Jul 29, 2009

Berpuasa Pada Hari Eid Adha

mori

Assalamualaikum,.

Soalan:
Apakah disunatkan untuk niat puasa dihari Eidul Adha dan bukanya selepas balik dari solat sunat Eid tersebut. Adakah ini sunnah? Nampak macam pelik tapi diberitahu oleh seorang yang alim di tempat saya. Minta tolong tahqih/. Terima kasih.



JAWAPAN:
zain-ys
Founder

Salam

Diharamkan berpuasa pada Idul Adha.

( عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ { نَهَى عَنْ صَوْمِ يَوْمَيْنِ : يَوْمِ الْفِطْرِ ، وَيَوْمِ النَّحْرِ } .
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .
وَفِي لَفْظٍ لِأَحْمَدَ وَالْبُخَارِيِّ { لَا صَوْمَ فِي يَوْمَيْنِ } وَلِمُسْلِمٍ { لَا يَصِحُّ الصِّيَامُ فِي يَوْمَيْنِ } )

Maksudnya: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahawasanya baginda melarang berpuasa pada dua hari: Idul Fitri dan idul adha. (Muttafaq Alaih)

Al-Syaukani di dalam Nailul Authar-nya berkata:

قَالَ النَّوَوِيُّ فِي شَرْحِ صَحِيحِ مُسْلِمٍ : وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى تَحْرِيمِ صَوْمِ هَذَيْنِ الْيَوْمَيْنِ بِكُلِّ حَالٍ

Maksudnya: Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata: Telah ijmak seluruh ulama atas haramnya berpuasa para dua hari (hari raya puasa dan hari raya haji) dalam apa keadaan sekalipun.

Wassalam

_________________
kamin
Panel Feqh

Sedikit tambahan -

Mungkin yang di maksud adalah disunatkan tidak makan sebelum selesai Solat Eid al-Adha. Apakah itu maksudnya?

Nabi saw pada Eid al-Adha tidak makan apa-apa sebelum Solat Eid , dan apabila kembali dari Solat akan makan masakan daging korban tersebut.

Ia bukanlah 'puasa' dalam erti kata sebenar. Tidak ada niat khusus, cuma kita lakukan kerana Nabi saw pernah melakukan sedemikian.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment