Jul 23, 2009

Tertinggal puasa Ramadhan kerana sakit

kendil_bolong

Assalamualaikum Ustaz2 Al-Ahkam …….. disini ana ada soalan yang amat berharapkan jawapan dari kalian semua.

Soalannya:

Isteri ana hampir sahaja pulih ( :narisekitar 90%) dari penyakit gangguan :devil rohani. Beliau tidak dapat berpuasa Ramadhan secara sempurna semenjak tahun 2001 hingga 2002 kerana gangguan berkenaan. Dengan Ramadhan 2003 semakin menghampiri ….. bagaimana agaknya cara untuk isteri ana melangsaikan hutang puasa 2 kali Ramadhannya itu. Isteri ana tertinggal puasa lebih kurang 45 hari (2001-2002) Jumlah hari tertinggal yang tepat tak dapat ditentukan.

Jika diperlukan membayar fidyah, bagaimanakah caranya?
a. kiraan beras x hari tertingal puasa?
b. Siapakah yang layak menerima fidyah berkenaan?
c. bolehkah beras diganti dengan wang?
d. menyerahkan jumlah tertentu fidyah ke masjid/surau untuk mereka uruskan?
d. menyerahkan sendiri fidyah tersebut kepada yang layak menerimanya.

Atau mungkin ustaz semua ada cara lain untuk menyelesaikan masaalah ini.

Sekian, terima kasih

JAWAPAN:
g@y@t

Salam

Qadak Puasa Ramadan Sehingga Datang Ramadan Yang Berikutnya

Soalan:

Saya telah membuka puasa saya beberapa hari pada bulan Ramadan kerana keuzuran. Saya tidak sempat menggantikannya sehinggalah datang bulan Ramadan berikutnya. Apakah hukumnya? Adakah saya diwajibkan menggantikannya atau membayar fidyah? Saya berasa syak pada bilangan hari yang saya tinggalkan. Apa yang patut saya lakukan untuk menghilangkan kesamaran dan was-was agar puasa saya diredai Allah?

Jawapan:

Setengah-setengah Imam mengatakan wajib ke atasnya menggantikan puasanya dan membayar fidyah iaitu memberi makan fakir miskin seorang sehari mengikut hari yang ditinggalkannya. Makanan itu mengikut kebiasaan sesebuah negeri, iaitu makanan asasinya. Satu cupak sama sukatannya dengan setengah kilogram atau lebih sedikit.

Pendapat ini mengikut mazhab Syafii, Hambali dan sebahagian sahabat. Adapun imam-imam yang lain tidak mewajibkannya.

Secara keseluruhannya, jika perkara seperti ini berlaku, wajiblah diqadak sahaja. Memberi makan fakir miskin atau membayar fidyah adalah lebih baik, jika tidak melakukannya tidak menjadi kesalahan, insya-Allah, kerana Nabi tidak mengesahkan hal seumpama ini.

Adapun jika syak bilangan hari puasa yang ditinggalkan tersebut, ikutlah kebiasaan syaknya atau dengan yakin...

Untuk menenangkan hati serta menyelamatkan puasanya dan agama, hendaklah dia berpuasa lebih daripada hari yang sepatutnya dia gantikan. Baginya pahala terhadap puasa yang ditambahnya.

Dari Fatwa Muasyirah…. Dr Yusuf Qardhawi

_________________
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan sdr kendil_bolong dengan kadar kemampuan yang ada. Kita mengucap Syukur kepada Allah swt kerana isteri sdr telah hampir pulih. Barangkali mungkin ini lah sebabnya sdr kendil_bolong selalu bertanyakan tentang perubatan didalam Islam dan makhluk halus. A'la kulli hal, semoga Allah swt memberi kesabaran kepada sdr kendil_bolong dan isteri didalam menghadapi dugaan dan beri ganjaran keatasnya.

Apakah perlu qadha' dan mengeluarkan fidyah bagi puasa yang tertinggal?

