Jul 23, 2009

Puasa Ganti

SOALAN:
nafisa81

assalamualaikum..

saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti (Qadha')..apakah hukumnya jika kita berniat untuk berpuasa ganti tapi pada keesokannya kita dengan sengaja tidak melaksanakannya.?saya ada juga terdengar cite yang mengatakan jika kita berbuat demikian puasa ganti kita akan bertambah contohnya jika kita berhutang 6 hari ia akan menjadi 7 hari..sila beri penjelasan mengenai hal ini......sekian terima kaseh...


JAWAPAN:
ziy@d

Wassalam

Jumlah puasa qadha' tidak akan bertambah sekiranya seseorang yg berpuasa ganti pada bulan selain ramadhan lalu dia dgn sengaja membatalkan puasanya.

Sekiranya tidak berpuasa pada hari itu, hendaklah ia menggantikannya pada hari lain. Ini sabit dari Hadith S.A.W

Abu Said Al-Khudri berkata: "Aku telah menyediakan makan kpd Rasulullah S.A.W. Baginda datang dgn bbrp org sahabat.

Apabila makanan dihidangkan, salah seorang dari mereka berkata: "Aku sedang berpuasa." Baginda S.A.W: "Saudara kamu telah menjemput kamu dan berbelanja utk kamu." Lalu baginda menyuruh dia, "berbukalah puasa dan berpuasalah pada hari lain yg dikehendaki kamu." (Hadith riwayat Al-Baihaqi. Al-Hafiz mengatakan sanadnya hassan)

Jumhur fuqaha memakruhkan perbuatan berbuka puasa (di bulan selain ramadhan) tanpa sebab munasabah dan hendaklah mengqadha'nya pada hari lain pada jumlah hari yg ditinggalkannya itu.

Wallahua'lam

_________________
thtl
Maqam 7

Wassalam

Tahqeeqan:

Jawapan Ust Zayed itu boleh diterima, cuma Hadis Abu Sa'eed itu adalah dalil dalam bab Boleh berbuka puasa sunat. Jadi tak sesuai dibawa dalil itu dalam bab Puasa Qadha'.

Bab Niat ini menyamai sepertiga agama (Imam Nawawi: matan arba'een) dan ia bermaksud suatu azam, cita2, keputusan, wawasan dan satu komitmen. Bila kita berniat utk melakukan ibadah, maka hendaklah diteruskan kecuali uzur syara'iy. Agama dan ibadah ni bukan benda main-main, ia benda serius. Banyaklah beristighfar. WA

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
amy

sy nak tnye.
kalu kite x gnti puase 2thun lepas pnye mcm mne yea?
dan kalu kite x ingt brape hari kite kne kne ganti puasa mcm mane yea?

Anonymous said...

assalamualaikum saye azni. saye nk tanye klu kte tinggal puase 2 tahun lepas.adakah saya perlu gandakan puasa ganti saye tu dengan byr fidyah.

Admin said...

w'salam,

puasa yang tinggal 2 tahun lepas kena ganti satu dengan satu tak perlu diganda tapi kena bayar fidyah 1 cupak bagi beras bagi setiap satu hari yang tertinggal. WA

aku said...

asalammualaikum ustaz...saya nak tanya, kalau kita nak ganti puasa perlu mula ari isnin atau khamis ke? kalau tak amik ari isnin, ari lain boleh tak puasa ganti....

Post a Comment