Jul 27, 2009

Kaedah Tengok Anak Bulan

zorro

Assalamualaikum,

Baru2 ini saya menghadiri kelas pengajian fiqh berkenaan Puasa Ramadhan. Ustaz mengatakan utk tengok anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan Ramadhan & Shawwal tidak boleh guna teropong. Katanya lebih kurang 20 thn dahulu seorg mufti telah mengeluarkan fatwa mengatakan org yg tengok anak bulan tak boleh pakai cermin mata. Ini bertentangan dgn apa yg diamalkan sekarang. Harap dapat penjelasan dari Al-Ahkam


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamulillah Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sabda Nabi saw :-

صوموا لرؤيته -أي الهلال- وأفطروا لرؤيته فإن أغبي عليكم فأكملوا عِدَّةَ شعبان ثلاثين

"Berpuasalah kamu apabila kamu melihatnya, dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya, dan jika ia berawan maka cukupkan bulan dengan 30 hari" - [hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'Lu' wa al-Marjan #656]

Dari Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw pernah menyebut tentang Ramadhan :

لا تصوموا حتى تروا الهلالَ، ولا تُفطروا حتى تروه، فإن غمَّ عليكم فاقدروا له

"Jangan kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan, dan jangan kamu berbuka sehingga melihatnya, maka jika mendung menghalang kamu maka perkirakan ia" - [hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'Lu' wa al-Marjan #653]

Hadith diatas ini menunjukkan kaedah menentukan awal dan akhir Ramadhan , iaitu dengan cara melihat anak bulan. Melihat disini tidak terhad kepada melihat dengan bantuan alat penglihatan seperti cermin mata, teropong dsb. Yang penting ialah seseorang yang melihat itu menggunakan matanya sendiri disamping batuan alat tersebut, sebagai alat optional. Syariat Islam sesuai dengan semua zaman, baik sebelum penciptaan cermin mata, teropong hinggalah ke era sains dan teknologi. Alat-alat ini merupakan kaedah bantuan bagi mempermudahkan perlaksaan syariat.

Contoh mudah yang boleh kita ambil ialah syariat Azan. Azan pada masa dulu cuma dilaungkan dari atas minaret/menara, akan tetapi pada masa kini loudspeaker/pembesar suara digunakan. Begitu juga dengan Imam yang mengepalai solat jemaah di masjid juga menggunakan bantuan pembesar suara. Seorang yang bersolat, disunatkan melihat kearah sujud. Jika seseorang yang hanya boleh melihat dengan menggunakan bantuan cermin mata, Apakah batal solatnya? Apakah perlu dia membuka cermin mata ketika bersolat? Tentu sekali sah solatnya. Akan tetapi, samada dengan bantuan sains dan teknologi atau tidak, solat tetap sama. Zohor 4 rakaat,Subuh 2 rakaat; bacaan didalam solat tetap sama; tiada ada penambahan didalam cara bacaan, dsb. Semua ritual ibadat dikekalkan menurut Sunnah Nabi saw. Penambahan atau pengurangan didalam ritual ibadat tersebut yang dikategorikan sebagai Bid'ah, bukannya menggunakan cermin mata atau loadspeaker.

Komentar Lembaga Fatwa Tetap Arab Saudi berkenaan dengan Sains dan melihat anak bulan :-

فإن شريعة الاسلام التي بعث الله بها نبينا محمداً صلى الله عليه وسلم عامة خالدة مستمرة إلى يوم القيامة ، ( وهي صالحة لكل زمان ومكان سواء كانت العلوم الدنيوية متقدّمة أو غير متقدّمة وسواء وُجدت الآلات أو لم توجد وسواء كان في أهل البلد من يُجيد الحسابت الفلكية أو لم يكن فيهم من يُجيد ذلك ، والعمل بالرؤية يُطيقه الناس في كل عصر ومصر بخلاف الحسابات التي قد يوجد من يعرفها وقد لا يوجد ، وكذلك الآلات التي قد تتوفر وقد لا تتوفّر)

"Syariah Islam yang Allah swt hantarkan melalui Nabi kita Muhammad saw merupakan syariat yang universal dan kekal selama-lamanya, sehinggalah ke hari Kiamat. (Ia valid/sah untuk setiap zaman dan tempat, samada tahap Sainsnya maju (advance) atau tidak, samada wujud teleskop (terepong) atau tidak, samada wujud sesiapa dikalangan penduduk mampu melakukan pengiraan astronomi atau tidak. Melihat bulan ialah sesuatu yang semua orang dari semua tempat dan zaman boleh melakukan, melainkan pengiraan yang kemungkinan tidak semua orang mempunyai kebolehan, dan juga teleskop yang mungkin ada atau tidak ada)." - [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 10/106]

Samada dengan bantuan alat melihat bulan atau tidak, syariat melihat anak bulan tetap boleh dilakukan. al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi membolehkan penggunaan teleskop bagi melihat anak bulan. WA.

wassalam
=============
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li'l-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Ifta' - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 106.

