Feb 28, 2009

Menyegerakan Buka Puasa

pada tahun2 yang lepas saya berbuka berpuasa disebuah masjid di negeri Perak yang hanya berbuka setelah Azan lengkap/habis dilaungkan. Manakala dalam keadaan biasa ( dirumah ) dan Mesjid di sekitar KL akan berbuka sebaik sahaja azan di laungkan. Yang Manakah yang lebih baik untuk diikuti bagi mendpat pahala menyegerakan berbuka.

**********************
thtl

Jawab:

Maksud ta'jil (segera) berbuka itu ialah berbuka sebelum solat Maghrib. Soal nak berbuka sebaik sahaja masuk waktu atau menunggu waktu azan terpulanglah kepada uruf di tempat masing-masing. Ini tidak diperincikan oleh syara' dan ia termasuk urusan yg didiamkan (terpulang kpd ummat menentukan. Fiqh Sunnah

0 comments:

Post a Comment