Jul 30, 2009

Hukum Ganti Kerana Seks Suami Isteri Siang Ramadhan

Guest
Maqam 4

Jika suami & isteri bersama disiang hari di bulan ramadhan, berapa hari kah mereka wajib mengganti puasa? Sebulan? Perlukah ia berturut-turut selama sebulan atau tidak?


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri #1936):-

a. memerdekakan hamba
b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Menurut Imam Ahmad, perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha'.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh. berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112].

Kesimpulannya, menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha' satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa', 1998.

4 comments:

matsentol said...

Salam,
Ingin bertanya, puasa diterima tak jika kita mandi wajib sesudah azan subuh?

terima kasih.

Admin said...

W'salam,

puasa sah dan diterima tapi tidak boleh solat dalam hadas

Anonymous said...

salam,
Ingin bertanya, suami belum mandi wajib lagi dan pagi itu setelah cerah kami bersama, adakah hukumnya sama seperti diatas?

terima kasih

puan ira

Anonymous said...

assalamualaikum....

saya ingin bertanya...

menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha' satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

1) berdasarkan kenyataan tersebut adakah suami perlu melakukan puasa 2 bulan berturut2 secara terus menerus@ boleh selang2 sehingga cukup 2bulan....

2) jika si suami sehat adakah wajib berpuasa selama 2 bulan @ boleh membuat pilihan samada memberi makan kepada 60 org miskin....

3) jika memberi makan kepada 60 org miskin bagaimana caranya? sebab kita belum tahu tahap mana yang dikatakan miskin dan adakah cara lain seperti pergi ke pejabat agama dan pihak tersebut membantu dalam urusan tersebut...

sekian harap membantu saya...

Post a Comment