Jul 25, 2009

Puasa Enam

fundamentalis

Salam

Saya ingin mengetahui status hadis berikut:-

Barang siapa puasa Ramadhan,kemudian ia iringi enam hari dari Syawal,maka(pahalanya) itu (seperti) setahun.(HR Muslim)

Barang siapa puasa Ramadhan dan enam hari sesudah hari raya,adalah (yang demikian itu serupa puasa) sempurna setahun ; (kerana barang siapa mengerjakan kebaikan,maka ia dapat ganjaran sepuluh kali ganda).(HR Ibnu Majah)

Terima kasih.

JAWAPAN:
ziy@d

Salam

‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن أيوب ‏ ‏وقتيبة بن سعيد ‏ ‏وعلي بن حجر ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏إسمعيل ‏ ‏قال ‏ ‏ابن أيوب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسمعيل بن جعفر ‏ ‏أخبرني ‏ ‏سعد بن سعيد بن قيس ‏ ‏عن ‏ ‏عمر بن ثابت بن الحارث الخزرجي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أيوب الأنصاري ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أنه حدثه ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

-------------
Dari Abu Ayyub Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan syawal, dia seolah2 berpuasa selama setahun.” (Hadith Sahih Muslim – Kitab الصيام )

‏حدثنا ‏ ‏علي بن محمد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن نمير ‏ ‏عن ‏ ‏سعد بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏عمر بن ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أيوب ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال كان كصوم الدهر ‏

----------------
Dikhabarkan kepada Ali bin Muhammad dikhabarkan kepada Abdullah bin Namir dari Sa’ad bin Sa’id dari Umar bin Tsabit dari Abu Ayub bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dan kmdn berpuasa 6 hari di bulan syawal, ia seolah berpuasa sepanjang tahun.” (Sunan Ibn Majah Kitab الصيام)

Kedua-dua hadith ini adalah sahih. Kedua-dua hadith adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh para imam hadith yang kecuali Imam Bukhari dan Imam An-Nasa’ie

Wassalam.

_________________
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Terima kasih ust Zayed, JKK.

Status hadith ke 2 :

" من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة : (من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها ) . " وفي رواية : " جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة " النسائي وابن ماجة وهو في صحيح الترغيب والترهيب 1/421 ورواه ابن خزيمة بلفظ : " صيام شهر رمضان بعشرة أمثالها وصيام ستة أيام بشهرين فذلك صيام السنة " .

"Barangsiapa yang berpuasa 6 haru selepas al-Fitr telah menyempurnakan setahun : (barangsiapa melakukan hasanah akan mendapatkan 10 hasanah sepertinya). dan didalam riwayat yang lain : "Allah telah menjadikan setiap hasanah (kebaikan) menjadi 10 sepertinya, maka satu bulan puasa seperti 10 bulan, dan 6 hari berpuasa menyempurnakan setahun)"

Hadith riwayat Al-Nasaa'i dan Ibnu Majah. hadith ini sahih, sila lihat Sahih Al-Targhib wa-Al-Tarhib.

wallahu'alam. wassalam

_________________
Tambahan dari Ustaz Zayed :-

‏حدثنا ‏ ‏هشام بن عمار ‏ ‏حدثنا ‏ ‏بقية ‏ ‏حدثنا ‏ ‏صدقة بن خالد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن الحارث الذماري ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏أبا أسماء الرحبي ‏ ‏عن ‏ ‏ثوبان مولى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ عن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم‏ ‏أنه قال
‏ ‏من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة (من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها )

Dikhabarkan kepada Husam bin Umar dikhabarkan kepada baqiyyah dikhabarkan kpd Sadaqah bin Khalid dikhabarkan kepada Yahya bin Al-Harith Az-Zumari berkata telah mendengar Aba Asma’ dari Tsauban (Maula Rasulullah S.A.W) bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa berpuasa sunat 6 hari selepas al-fitr telah menyempurnakan setahun (berpuasa); “Sesiapa yang membawa amal kebaikan maka baginya 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.” (Surah Al-An’am: ayat 6) (Hadith riwayat Ibn Majah)

0 comments:

Post a Comment