Jul 31, 2009

Menentukan Air Mani Wanita

anakMINANG04

Salam

Moga kita dirahmati Allah,

Merujuk kepada persoalan dan jawapan di
SJ-08-0032 : Asmaradana Di Siang Ramadhan [rating 18SX]
Soalan3) bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)??

Jawapan
3) jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=30995&sid=bac3df0c9e9b4b8a668cce51912f9373

-------------------------------------------
Persoalannya...

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???...adakah pada keghairahannya???

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar....sudah pasti puasanya batal....adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer...

Mohon pencerahan

JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Quote:
1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???...adakah pada keghairahannya???

Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;

1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.

2) keluar dengan memancut.

3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga2 sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri no: 3 sahaja.

rujukan: Fathul Aziz 2/121, majmuk nawawi 2/141, syarah mumti' Uthaimin 1/277-278.

Quote:
2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar....sudah pasti puasanya batal..

jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. ini pendapat keempat2 mazhab. Dalilnya:

1) Ada hadis sahih menyebut ttg puasa, iaitu: "Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku (Allah)". Bukhari 2/670.

2) Qiyas kepada muntah dengan sengaja. sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

-diceduk drpd syarah syeikh muhammad al-syanqiti hafizahullah.

Quote:
adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer...

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yg mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saya ingin bertanya,

saya dan suami saya sering melakukan "phone sex" disebabkan kami berjauhan.
Persoalannya sekarang adakah puasa saya batal sekiranya saya melakukan perkara itu walapun tidak memasukkan sesuatu dalam kemaluan tetapi sehingga saya terasa klimaks tetapi dan tidak keluar air mani? cuma air mazi sahaja.

Admin said...

W'salam

klimaks selalunya bermaksud keluar mani. Walaupun hanya keluar mazi dan pendapat kebanyakkan pendapat ulamak tidak membatalkan puasa (dalam lingkungan khilaf), perbuatan sengaja mendatangkan syahwat ketika berpuasa adalah ditegah keras mengikut syarak.

Anonymous said...

Anonymous said...
Assalamualaikum,

saya ingin bertanya,

saya dan suami saya sering melakukan "phone sex" disebabkan kami berjauhan.
Persoalannya sekarang adakah puasa saya batal sekiranya saya melakukan perkara itu walapun tidak memasukkan sesuatu dalam kemaluan tetapi sehingga saya terasa klimaks tetapi dan tidak keluar air mani? cuma air mazi sahaja.
August 15, 2010 2:03 PM
Admin said...
W'salam

klimaks selalunya bermaksud keluar mani. Walaupun hanya keluar mazi dan pendapat kebanyakkan pendapat ulamak tidak membatalkan puasa (dalam lingkungan khilaf), perbuatan sengaja mendatangkan syahwat ketika berpuasa adalah ditegah keras mengikut syarak.
August 15, 2010 5:35 PM





salam,

terima kasih diatas jawapan ...tetapi maaf saya agak kurang jelas tentang jawapan yang diberikan...
minta dijelaskan lagi..adakah puasa saya terbatal?

Admin said...

W'salam

jawapannya seperti di atas sekali jawapan No, 3.
TIDAK batal puasa jika keluar mazi tidak keluar mani. WA

Admin said...

W'salam

jawapannya seperti di atas sekali jawapan No, 3.
TIDAK batal puasa jika keluar mazi tidak keluar mani. WA

madihah said...

salah satu ciri air mani memancut.tapi air kencing juga memancut.jadi bagaimana nak bezakan

Anonymous said...

Salam ustaz.
Persoalan saya, apakah air mani wanita dilihat pada seluar dalam? Jika tiada, apakah saya perlu menggunakan tissue (dan mengelap kemaluan) untuk memastikannya?
Dan sekiranya bangun tidur apakah kita perlu check dengan mengelap kemaluan atau cukup dgn melihat tiada apa pada seluar dalam?

Anonymous said...

salam ustaz...adakah mandi wajib terbatal sekiranya selepas mandi wajib dan bersolat tetiba keluar cecair dari kemaluan yang mungkin air mani suami masih tertinggal di dalam dan belum habis keluar selepas bersama?saya was-was..

Admin said...

sisa air mani yang ada tidak membatalkan mandi hadas, tapi ianya membatalkan wuduk, hendaklah dibersihkan dan berwuduk semula. Tidak perlu mandi hadas semula, jika disedari sebaik lepas solat, maka solat tersebut perlu diulang semula. WA

Anonymous said...

salam ustaz..
Pertanyaan saya, jika seoarang isteri baru sahaja habis darah haid tetapi belum mandi hadas, lalu bersetubuh dengan suami. bagaimanakah cara niat mandi tersebut?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz

Adakah melalui phone sex.Kita perlu mandi hadas...Maaf ustaz saya mohon penjelasan. Saya kurang faham mengenai masalah ini

Post a Comment