Aug 1, 2009

Mula Puasa Bagi 15 Jam Dalam Penerbangan

Guest

salam.

saya baru je dgr pengumuman puasa tadi.nape la asek muka yang sama jek yg bagi pengumuman tu.

saya dah gelabah ni. sok hari rabu. dan saya akan naik flight ke alexandariah, mesir. saya pelajar perubatan di sana. tahun ni tahun kedua setelah bercuti panjang.

esok hari rabu 12/9/2007, saya akan berada di klia. sampai pukul 8.30 malam waktu malaysia. dijangka berada dalam kapal terbang pada pukul 2 pagi 13/9/2007 waktu malaysia. dan pada 2 pagi tu jugak kapal terbang tu berlepas ke alex.

Soalan nya macam mana dgn pose saya ni. saya dijangka akan melepasi beberapa time zone. saya berada dalam flight lebih kurang 10 jam. dan saya akan transit di dubai selama 5 jam. so , dari malaysia pukul 2 pagi 13/9/2007 dan 15 jam kemudian saya akan pijak bumi alex. insya allah.

dari pengumuman tadi,malaysia akan berpose pada 13/9/2007 iaitu hari khamis.
saya tidak tahu bila pulak negara mesir tu start berpose. tapi agaknya pada hari yg sama agaknya. tapi malaysia terima sinar matahari dahulu sebelum mesir.

soalan nya di sini, saya nak berpose demi menunjukkan komitmen saya pada allah sempena bulan ramadan ni. tapi bagaimana caranya saya nak lakukan dalam situasi yg sukar ni. saya tahu saya bermusafir tapi saya nak pose jugak. mohon pertolongan dari ahli -ahli panel feqh sekalian. kalau boleh tolong jawab soalan saya dahulu sbb saya dah nak berangkat pada esok hari.please.

Dan doakan saya nanti pulang sebagai doktor muslimah yang komited pada agama , negara , masyarakat dan bakal suami yg soleh dan kacak.

Didahulukan dgn ucapan bebanyak terima kasih dan selamat beribadat di dalam bulan ramadan al-mubarak ini.


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

Walaupun anda akan me Mesir, tetapi oleh kerana anda transit di Dubai, dan ia makan masa 5 jam, bererti anda perlu melihat waktu dan taqwim di Dubai.

Anda akan berlepas dari KLIA ke Dubai pada jam 2pagi (malaysia), dan kalau perjalanan memakan masa selama 7 jam, bererti anda akan sampai ke Dubai pada Hari Khamis jam 4pagi (Waktu Dubai). Untuk pengetahuan anda, waktu Subuh bagi Dubai sekarang ialah sekitar jam 4.41 pagi. Oleh itu dalam keadaan begini, puasa anda akan start apabila anda mendarat di Lapangan Terbang Dubai. (Untuk memudahkan anda, set kan jam anda dengan waktu tempatan Dubai, iaitu lima jam lebih lewat dari Malaysia). tetapi kemungkinan, kapalterbang anda terlewat, ataupun perjalanan memakan masa lebih lama, maka mungkin anda akan sampai ke Dubai selepas masuk waktu Subuh. Yakni anda akan bersolat Subuh di atas kapalterbang. Sebagaimana waktu solat di atas kapalterbang dikira berdasarkan tempat yg sedang dilalui, maka begitu jugalah waktu puasa adalah mengikut kawasan yg dilalui oleh kapalterbang itu.
inilah yg diputuskan oleh kebanyakan ulama sekarang, dan difatwakan oleh Lajnah Daemah Arab Saudi 10/296.

Kemudian, antara Dubai dan Mesir, tidak ada apa2 masalah tentang puasa, kerana anda akan mula bertolak ke Mesir sekitar jam 9 pagi waktu Dubai, dan akan sampai 3 jam kemudian ke Mesir. Dan beza waktu antara Mesir dan Dubai hanya sejam sahaja. Bererti, Dari Dubai ke Mesir anda sentiasa berada dalam keadaan siang.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment