Jul 31, 2009

Berpuasa Selepas Separuh Sya'ban

uest
maaf atas soalan remeh.

di sini sy muskil dgn pose selepas 15 syaaban. boleh atau tidak sy pose selepas 15 syaaban? sbb ade org kata x boleh, sbb ade hadis nabi.

dan baru2 ni dalam ahkam.net ,sy baca bhw selepas ramadan,bulan syaban lah nabi paling byk berpose walaupun x full mcm ramadan, tentu dia pose jugak lepas 15 syaban.

mengenai nisfu syaban,betulke bhw amalan manusia diangkat atas langit? dan betulke nabi berpose pd hari nisfu syaaban(15) sbb nabi mahu amalan ye diangkat dlm keadaan dia berpose?

utk soalan terakhir,ade hadis nabi yg sure sahih,bhw pose terbaik adelah pose nabi daud iaitu pose sehari dan berbuka sehari ,maknanye pose selang seli sehari.ok sy faham dgn hadis tu.problem nya disini,sy kene pose tip2 ari sbb sy belum kawin. kalau sy x pose ,nafsu sy akan naik. sy takut buat bende x elok. dan ade hadis nabi kata, bhw pemuda yg belum kawin kene pose utk jaga agama dia.tapi dlm hadis tu ,nabi tidak bgth limitation hari pose. berpandu dari hadis tu sy pose tiap2 hari demi menjaga nafsu binatang saya.

ape komen panel feqh?


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

al-Jawab:

1. Isu berpuasa sunat selepas Nisfu Sya'ban.

Ia khilaf fiqhi kerana hadith Abu Hurayrah yang dianggap kontroversi. Hadithnya spt berikut:

إذا بقي نصف من شعبان فلا تصوموا

(bila sya'ban berbaki separuh, maka tak usahlah puasa)

Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Ibn Majah dan atTermidzi. Ahli Hadith mutaqaddimun spt al-Bukhari dan Imam Ahmad mendha'ifkan hadith ini.

Jika kita memilih tarjih golongan hadith yg awal, maka boleh hukumnya puasa selepas nisfu sya'ban.

Ahli hadith yg mutaakhirin pula menilai hadith ini sahih, antaranya alHafidz Ibn Qayyim dan alAlbani, sahih atTermidzi (738)

Jika kita senang dgn tarjih mutaakhirin, maka tak boleh berpuasa bila sya'ban tinggal lagi separuh.

Ahli Lajnah Daimah KSA, misalnya Syaikh Baz dan Syaikh Uthaimiin memilih metod kompromi antara mutaqaddimin dan mutaakhirin, yakni, bagi mereka yg sering berpuasa atau puasawan yang konsisten puasa Isnin Khamis, maka dia boleh terus berpuasa hatta pada separuh kedua sya'ban. Manakala yang jarang-jarang puasa, maka mereka ditegah berpuasa pada baki bulan tsb. Inilah jawapan yang pertengahan.

2. Quote:
mengenai nisfu syaban, betulke bhw amalan manusia diangkat atas langit?

Jawab:

Hadith2 mengenai terangkatnya amalan pada malam nisfoo sya'ban adalah tidak sahih. Lihat perbahasan di al-Ahkam

3. Quote:
berpandu dari hadis tu sy pose tiap2 hari demi menjaga nafsu binatang saya.

Jawab:

Puasa tiap-tiap hari ini termasuk ibadah ghuluw (ekstrim). Puasa Nabi Daud itu sudah dianggap amat berat, maka apatah lagi puasa setiap hari.
Dalilnya:
HR Bukhari-Muslim, " bukanlah puasa bagi seseorang yg berpuasa sepanjang masa." Fiqh Sunnah, 3/194

0 comments:

Post a Comment