Terima kasih Al-Fadhil sdr Gayat yang telah memetik Fatwa Sheikh Dr Yusuf al-Qadhawi[1] yang mengatakan bahawa :

فإن حدث معه مثل هذا فعليه القضاء جزمًا، أما الإطعام أو الفدية فإن فعلها فحسن، وإن تركها فلا حرج عليه إن شاء الله، حيث لم يصح شيء في ذلك عن النبي - صلى الله عليه وسلم -

"Maka jika perkara seperti ini berlaku, wajiblah keatasnya qadha' sahaja. Memberi makan (fakir miskin) atau membayar fidyah adalah baik, jika tidak melakukannya tidak menjadi kesalahan, insya-Allah, kerana Nabi tidak mengesahkan hal seumpama ini."

Ringkas kata, wajib qadha' puasa (ini adalah persetujuan semua ulama'), akan tetapi adalah hukumnya sunat memberi fidyah kepada orang miskin. Ini merupakan pandangan kebanyakkan ulama'-ulama' salaf dan juga Imam Abu Hanifah.

Perlukan puasa itu diqadha' secara berterusan?

Disebab puasa yang perlu diqadha' itu terlalu banyak (45 hari), kita rasa, elok juga dipaparkan disini samada menqadha'nya perlu berterusan ataupun tidak. Apabila ditanya kepada Jawatankuasa tetap Fatawa Al-Daa'imah Saudi (10/346) berkenaan dengan mengasing-asingkan puasa tersebut, Al-Lajnah tersebut menjawab [2]:

فأجابت : نعم يجوز له أن يقضي ما عليه من أيام متفرقات ، لقول الله تعالى : ( وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ) البقرة/185 . فلم يشترط سبحانه التتابع في القضاء . اهـ فتاوى اللجنة الدائمة (10/346) .

"Jawapan mereka : YA, adalah dibenarkan kepadanya menqadha' puasa hari-hari yang berasingan, kerana firman allah swt :

"dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." -[al-Baqarah 2:185]

Dan Allah swt tidak mensyaratkan akan qadha' puasa itu mesti berturut-turut."

-----------------
Kesimpulannya ialah wajib mengqadha' puasa, dan sunat dikeluarkan fidyah kepada kafir miskin, Menurut Sheikh Salih al-Munajjid bahawa wang tersebut bolehlah diberi kepada pihak mana-mana pihak kebajikan, atau siapa yang diberi kuasa, untuk membeli makanan bagi pihak anda dan diagihkan kepada orang miskin. Puasa Qadha' tersebut tidaklah perlu diganti secara berturut-turut mengikut kemampuan kita. Wallahu 'alam

-wassalam-
------------------

Rujukan :

1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - 1. cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001. ms 339.

2] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 11. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

_________________
خيرالأمين

Assalamu'alaikum. Bagi tujuan rujukan, kami masukkan fatwa penuh Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi.

قضاء رمضان بعد مرور رمضان آخر
عنوان الفتوى
العبادات
موضوع الفتوى
إذا أفطرت لعذر بضعة أيام من رمضان، وجاء رمضان آخر ولم أقض ما علىَّ، فما الحكم في ذلك، هل أقضي وأفدي ؟ وإذا حدث لدي شك في عدد الأيام التي أفطرتها، فما أفعل حتى أزيل هذا الشك وأرضي الله تعالى ؟
نص السؤال
يوسف عبد الله القرضاوي اسم المفتي
بعض الأئمة يقولون، بأنه إذا مرّ رمضان وجاء آخر ولم يقض ما عليه من أيام أفطرها في رمضان السابق، فعليه القضاء والفدية، وهي إطعام مسكين عن كل يوم مدًا من غالب قوت البلد، والمدّ يساوي تقريبًا نصف كيلو غرام، يزيد قليلاً. هذا في مذهب الشافعية، والحنابلة، عملاً بما جاء عن عدد من الصحابة، والأئمة الآخرون لم يوجبوا هذا. على كل حال، فإن حدث معه مثل هذا فعليه القضاء جزمًا، أما الإطعام أو الفدية فإن فعلها فحسن، وإن تركها فلا حرج عليه إن شاء الله، حيث لم يصح شيء في ذلك عن النبي - صلى الله عليه وسلم -. أما عند الشك في عدد الأيام، فيعمل الإنسان بغالب الظن، أو باليقين .. فلكي يطمئن الإنسان على سلامة دينه وبراءة ذمته، فليصم الأكثر، وله على ذلك مزيد الأجر والثواب.
نص الإجابة


-wassalam-

0 comments:

Post a Comment