Aug 1, 2009

Berpuasa Di Luar Negara

Guest
Maqam 4

assalamualaikum.. sekiranya saya menetap di overseas sekarang, adakah boleh saya mengikut tarikh berpuasa yang diumumkan dimalaysia sedangkan dinegara yang saya duduki ini mempunyai organisasi islam yang mengumumumkan puasa jatuhnya sehari lewat dari malaysia..apakah hukumnya? wslm


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Seseorang yang menetap diluar negara tidak boleh berpuasa dan menyambut Eid mengikut negara lain; eg: Malaysia. Lebih-lebih lagi jika negara tersebut mempunyai Organisasi Islam yang akan menetapkan tarikh bermula puasa.

Menurut Jawatan Kuasa Tetap Penyelidikan Saintifik dan Fatwa Arab Saudi atau dikenali sebagai al-Lajnah al-Daaimah mengatakan bahwa "Muslim Student's Union" atau badan-badan Islam yang lain di negara yang bukan Islam boleh bertindak menggantikan Kerajaan Islam didalam hal berkenaan dengan pengesahan 'anak bulan' bagi penduduk Islam yang tinggal di negara yang bukan Islam. Maknanya, badan-badan Islam ini akan nenetapkan tarikh kewajipan berpuasa.

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh, bagi negara yang tidak ada organisasi Islam, tidaklah berdosa jika dia mengikut tarikh penentuan puasa dan Hari Raya mengikut negara yang dia percaya eg: Arab Saudi. [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 15/105].

Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah mengikut tarikh puasa yang ditetapkan di negara dia berada. Jika kebetulan pada masa itu dia sedang bercuti di Malaysia, dan Malaysia tidak berpuasa pada hari tersebut (dinegara dia tinggal puasa ibadat puasa sudah bermula), maka dia hendaklah tidak berpuasa pada hari tersebut dan begitulah sebaliknya. WA.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment