Jul 27, 2009

Mimpi, Onani dan Jimak Ketika Puasa

Zullbrutal

Salam

Kembali kepada soalan 3096, kerana soalan saya tidak dijawab oleh thtl kerana tidak mengetahui maksud teruja.
teruja = terangsang. Jika mengikut soalan sudah dapat diagak maksud perkataan tersebut.

Harap dapat dijawab soalan tersebut.

Wassalam

JAWAPAN:
g@y@t

Wassalam

Maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Seperti yg diketahui, jimak itu haram ketika berpuasa. Sekiranya melakukan ketika berpuasa, maka diwajibkan ke atasnya qadha dan kaffarah.

Hukum ini adalah jelas dan tidak ada keringanan dalam permasalahan ini. Kita tidak boleh mengatakan ia dharurat krn bukan dia sahaja yg tidak boleh berjimak, bahkan org lain spt yg belum berkahwin juga tidak berjimak. Kalaulah org yg belum berkahwin boleh bertahan sehingga nikah, apakah sebulan(ramadhan) tidak boleh?

sekian. WA.

Wassalam

_________________
pendekar

Wassalam

Soalan & Jawapan di atas adalah lanjutan daripada :

Dan jawapan drp al-Fadhil Ust Gayat TIDAK BERTENTANGAN dengan metode dan manhaj jawapan yang dikehendaki oleh Islam mengikut penilaian Para Panelis Fiqh al-Ahkam Online , Insya-Allah . :yess

Pendekar hanya melakukan EDIT pada sistem penomboran SOAL - JAWAB ( SJ ) sahaja .

C A T A T A N :

Jika ada di kalangan saudara - saudari yang ingin mengemukakan soalan dengan menggunakan ISTILAH / PERKATAAN yang JARANG diketahui/diguna-pakai umum , maka sila sertakan ERTINYA / MAKNANYA di dalam pembuka & penutup kata seperti ini : { perkataan ganjil } .

Contohnya : ... teruja ( terangsang ) .
Contoh ke-2 : ... tersohor ( terkenal ) .
Contoh ke-3 : ... musykil ( ragu - ragu ) .
Contoh ke-4 : ... manok ( ayam ) .
Contoh ke-5 : ... ditabrak mobil ( dilanggar kereta ) .
Contoh ke-6 : ... santri ( pelajar agama ) .
Contoh ke-7 : ... sampeyan ( saudara ) .

Ini dilakukan agar pihak panelis dan sidang moderator al-Ahkam Online dapat memahami masalah yang dikemukakan itu dengan lebih mudah tanpa perlu membuka sebarang kamus bahasa . Dan dengan cara ini juga kita dapat menambah pengetahuan terhadap perbendaharaan - perbendaharaan kita .

Sekian dimaklumkan .

0 comments:

Post a Comment