Jul 29, 2009

Jumlah Perlu Dibayar Dalam RM

Abdulrahman

Salam

'Afwan, sekali lagi soalan pihak ketiga. Kali ini datangnya dari seorang staff UIA Gombak :

Soalan :

Assalamualaikum..Saya ada kemusykilan,saya mendapat tahu, ibu saya belum habis menggantikan puasa kerana melahirkan adik saya (sekarang sudah berumur 11 thn) selama 30 hari tetapi puasa kerana haid bagi tiap-tiap tahun sudah diganti.

Saya telah memberitahu ibu untuk menggantikannya dgn segera kerana ia berdosa. disamping itu, ibu saya perlu membayar fidyah. Jadi, berapakah jumlah cupak beras yg perlu dibayar (atau lagi mudah jika dapat ditukarkan kepada Ringgit).

Terima kasih

JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

al-Jawab:

1. Pendapat yang rajih untuk perempuan bersalin dan menyusu ialah dia tidak perlu mengqadha cuma membayar fidyah sahaja. Ini adalah pendapat salaf spt Ibn Umar dan Ibn Abbas dan Ibn Sirin dari kalangan tabi'in. Ia merupakan pendapat yg dipilih oleh Prof Dr al-Imam Yusof al-Qardhawi (Fiqh Siyyam/95). Itupun jika sekiranya ia adalah wanita yg kerap bersalin dan bukannya seperti wanita zaman sekarang yg hanya dua atau tiga kali bersalin sahaja dan diselangi dgn jarak yang panjang. Jika dia jarang bersalin, maka hendaklah dia mengqadha shj tanpa fidyah.

Cuma dalam Fiqh Syafi'iyah, jika dia menangguhkan qadha tanpa uzur hingga beberapa tahun maka dikenakan fidyah dan qadha. Maka ia isu khilafiah.

2. Kadar fidyah ialah satu cupak beras (0.7 kg). menurut Dr Abdul Hay, Akademi Islam (Masail Fiqhiyah), dalam RM ialah RM 5.00. Maka 30 hari X RM 5: RM 150. WA

0 comments:

Post a Comment