Jul 25, 2009

Lips Mosturizer

muntalaq

Salam

Disini saya ada satu soalan ringkas. Boleh ka kita menyapu LIP BALM or lip mosturizer pada bibir, terutamanya bila bulan puasa jatuh pada musim sejuk/winter dimana bibir selalunya merekah-rekah (blistering). JZK

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak kepada sdri elyn dari Australia. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

Lip balm memang diperlukan pada masa musim sejuk bagi mengelakkan bibir merekah. Penggunaan cream ini tidaklah membatalkan puasa, kerana kaedah ini boleh disamakan dengan pandangan Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah mengenai penggunaan celak pada bulan puasa. Pandangan Sheikh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa celak (kohl) tidak membatalkan puasa, walaupun rasa celak sampai kepada tekak (ولو وصل طعم الكحل إلى الحلق ). Mengulas pandangan ini, bekas Grand Mufti Arab Saudi, Sheikh ibn Utsaimin menyimpulkan didalam kitab Al-Sharh al-Mumti’, 6/382 :

إن هذا لا يسمى أكلاً وشرباً ، ولا بمعنى الأكل والشرب ، ولا يحصل به ما يحصل بالأكل والشرب

"Ini bukan dinamakan Makanan atau Minuman, dan ia bukan seperti makanan dan minuman, dam kesannya tidak sama sebagaimana makanan dan minuman"

Ulama'-ulama' menggunakan pandangan ini bagi membenarkan penggunaan ubat titisan mata (eyedrops) dan telinga (قطرة العين والأذن )pada masa siang hari puasa tanpa membatalkannya. wallahu'alam.

wassalam.
-----------
Rujukan :-

1. Abdul Rahman Muhammad bin Qasim. Majmu' Fataawa Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah - 25 Mekah : Percetakan Hukumah, 1969. ms 233.

2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Sharh al-Mumti’ - 6. Riyad : Muaasasah Risaalah. ms 382

0 comments:

Post a Comment