3 comments:

Firdaus83 said...

Inilah di antara Kitab yang menyatakan bahawa tidak memadai melihat anak bulan dengan berwasitahkan (berperantaraan) alat teropong.

Jauh kata nak menggunakan HISAB.
...
SILA BELAJAR.. SILA BELAJAR.. TAK GUNA HIDUP TAK KENAL KITAB2 MUKTABAR...

1. Sila belajar Kitab Tuhfatul Muhtaj Syarah Minhaj bagi Asy-Syaikh Ibnu Hajar Al-Haitamiy, serta Hasyiah di atas Kitab Tuhfah, yaitu Hasyiah Asy-Syaikh Abdul Hamid Asy-Syarawaniy 'Ala Tuhfah di dalam Kitabus Shiam serta keterangan yang semakna dengan Kitab Tuhfah serta Hasyiah Syarwaniy.

2. Kitab Sabilul Muhtadin Littafaquhi Fi Amriddin, bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad b. ‘Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabus Shiam.

3. Kitab Bughyatut Thullab Li Muridiy Ma’rifatil Ahkam Bis Sawab,
- bagi Al-’Alim Al-‘Allamah Asy-Syaikh Daud bin Abdullah bin Idris Al-Fathaniy.

4. Kitab Al-Hawasyil Madaniyyah Hasyiah ‘Alal Minhajil Qawwim, bagi Asy-Syaikh Ahmad bin Hajar Al-Haitamiy.

5. Kitab Ash-Shirathul Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Nuruddin bin ‘Ali bin Hasanji Ar-Raniri Al-Asyi.

6. Kitab Nihayatuz Zain Fi Irsyadil Mubtadi’in Bi Syarhi ‘Ala Qurratil ‘Ain Bi Muhimmatid Din, bagi Asy-Syaikh Abi ‘Abdil Mu’tiy Muhammad Ibni Umar Ibni ‘Ali An-Nawawiy Al-Jawiy Al-Banteniy At-Tanariy.

..............................

Tahbih! (Peringatan!)

- Kerja melihat anak bulan atau Rukyatul Hilal wajib difahami atau dinilai berdasarkan Nas-nas Syariat dan bukannya semata-mata berdasarkan Keterangan Ahli Taqwim dan Ahli Hisab.

- Segala keputusan adalah sebagai mana di NAS kan di dalam Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar. Dan bukannya berdasarkan keterangan Ahli Taqwim dan Ahli Hisab.

- Sila RUJUK Kitab Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang difatwakan oleh Datuk Asy-Sayyid 'Alawi bin Thohir Al-Haddad, Jilid Pertama dan Jilid Kedua.

Unknown said...

Amalan Merukyah juga dilakukan di Malaysia.

Tidak semua orang di Malaysia JAHIL dengan Hukum Syarak. Sila lihat website ini ;

CRESCENT MOON SIGHTING MALAYSIA ( رؤية الهلال / RUKYATUL HILAL )

http://www.facebook.com/group.php?gid=126419606820&ref=ts

Semua Ummat Islam menanggung Hukum Fardhu Kifayah melihat anak bulan pada setiap bulan, bukan setakat untuk Puasa Ramadhan, Hari Raya Puasa, dan Hari Raya Korban.

Hukum Merukyah Anak Bulan adalah Fardhu Kifayah sama seperti Hukum Menyembahyangkan di atas Mayat Orang Islam.

Kerja Merukyah anak bulan adalah Kerja Fardhu Kifayah ke atas Ummat dan bukanlah kerja "OFFICIAL" yang hanya tertentu kepada Kumpulan tertentu sahaja.

Sila fahami keterangan-keterangan Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar. Untuk memahami keterangan Kitab-kitab Fiqh yang Muktabar, caranya ialah dengan BELAJAR!!!

Dan, YANG PALING PENTING... Jangan DIUBAH-UBAH dan DIROMBAK segala keterangan KKITAB MUKTABAR demi untuk menyebarkan fahaman SESAT yang membolehkan mula berpuasa dan berhari raya dengan menggunakan KIRAAN HISAB, sekalipn anak bulan tidak kelihatan.

BELAJARLAH KITAB DAN JANGAN DIUBAH SEGALA ISI KITAB!!!

Anonymous said...

Syukran Jazilan atas post dan komen yang amat bermanfaat. Semoga kalian mendapat ganjaran baik yang setimpal di Yaumil Mashar. Amin.

Post a Comment