Feb 28, 2009

Mengganti Puasa

Assalamualaikum,

Tolong rahsiakan nama dan address e-mail saya, di sini saya ingin bertanya jika ada sesiapa tahu akan pekara yang ingin saya kemukakan ini; NOV2001 saya telah melahirkan anak seminggu sebulan masuknya bulan Ramadan, jadi saya tidak boleh berpuasa sepanjang Ramadan itu di sebabkan darah nifas saya belum lagi habis sehingga masuknya hari raya yang kedua barulah nifas saya berakhir itu pun secukup-cukup 40hari sedangkan puasa ramadan cuma 30hari saja.

Masaalah saya ialah susah saya hendak menqadha puasa wajib saya itu sebanyak 30 hari walaupun boleh di buat bila-bila masa, jadi saya suruh suami saya bertanya imam kat masjid apakah boleh di gantikan dengan cara lain selain dari qadha puasa. jadi imam itu pun sarankan supaya saya bayar FIDYAH (ganti dengan wang) tanpa qadha puasa. tapi ada ustaz yang mengajar Al-quran kata, ianya mesti di bayar kedua-duanya sekali, bayar fidyah dan qadha puasa jadi saya merasa susah hati yang manakah satu yang betul kata imamkah atau ustaz itu lagipun bulan puasa dah nak dekat macam mana saya nak qadha puasa saya yang tahun lepas semasa saya dalam nifas itu. tolong berikan jawapan supaya saya tidak merasa susah hati.

yang muskil;

************************
thtl

Jwb:

Kami tidak pasti siapakah yg mahukan emailnya dirahsiakan, eastlum atau sister itu. Kami tidak nampak sebarang email yg tertera di atas soalan ini.

Kembali pada masalah sister yg tersepit antara jawapan Imam dan Guru alQur'an. Kedua-dua jawapan itu salah kerana sister itu berbuka disebabkan oleh nifas. Maka jika wanita itu berbuka disebabkan oleh darah haidh dan nifas: hukum yg disepakati ke atasnya ialah qadha tanpa fidyah. Khilaf dalam hukum fidyah ialah bila wanita itu tidak puasa disebabkan sakit, hamil atau menyusu. Jelas dalam kes sister tsb, dia tidak berpuasa disebabkan kerana darah nifas. Hukum yg muktamad ialah wajib ke atasnya qadha' 30 hari tanpa fidyah.

Timbul isu: dia tidak mampu qadha' pada dua tahun berikutnya kerana menyusui anaknya. Ini perlu mendapat pengesahan dari doktor atau pakar sakit puan apakah dia disahkan tidak boleh berpuasa dlm tempoh menyusu (breast-feeding). Jika tidak boleh berpuasa, maka kembalilah kepada kami untuk hukum seterusnya. 30 hari puasa qadha' itu jika dilakukan setiap Isnin dan Khamis, dalam sebulan 8 hari puasa dapat dilakukan. (Fiqh Sunnah)

0 comments:

Post a Comment