Jul 29, 2009

Puasa Pada 11 Muharam

af_feirays

sambungan dari soalan ahchonx sebelum ini..

klu nak puasa 11 Muharam sbb terlupa puasa 9 Muharam boleh tak? ada tak nas khusus atau pendapat ulama berkaitan kes ni?

barakallahu fikum

wassalam


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi af_feirays dengan kadar kemampuan yang terhad, Insya-Allah.

Benar, bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Tasu'aa' (9 Muharram) bolehlah meneruskan puasa pada hari ke 11. Ini merupakan pandangan Mazhab al-Syafie.

Menurut Dr Mustafa al-Khin :-

لذلك استحب ان لم يصم مع عاشوراء تاسوعاء أن يصوم اليوم الحادي عشر

"Dengan demikian jika dia memilih untuk tidak berpuasa Tasu'a bersama Asyura', maka bolehlah dia berpuasa pada hari ke 11" - [al-Fiqh a-Manhaji, 1/356, Mughni al-Muhtaaj 1/602 - فإن لم يصم معه تاسوعاء سن أن يصوم معه الحادي عشر].

Syeikh al-Syarbini menyatakan bahawa Imam Syafie rh didalam al-Umm ada menyebut bahawa digalakkan memenuhkan puasa selama 3 hari (9, 10 dan 11)- [Mughni al-Muhtaaj 1/602]

Demikianlah pandangan Mazhab Syafie didalam hal ini. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment