Jul 29, 2009

Bercumbuan Di Siang Ramadhan

anakMINANG04
Martabat 7

Salam

Moga para panel dirahmati Allah,

Maafkan saya menimbulkan persoalan ini di sini kerana soalan ditimbulkan oleh rakan karib saya setelah membaca kitab Matla'ul Badrain.

Asmaradana di siang Ramadhan....

Seperti yang kita maklumi, bahawa jika melakukan persetubuhan di siang ari di bulan ramadhan membatalkan puasa, dosa besar dan di kenakan kaffarah (bebaskan hamba / puasa 2 bulan berturut2 / memberi makan 60 orang fakirmiskin secupak seorang).

Makna persetubuhan pula yakni...memasukkan kepala kemaluan lelaki (hasyafah) penuh ke dalam kemaluan isterinya.

Persoalannya:

1) bagaimana hukum puasa kepada si suami dan isteri jika kepala hasyafah tersebut hanya masuk setengah???

2) bagaimana pula hukum puasa jika kemaluan si suami hanya bermain di permukaan kemaluan si isterinya???

3) bagaimana hukum puasa si isteri dan suami jika keluar air dari kemaluan semasa berasmaradana (muqaddimah persetubuhan)??

Harapannya...dapatlah para panel mengatasi permasalahan ini berdasarkan nas dan pandangan para ulamak.

Sekian, Wassalam


JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

alJawab:

Definasi persetubuhan itu memang masyhur begitulah (penetapannya) kerana definasi persetubuhan itu amat penting kerana dari definasi itulah pesalah seksual dapat dihukum. Maka menurut jumhur, definasi spt yg ditemui dalam kitab Matla' albadrain itu memang diperakui dalam peristilahan fiqih mengenai takrifan persetubuhan.

1) jika hasyafah itu masuk setengah sahaja, maka menurut definasi jumhur fuqaha' maka ia belum lagi jima'. Kerana jima' memerlukan hasyafah itu terbenam sepenuhnya. namun ia telah memasuki daerah yang amat merbahaya sebagaimana hadith dalam Matn Arba'iin anNawawi # 6, yang haram dan halal itu telah jelas. Maksudnya, jima' dibulan Ramadhan itu adalah haram, namun bermain-main di pinggir yang haram itu spt berada di jurang yg curam dan bila-bila masa sahaja hasyafah itu akan terbenam sepenuhnya. Maka janganlah menganiayai diri sendiri, sedap sekejap merana dua bulan!!

2) Kemaluan suami bermain dipermukaan kemaluan isteri juga tidak membatalkan puasa kerana ia dinamakan mubasyarah atau foreplay

Imam Nawawi berkata, jika cumbuan berat itu dapat dikawal yakni tidak berlaku persetubuhan atau keluar mani, maka dibolehkan. Tapi jika dia jenis tidak boleh mengawal nafsu, maka ia adalah dilarang. (alMajmu': 6/86)

3) jika hasil dari mubasyarah (foreplay) itu mengeluarkan mazi, maka puasanya tidak apa-apa. jika keluar mani, maka yang keluar mani itu telah batal puasanya. Ini kerana keluar mani membatalkan puasa (Imam Nawawi, ibid)

sekian

0 comments:

Post a Comment