Jul 25, 2009

Fadhilat Bulan Rejab Syaaban Ramadhan

zabarjad

Salam

Yang Mulia Ustaz,

Saya pernah terbaca satu artikal ayang dikeluarkan di salah sebuah universiti Islam kat KL ni.. ianya berhubung dengan fahaman masyarakat sekeliling terhadap fadhilat 3 bulan tersebut:

1) artikal tersebut menyebut penyataan yang mengatakan (Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad s.a.w & Ramadhan bulan Umat Islam) adalah dusta semata2 dan tiada langsung sebarang dalil yg mengatakan seperti itu.. Boleh ustaz huraikan sedikit?

2) berkenaan dengan puasa 6 di bulan Syawal... juga disebut tiada dalam fadhilat syawal... minta terangkan letakduduk berkenaan dengan puasa 6 ini..?

3) hanya utk kepastian ; saya berhadas besar malam ramadhan, menjelang sabhur, saya bersahur seperti biasa dlm keadaan berjunud, masuk waktu subuh saya masih kekal berjunub, bila nak solat subuh, baru saya mandi junub dan berpuasa seperti biasa... puasa saya sah mcm biasa : adakah pengetahuan saya ini betul??

sekian,

Wassalam

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Disebabkan soalan-soalan diatas ini merupakan soalan ulangan, kami akan menjawabnya dengan ringkas sahaja.

1. Menurut Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku fatwa Mu'asyirah (1/384) bahawa tidak ada hadith yang shahih yang menceritakan tentang fadilat bulat Rejab, kecuali yang menceritakan tentang ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana yang dinyatakan dialam firman Allah swt Surah Al-Taubah ayat 36. Menyentuh berkenaan dengan status hadith "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Umatku" kata beliau :-

فهذا الحديث يفهم منه أن رجب له فضل أما حديث " رجب شهر الله، وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي " فهو حديث منكر وضعيف جدًا بل قال كثير من العلماء إنه موضوع ... يعني أنه مكذوب، فليس له قيمة من الناحية العلمية ولا من الناحية الدينية. وكذلك الأحاديث الأخرى التي رويت في فضيلة شهر رجب بأن من صلى كذا فله كذا ومن استغفر مرة فله من الأجر كذا .. هذه كلها مبالغات، وكلها مكذوبة. ومن علامات كذب هذه الأحاديث ما تشتمل عليه من المبالغات والتهويلات ..

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya mempunyai nilai ilmiah dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah suatu pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...." (Fatawa Mu'asyirah 1/384-385).

Kesimpulannya hadith diatas ini merupakan hadith palsu dan tidak layak ia dijadikan sebagai dalil dan sandaran, mahupun diamalkan. Bulan Ramadhan memang tidak dapat dinafikan mempunyai banyak fadhilat-fadhilat yang telah diterangkan didalam hadith-hadith yang bertaraf sahih yang boleh dibuat sebagai sandaran. Maka eloklah kita merujuk kepada kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith shahih agar kita tidak melibatkan diri terlibat didalam berdusta dengan menggunakan nama Nabi saw!
-----------------

2. Puasa enam - adakah terdapat fadhilat didalamnya?

Mengenai fadhilat puasa enam ini, kami memetik fatwa yang telah dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah, fatwa no:4763:-

ثبت عن أبي أيوب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فذاك صيام الدهر ) رواه أحمد(5/417) ومسلم (2/822) وأبو داود (2433) والترمذي (1164) .
فهذا حديث صحيح يدل على أن صيام ستة أيام من شوال سنة ، وقد عمل به الشافعي وأحمد وجماعة من أئمة من العلماء ، ولا يصح أن يقابل هذا الحديث بما يعلل به بعض العلماء لكراهة صومها من خشية أن يعتقد الجاهل أنها من رمضان ، أو خوف أن يظن وجوبها ، أو بأنه لم يبلغه عن أحد ممن سبقه من أهل العلم أنه كان يصومها ، فإنه من الظنون ، وهي لا تقاوم السنة الصحيحة ، ومن علم حجة على من لم يعلم .
وبالله التوفيق .

"Telah terbukti dari Abu Ayob ra. bahawa Nabi saw bersabda :"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari Syawwal, bahawa dia telah berpuasa sepanjang hidupnya", diriwayatkan oleh Ahmad, 5/417, Muslim, 2/822, Abu Daud, 2433, Al-Tirmudzi, 1164. Ini merupakan hadith sahih yang menjelaskan bahawa berpuasa 6 hari didalam bulan Syawwal adalah SUNNAH. Al-Shafie, Ahmad dan beberapa ulama-ulama terkemuka mengamalkannya. Adalah tidak benar menolak hadith ini dengan alasan-alasan beberapa sarjana mengatakan makruh berpuasa, kerana takut akan manusia yang jahil menganggap ia sebahagian dari Ramadhan, atau khuatir bahawa orang akan memikirkan bahwa ia adalah wajib, atau mereka tidak mendengar dari ulama yang terdahulu berpuasa didalam hari-hari ini, kerana semua ini hanyalah spekulasi, yang telah boleh digunakan menolak Sunnah yang sahih. Jika sesuatu telah diketahui, ini adalah bukti terhadap mereka yang tidak tahu" (Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah 10/389-390).

Fatwa diatas jelas menunjukkan bahawa puasa enam mempunai fadhilatnya yang tersendiri. Sila search didalam laman web ini untuk mencari beberapa hadith shahih yang lain yang memberitakan mengenai keutamaan berpuasa enam hari didalam bulan Syawwal.

---------------------
3. Masih berkeadaan junub semasa masuk solat.

Sah puasa walaupun masih berkeadaan junub. Segeralah mandi bagi menunaikan Solat Subuh. Kami memetik dari kitab yang sama bagi permasalahan ini, didalam fatwa bernombor : 4765, katanya :-

يصح صيام من واقع زوجته ليلاً وأصبح جنباً ، وكذا يصح صيام من أصابته جنابة في نومه ليلاً أو نهاراً ولا حرج عليه في تأخير الغسل حتى يطلع الفجر

"Puasa seseorang yang bersetubuh dengan isterinya diwaktu malam dan apaibila bangun dipagi hari didalam keadaan junub adalah sah, sebagaimana puasa mereka yang berjunub didalam tidur, samada malam atau siang. Tidak ada salahnya melambatkan mandi sehingga terbit fajar (untuk solat subuh)" - (Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah 10/327).

Wallahu'alam, wassalam
============
Rujukan :

1. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'asyirah - I. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.
[Boleh merujuk ke Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308

2. Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2001.

0 comments:

Post a Comment