Jul 29, 2009

Jumlah dan Cara Fidyah Perlu Dibayar

eunjie

Salam

sy nak tanye psl byr fidyah sbb tk sempat ganti pose Yellow Question :

1 caner nk byr, terus kpd org miskin ke @ mesti melalui amil zakat?

2 Caner nak tau apakah kriteria org yg layak trime fidyah.

3 berapa kg beras yg patut dibyr (tk smpat ganti 4 hari)? @ blh byr dgn wangj?
harap dpt respon drpd pihk yg berkenaan ASAP sbb ramadhan mubarak bkl menjelang tak lama lg.Jazakumullah


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr eunjie dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Firman Allah swt :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [Surah al-Baqarah : 184]

Dalam athar sahabat daripada Ibnu Abbas ra. berkata (maksudnya): "Barang siapa yang melengahkan qadha puasa Ramadhan sehingga didapatinya Ramadhan yang lain maka hendaklah dia berpuasa Ramadhan di bulan tersebut, kemudian barulah dia mengqadha puasa yang ditinggalkannya dahulu itu dan memberi makan pada setiap hari seorang miskin (fidyah)" [Hadith Riwayat ad-Daraquthni]

Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :-

فإن لم يقض تساهلا حتى دخل رمضان آخر أثم، ولزمه مع القضاء فدية، وهي أن يطعم عن كل يوم مد، هن غالب قوت البلد، يتصدق به على الفقراء، "

Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara"

Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.

Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.

Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.

Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :

وبالوزن : رطل وثلث بالرطل البغدادي، وهو ما يساوي 600 غراما تقريبا.

"Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram"

Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).

Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.

Untuk maklumat lanjutan, sila baca URL berikut :

000006: SJ-Puasa: Masalah: Lewat mengqadha' puasa dan fidyah
URl : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19609


wassalam
=========
Rujukan

1. Dr Mustafa al-Bugha {et al]. al-Fiqh al-Manhaji : 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1. cet ke4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000, ms 350.

3 comments:

yus said...

bolehkah fidyah diganti dengan barangan masakan seperti garam ,kicap,mihun,minyak masak atau sebagainya.

Adimn said...

salam,

fidyah hanya boleh dibayar dengan beras (makanan asas sesebuah negara) atau wang tunai yang sama nilainya...

pendapat Imam Syafie hanya boleh dibayar dengan beras tidak dengan wang tunai. Fatwa Ibn Taimiyah dan Sheikh Yusuf Qaradhawy boleh dibayar dengan wang tunai... WA

Unknown said...

Jika seseorang itu meninggal puasa selama 3 tahun. Fidyah dia bayar setiap tahun tetapi tidak sempat habiskan puasa. Adakah dia kena gandakan bayar yg tak sempat puasa walaupun sudah bayar fidyah cuma puasa je tak sempat habis

Post a Comment