Jul 24, 2009

Jimak Malam Lewat Mandi Hadas

Apakah sah puasa orang yang berjimak pada malam bulan puasa

Apakah sah puasa bagi orang yang berjimak pada malam hari pada bulan puasa tetapi hanya melakukan mandi wajib setelah terbit fajar tetapi sebelum terbit matahari?

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:
Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci dari hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.

Syarat-syarat sah puasa (mazhab Syafi'i):
1. Islam ketika berpuasa
2. Mumauyiz
3. Suci dari haidh, nifas dan wiladah
4. Berpuasa pada waktunya.

-----------
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)

Katanya lagi:
"Ada hadis sahihain (Bukhari & Muslim) yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub dari jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)

Katanya lagi:
"Adapun hadis Bukhari: "Barangsiapa yang berjunub, maka tiada puasa baginya", ia dimengertikan dengan orang yang berjima' ketika mendekati waktu subuh dan meneruskannya (sehingga masuk waktu). Sebahagiannya pula mengatakan bahawa hukum dari hadis berkenaan telah dimansuhkan." (ibid.)

Sekian. Wallahu a'lam
zain y.s.

Rujukan
Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1, Abdul Rahmana al-Jaziri
Mughnil Muhtaj, vol 1

5 comments:

Anonymous said...

adakah diwajibkan kaffarah jika melakukan jimak di malam bulan ramadhan

Admin said...

Assalam...

tidak, kafarah hanya untuk siapa yang melakukan jimak pada siang hari bulan ramadhan

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Saya ingin minta bimbingan.. kerana saya telah melakukan dosa besar..

Saya telah melihat gambar lucah pada siang hari di bulan Ramadhan, sehinggakan keluar air mani dgn tidak sengaja.

Apakah kifarah yang dikenakan kepada saya dgn dosa saya ini. Sesungguhnya saya benar-benar telah bertaubat dan menyesal.

Terima kasih kerana ada ruang seperti ini.

Admin said...

W'salam

keluar mani dengan sengaja adalah haram dalam islam. Puasa anda batal dan wajib diganti sebelum ramadhan akan datang. Tidak perlu kafarah kerana kafarah khusus untuk yang melakukan persetubuhan siang ramadhan...

Taubat dengan sebenar-benar taubat serta melakukan banyak amalan sunat serta banyak membantu fakir miskin. Allah maha pengampun...

Anonymous said...

Salam,

Bagaimana kalau saya telah mengeluarkan mani dengan sengaja pada malam yang sebelumnya,dan saya bangun dalam keadaan berhadas besar. Bolehkah saya berpuasa sunat pada hari itu walaupun saya bangun selepas terbit Matahari?

Terima kasih

Post a Comment