Jul 29, 2009

Berpuasa Ramadhan 28 Hari

mofaha

Ana mula berpuasa pada 1 Ramadhan di Malaysia bersamaan 24 September 2006,kemudian melanjutkan pelajaran ke UK pada 4 Oktober.Di sini(UK), Hari Raya dijangkakan sama ada 21 atau 22 Oktober.

Jika ia jatuh pada 21 Oktober,bermakna ana cuma berpuasa Ramadhan selama 28 hari.
Adakah ana perlu mengqada' puasa tersebut kerana senior2 di sini kata, mesti puasa ramadhan at least 29 hari.Apakah pula dalil2nya?mohon pencerahan...jazakallah


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

الجواب
al-Jawab:

Tidak mengapa jika anda terpaksa berpuasa cuma 28 hari, cuma anda dikehendaki mengqadha 1 hari lagi untuk mencukupkan bilangan minima berpuasa Ramadhan selama 29 hari (Fatwa Lajnah Daimah KSA, (10/124))

Dalil kena puasa at least 29 hari ialah:
‏قال ‏ ‏الشهر تسع وعشرون ليلة فلا تصوموا حتى تروه فإن ‏ ‏غم ‏ ‏عليكم فأكملوا العدة ثلاثين

Dari Ibn Umar ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Satu bulan adalah 29 hari, janganlah kalian berpuasa hingga kalian menyaksikan (hilal) dan jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakan hitungan 30 hari." [sahih al-Bukhari, kitab syaum, #1774 (ksa)

sekian

0 comments:

Post a Comment