Feb 28, 2009

Puasa Ganti

kaynie

Assalamualaikum wbt.....

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan puasa ganti. Sekiranya saya tidak ingat/was-was sama ada saya telah pun menganti puasa saya sewaktu usia 10-15 tahun

1) Bagaimanakah caranya saya membayar fidiyah?

2) Adakah saya perlu mengantikan puasa terlebih dahulu baru boleh bayar fidiyah? Bagaimana caranya utk saya menggantikan puasa yg dulu2?

3) dan jika saya tidak ingat bilangan puasa yg wajib saya ganti bagaimana pula?

4) Jika saya tidak ingat bilangan puasa yg wajib saya ganti boleh ker saya buat anggaran contohnya dlm sebulan kebiasaanya saya datang bulan (haid) dalam seminggu (7-8 hari) jadi saya peruntukan utk tahun2 yg saya was-was sama ada saya dah ganti puasa ker belum adalah 10 hari boleh ker?

Saya betul2 memerlukan penerangan yg lebih jelas lagi... harap pihak tuan sudi membantu....terima kasih.

Wassalam....


********************
thtl

Jawab:

1. Jika anda was-was antara sudah mengganti atau belum, pilihlah anda belum lagi mengganti puasa anda.

2. Jika anda was-was mengenai bilangannya. Gunakan metode estimate seperti yg anda kemukakan: 7-8 hari dan lebihkan satu atau dua hari = 10 hari .

3. Qadha sahaja atau disertakan fidyah.
Pendapat yg kuat ialah tidak perlu fidyah, memadai qadha sahaja. (Qardhawi, fatawa mu'asirat; dan Dr Syurbasyi, Yas-aluunak) WaLlahu a'alam

al-ahkam.net/

3 comments:

Di Awangan said...

bagaimana pula dengan orang yang sengaja tidak mahu menggantikan puasa?
sehingga dia lupa berapa hari perlu dia gantikan puasanya..

Admin said...

kalau lupa andaikan berapa lama anggaran hari dan bayar fidyah...

Anonymous said...

seorang hamba Allah ini tidak pernah menggantikan puasanya sejak berumur 14 tahun hingga 28 tahun. Kini, dia menyedari hutangnya kepada Allah. Bagaimanakah caranya? perlu berpuasa atau membayar fidyah? tetapi dia sudah lupa berapa hari perlu digantikannya..

Post a Comment