlg bantu sya ustaz .. sya x mahu tanggung dosa besar

Calipso said...

Berusaha untuk melawan nafsu dengan perbanyakkan ilmu agama dan amalan... banyakkan membaca dan belajar agama, latih diri dengan berpuasa sunat dan solat sunat malam...

sentiasa ingat Allah melihat apa sahaja yang kita lakukan... WA

Post a Comment