Aug 6, 2009

Dirogol Sehingga Keluar Mani

SJ-08-0065 : Batalkah puasa dirogol hingga terpancar mani?

Postby el-hijrah » Sep 20th, '07, 09:20
salam

Batalkah puasa seseorang yang dirogol hingga terpancar mani? Inzalnya bukan disengajakan, tetapi dalam keadaan dipaksa.

Apakah pandangan tuan-tuan berkenaan kes seseorang dirogol jin ketika tidurnya? Ketika tidur, dirasakan ada sesuatu mendatanginya, menyentuh tubuhnya dan biasanya mangsa akan sukar bergerak iaitu istilah biasanya dihimpit atau ditindih ketika tidur. Ada ketikanya, kemaluan mangsa terasa 'disentuh' secara kasar sehingga terpancarnya mani.

Syukron terlebih dahulu atas jawapan yang diberi.

Salam Ramadhon kariim.


**********************************
Postby thtl » Sep 20th, '07, 15:48
wassalam

al-Jawab:

Mangsa rogol yg berpuasa tidak batal puasanya, baik dirogol oleh manusia atau Jinn. Ini kerana definasi rogol ialah seks yg dipaksakan ke atasnya selepas dia habis usaha menghindarinya.

Dalilnya: Dari Tsauban,
"diangkat dari ummatku (hukum) jika dia tidak sengaja, lupa atau TERpaksa." dinilai sahih oleh al-Albani, SJS 4461

Fatwa Imam Ahmad ibn Hanbal ra, apa-apa yg dipaksakan ke atas puasawan, tidak perlu qadha sama sekali (alMughni, 4/376)

Jika mangsa rogol merasa nikmat tidak membatalkan hukum di atas. sekian

0 comments:

Post a Comment