Jul 29, 2009

Puasa Ganti Terbatal Adakah Perlu Diulang

VHoutenJr

salamz..

biler ditanyakan soalan mcm ini, ana sket sbanyak turut rasa keliru dan serba salah nk jawab.

ada sorang hamba ALlah kata bila hendak mengadha' puasa, namun, sewaktu qadha' itu, puasa terbatal atau tidak jadi meneruskan dsb, maka adakah PUASA QADHA' YG X JADI tu pun kena diganti?

mgkin dia beralasan dgn dakwaan BHW PUASA ITU JUGA ADALAH WAJIB, so perlu nya juga utk diganti...

benarkah begitu?

WA


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seseorang yang tertinggal puasa wajib hendaklah mengantinya pada hari yang lain sebagaimana firman Allah swt :-

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

"...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." - [al-Baqarah 2:185]

Seseorang itu boleh mengqadha' puasa tersebut pada hari yang lain. Persoalannya, apabila seseorang yang sedang menunaikan puasa qadha' tidak dapat meneruskan puasanya, Hutangnya dengan Allah swt masih lagi tertangguh. Wajib dia mengqadha'nya pada hari yang lain pula. Akan tetapi seseorang itu tidak dikenakan gandaan puasa qadha' atas sebab meninggalkan puasa tersebut. Contohnya seseorang yang bermusafir mempunyai 1 hari puasa tertinggal didalam bulan Ramadhan, dia memilih mengadha'nya pada bulan Zulhijah misalnya, tiba2 dia tidak mampu untuk meneruskan puasa tersebut. Beliau hanya perlu mengadha' kembali puasa 1 hari tersebut yang dilakukan separuh jalan.

Perlu diingat bahawa puasa yang ditinggalkan secara sengaja tanpa uzur adalah merupakan sesuatu kesalahan. Terdapat sebuah riwayat yang sahih yang memberi amaran kepada sesiapa yang sengaja membuka puasanya. Dari Abu Umaamah al-Baahili telah berkata :

بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان فأخذا بضبعيّ ( الضبع هو العضد ) فأتيا بي جبلا وعِرا ، فقالا : اصعد فقلت : إني لا أطيقه . فقالا : إنا سنسهله لك . فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار . ثم انطلقا بي فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما، قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم .

"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :'Semasa aku sedang tidor 2 lelaki telah datang kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya dan membawa aku ke penghujung gunung. Mereka berkata :'Naik keatas'. Aku berkata "Aku tidak boleh'. Mereka berkata.'Aku akan mempermudahkan bagimu.'. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara2 yang kuat. Aku berkata :'Suara apakah itu?'. Mereka berkata 'Ini adalah suara teriakkan manusia dari neraka'. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan ditepi mulut2 mereka koyak dan darah keluar dari mulut2 mereka'. Aku berkata ,'Siapakah mereka ini?'. Mereka berkata,'Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya'" - [Hadith riwayat Ibn Khuzaimah #1986 dan Ibn Hibbaan #7491, dikelaskan sahih oleh al-Albani in Saheeh Mawaarid al-Zam’aan, #1509].

Puasa wajib tidak boleh dibuka dengan sengaja, kecuali terdapatnya keuzuran atau sakit. Puasa merupakan tiang dari agama Islam. Dari Ibn Umar ra, Nabi saw bersabda :

بُنِيَ الإِسْلامُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَان

"Islam dibina diatas atas lima : menyaksikan tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan Haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan" - [hadith shahih riwayat al-Bukhaari #8 dan Muslim #16].

Kseimpulan, perkara didalam ibadat memerlukan nas yang sahih bagi menuntukan hukumnya, dan ibadat didalam Islam bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diperlecehkan.

WA, wassalam

0 comments:

Post a Comment