Jul 27, 2009

Bilangan Rakaat Tarawih

niezam

boleh ke kite sembayng terawih buat 8 rakaat kawan saye kate tak leh, kena buat 20 jugak dia siap tunjuk hadis lagi


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan adik niezam dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama khilaf bila berbicara mengenai jumlah rakaat sola sunat tarawih. Terdapat 3 pandangan mashyur mengenai jumlah rakaat didalam Qiam Ramadhan atau umumnya dikenali sebagai Solat Tarawih yang dilakukan, iaitu:

(a) Solat 11 Rakaat + witir
(b) Solat 23 Rakaat + witir
(c) tiada had jumlahnya.

Soalan seperti ini pernah dijawab oleh Fatwa dari Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi yang pada masa itu diketuai oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Fatwa no:6148 (7/198) :

س1:صلاة التراويح كثير من العلماء يعترضون على صلاتها عشرين ركعة، ويدعون أن الرسول لم يصل أكثر من أحد عشر ركعة .
ج1: صلاة التراويح إحدى عشرة أوثلاث عشرة ركعة، يسلم من كل ثنتين ويوتر بواحدة أفضل، تأسيا بالنبي صلى الله عليه وسلم، ومن صلاها عشرين أوأكثرفلابأس، لقول النبي صلى الله عليه وسلم «صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى» متفق عليه، فلم يحدد صلاة الله وسلامه عليه ركعات محدودة ولأن عمر رضي الله عنه والصحابة رضي الله عنهم صلوها في بعض الليالي عشرين سوى الوتر، وهم أعلم الناس بالسنة

"Soalan : Ramai dikalangan ulama' menolak bahawa solat tarawikh 20 rakaat, dan mereka mendakwa bahawa Rasulullah saw telah melakukan lebih dari 11 rakaat.
Jawapan : Solat tarawikh 11 rakaat atau 13 rakaat, melakukan salam pada setiap 2 rakaat dan 1 rakaat witir adalah afdal, meniru cara Nabi saw, dan siapa solatnya 20 atau lebih maka TIDAKLAH MENGAPA, kerana Nabi saw bersabda "Solat malam 2 rakaat 2 rakaat, jika ditakuti akan subuh, bersolatlah satu rakaat, yang menjadi witir baginya dari solat yang dilakukan" Mutafaq 'Alaih, Maka tidak dihadkan rakaat Solat dan salamnya kerana sesungguhnya Umar ra. dan sahabat-sahabat ra. bersolat pada beberapa malam bersolat 20 rakaat melainkan witir, dan mereka adalah orang yang lebih tahu akan sunnah."

Bagi yang ingin mengikut sunnah (hadith A'isyah) bolehlah melakukan 11 rakaat, atau bagi yang ikut pandangan jumhur (termasuk Imam Mazhab) bolehlah melakukan 23 rakaat, ataupun boleh mengikut pandangan beberapa ulama' yang tidak menghadkan bilangan rakaat solatnya.

Elok juga rasanya kita melihat komen Sheikh al-Islam Ibn Taymiyah, katanya:

التراويح إن صلاها كمذهب أبي حنيفة ، والشافعي ، وأحمد : عشرين ركعة أو : كمذهب مالك ستا وثلاثين ، أو ثلاث عشرة ، أو إحدى عشرة فقد أحسن ، كما نص عليه الإمام أحمد لعدم التوقيف فيكون تكثير الركعات وتقليلها بحسب طول القيام وقصره .

"Jika seorang berSolat Tarawih sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

---------
Petikan fatwa : Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?
Fatwa Syiekh Atiyah Saqr (bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar)

Riwayat Bukhari dan yg lainnya dari Ai'syah r.h. sesungguhnya Nabi saw tidak menambah didalam bulan Ramadhan dan tidak mengurangkannya 11 rakaat. Beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 4 rakaat dan janganlah engkau tanya mengenai betapa baiknya dan panjangnya, kemudian beliau akan bersolat 3 rakaat.Dan beliau berkata kepadanya [Ai'syah] :"dia bersolat 4 rakaat", tidak bertentangan dengan membuat salam setiap dua rakaat, dan Nabi saw bersabda : {صلاة الليل مَثْنَى مَثْنَى} "Solat dimalan hari dua rakaat, dua rakaat". Dan dia [Ai'syah]: { يصلِّى ثلاثًا}"dia bersolat 3 rakaat" - ini bermakna berwitir dengan 1 rakaat dan 2 rakaat.Riwayat oleh Muslim dari Urwah, dari Ai'syah r.h. katanya :

يصلِّي من الليل إحدى عشرة ركعة، يُوتر منها بواحدة، وجاء في بعض الطرق لهذا الحديث: يُسلِّم من كل ركعتين.

