Jul 25, 2009

Hisab dan Ruqyah

mlar

Salam

Apakah pandangan al-ahkam mengenai sesuatu negeri hanya mengamalkan kaedah hisab semata-mata tanpa rukyah?

Wassalam

JAWAPAN:
ziy@d

Salam

Kita teliti mengenai hadith2 yang berkaitan.

Dari Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

انا أمةأميةلانكتب ولانحسب الشهر هكذا وهكذا يعنى مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين

------------------------------
Kami adalah umat yang ummi, kami tidak menulis dan mengira. Satu bulan itu adlah sekian sekian. Maksudnya, kadangkala 29 dan kadangkala 30.” (hadith bukhari dlm kitabul siyam)

الشهر تسعة وعشرون فلاتصوموا حتي تروا الهلال ولاتفطروا حتي تروه فان غم عليكم فأقدرواله

--------------------------
“Satu bulan itu adalah 29, maka jangan berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan dan jangan kamu berhari raya sehingga kamu melihatnya. Jika dilindungi awan hendaklah kamu perkirakannya.” (Riwayat Imam Malik dlm Al-Muwatta’, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Al-hafiz Ibn Hajar menjawab mengenai persoalan ini dlm فتح الباري:
“Bahawa yang dimaksudkan dengan kiraan (al-hisab) di dalam hadith adalah kiraan bintang dan perjalanannya. Orang arab tidak mengetahui mengenainya kecuali sedikit sahaja. Oleh itu baginda menetapkan hukum berpuasa dan lainnya dengan ru’yah supaya mereka tidak menghadapi kesusahan dalam pengiraan. Hukum mengunakan ru’yah ini terus berkekalan sekalipun setelah terdapat di kalangan mereka orang yang mengetahui ilmu kiraaan bintang dan perjalanannya (Al-Hisab).

Tambah beliau lagi, “Bahkan menurut zahir hadith, hukum itu tidak bergantung langsung dgn hisab. Ini dijelaskan oleh hadith yang terdahulu iaitu, “…Jika dilindungi awan, hendaklah kamu cukupkan bilangan 30 hari…” Baginda tidak berkata, “tanyalah kepada ahli hisab.”

Illat hadith 2 di atas ialah ummah yang tidak tahu menulis dan mengira. Dalam hal ini, ummah itu sudah tidak ummi yakni mereka dapat mengira, menulis dan membaca. Mereka tidak boleh menggunakan ru’yah kecuali bagi orang yang tidak sampai kepada mereka perkhabaran sahih daripada ilmu hisab seperti orang yang tinggal di pendalaman.

Abul Abbas Ahmad bin Umar bin Surij (ulama besar As-Syafi’ie meninggal tahun 306 H) telah menyelaraskan dua hadith di atas. Maksud baginda S.A.W, “hendaklah kamu perkirakannya.” Bermaksud hendaklah kamu mengira dengan hisab. Hadith ini ditujukan khas kepada mereka yang dikurniakan Allah ilmu ini. Manakala sabda Baginda S.A.W, “hendaklah kamu cukupkan bulangan..” ditujukan kpd org awam.

SYeikh Ahmad Syakir (seorang fuqaha hadith abad 20), “Pendapatku ini hampir sama dgn Ibn Surij. Aku mengkehendaki supaya menggunakan hisab yg teliti dan dipercayai kebenarannya. Semua manusia perlu menerima reality ini kerana pada hari ini alat perhubungan mudah didapati. Penggunaan ru’yah adalah hanya kpd masyarakat mereka yg tidak sampa berita kpd mereka dan mereka ini tidak mendapati sesuatu yang boleh dipercayai utk mengetahui ilmu falak dan kedudukan matahari dan bulan.”
( اوإل الشهور العربية Syeikh Ahmad Syakir )

Imam Taqiyuddin Al-Subki (fuqaha Syafie) dlm fatwanya, “Apabila hisab itu menafikan yg dilihat oleh mata, maka wajiblah qadhi menolak saksian seorang yng mengaku melihat anak bulan. Ini kerana hisab itu diyakini (qat’ie), sedangkan saksi dan berita itu zanni. Zan tidak boleh digunakan utk menolak sesuatu yang diyakini apatah lagi didahulukan.

Pendapat ini juga didokong oleh Syeikh Muhammad Mustofa Al-Maraghi salah seorang syeikhul azhar.

Praktis umat islam di malaysia menggunakan ru’yah dan hisab. Ru’yah itu hanyalah mencukupkan syarat. Seharusnya rukyah dan hisab itu akan selari dari segi perkiraannya. Ini menurut pandangan ahli astronomi.

Wassalam

_________________
thtl
Maqam 7

Wassalam

Tahqeeqan
Jika sesuatu negeri itu sepakat ingin menggunakan Hisab adalah benar jika mereka diketuai oleh ‘alim-ilmuan yg faqeeh dalam Ilmu Falak syar’iy. Di sana ada negara-negara yg bermanhaj salafiyah atau manhaj Hadis tulin yg menolak Hisab dan membid’ahkannya. Spt Fatwa Syaikh Lahidan di Majalah Ukaz, Kingdom Saudi Arabia (KSA), Ramadhan 1401. Maka utk mencari kompromi, negara2 spt ASEAN menggunakan dua metode: Hisab dan Rukyah. AlAhkam (thtl) memilih Hisab falakiah lerana ilmu ini telahpun lengkap dan rajih sebagaimana umat Islam menggunakan Hisab dalam menentukan waktu solat, waktu imsak dan berbuka. Pendapat Hisab sahaja ini sekarang dipelopori oleh Mujtahid Dr Qardhawi lewat tulisan2 dalam Fatawa Mu’asirat (Fatwa2 Semasa) dan Kayfa Nata’amalu ma’a Sunnah alNabawiyah (Bgmn berinteraksi dgn Sunnah Nabawi) dan Syaikh alGhazali, asSunnah bayna ahlil Fiqh wal ahlilHadis (Sunnah: Konflik antara ahli Fiqih dan Ahli Hadis). Hisab adalah Fiqh Maqosid di mana objektifnya sama dgn Rukyah: mencari waktu utk berpuasa dan berhariraya. WA

0 comments:

Post a Comment