"Nabi saw solat pada waktu malam 11 rakaat, melakukan witir darinya 1 rakaat, dan datang dari jalan lain hadisnya :"beliau memberi salam pada setiap 2 rakaat".
Riwayat Ibnu Hibban ibnu Huzaimah dari 2 sahih, dari Jabir r.a. bahawa Nabi saw solat 8 rakaat dan 1 witir, mereka menunggunya di Qabilah tetapi beliau keluar kepada mereka. Ini adalah yg sah dari Nabi saw, dan tidak sah apa sahaja perkara yg tidak keluar darinya. Tetapi sah juga bahawa terdapat manusia yg solat menurut Umar, Uthman dan Ali rm - 20 rakaat. Ia merupakan pandangan jumhur fuqaha' Hanafi, Hanbali dan Daud.

Berkata Termizi :"Sangat banyak ulama' yg bersama pandangan Umar dan Ali dan selain dari keduanya para-para sahabat nabi saw - 20 rakaat. Dan ia adalah pandangan terbaru Ibnu Mubarak dan Syafi'ie. Dan berkata : {هكذا أدْركتُ الناس بمكة يُصلُّون عشرين ركعة، وذَهَب مالك إلى أنها ست وثلاثون ركعة غير الوِتر}"Saya mendapati orang di Mekah bersolat 20 rakaat, dan Malik telah bersolat 36 rakaat tidak termasuk witir". Al-Zulkani didalam syarah Al-Muwahib Al-Laddiniyah berkata :"Mengingatkan bahawa Ibnu Hibban mendahulukan solat tarawikh 11 rakaat, dan memanjangkan bacaannya, kemudian ia menjadi berat keatas mereka, mereka memendikkan bacaan dan menambah jumlah rakaat. Mereka bersolat 20 rakaat baik genap atau ganjil mereka melakukan bacaan yg sederhana. Mereka mengurangkan bacaan dan menjadikan jumlah rakaat 36 dan bukannya genap dan ganjil. Dan perkara pun terus berlalu. Ini, telah disebut oleh Al-Hafiz didalam riwayatnya : perbezaan adalah dari segi panjang pendiknya sesuatu bacaan, maka dimana bacaannya dipanjangkan maka rakaat dikurangkan, dan begitulah sebaliknya. Al-Hafiz menyebut bahawa orang Madinah bersolat 36 rakaat menyamai qualiti orang Mekah, sesungguhnya mereka bertawaf 7 kali pusingan diantara setiap solat tarawikh, Maka jadilah ahli Madinah tempatnya ialah setiap 7, 4 kali rakaat.

------------------
Kesimpulannya, solat tarawih boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat, 20 rakaat atau pun lebih. Apa yang penting ialah kita menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah swt dan dilakukan secara ikhlas. Solat tarawih yang dilakukan itu hendaklah ditunaikan dengan sempurna rukunnya, dan bukan secara tergesa-gesa. Wallahu'alam

-wassalam-
-----------------
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 198.

2. Sheikh Atiyah Saqr. Adakah Rasulullah saw solat tarawikh 20 rakaat?. Fatwa IslamOnline, 2000.
url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10709

p/s :- petikan dari jawapan dan artikel yang lalu.

2 comments:

ahmadli92 said...

salam, bolehkah kita mengerjakan solat tarawih pada 8 rakaat terakhir??? maksud saya di masjid atau surau yg mengerjakan 20 rakaat tarawih...jadi, kita dapat sekali gus bersama solat witir...
syukran...

Admin said...

Boleh saja, solat tarawih pun hanya solat sunat tidak berdosa jika tidak dibuat. Kenapa tidak dibuat kesemua 23 rakaat? rugilah kita, ganjarannya sama seperti kita mengerjakan solat sunat keseluruhan malam itu.

Offer dan peluang ini hanya ada dalam bulan Ramadhan, tak ada dalam bulan2 lain, rebut segera peluang ini.

Post a Comment