Jul 25, 2009

Meninggal Dunia Bulan Ramadhan

huril_aimi

assalamualaikum,

saya nak tanya betul ker... seseorang yg meninggal dunia pada bulan ramadhan akan terlepas dari seksaan dalam alam kubur?

wassalam

JAWAPAN:
ziy@d

Salam

Tidak benar.

Azab kubur tidak ada kaitan bila orang itu meninggal dunia. Exemption dari azab kubur hanyalah berkaitan dgn amalan seseorang itu. Sekiranya baik amalan seseorang itu, maka terlepaslah dia dari azab kubur tak kira samada ia meninggal dunia di bulan ramadhan atau di bulan-bulan lain.

‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏قال مر رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏على قبرين فقال ‏ ‏أما إنهما ليعذبان وما
يعذبان في كبير أما أحدهما فكان يمشي بالنميمة وأما الآخر فكان لا يستتر من بوله قال فدعا ‏
‏ بعسيب رطب فشقه باثنين ثم غرس على هذا واحدا وعلى هذا واحدا ثم قال لعله أن يخفف عنهما ما لم ييبسا

Dari Ibn Abbas R.A, suatu ketika Rasulullah S.A.W melalui kawasan perkuburan madinah dan makkah dia telah mendengar suara dua orang yang di azab dlm kubur mereka. Baginda S.A.W bersabda, “2 orang ini diazab bukan kerana dosa besar.” Baginda berkata lagi, “Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.” Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: “Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering.” (Hadith Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya mati itu tidak diketahui bila. Kita dianjurkan memperbanyak doa dan istighfar seperti yang dianjurkan dlm hadith berikut:

‏أن ‏‏ عائشة ‏ ‏أخبرته أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان يدعو في صلاته ‏
‏ ‏ ‏اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر وأعوذ بك من فتنة ‏ ‏المسيح الدجال ‏ ‏وأعوذ بك من فتنة المحيا والممات اللهم إني أعوذ بك من المأثم والمغرم فقال له قائل ما أكثر ما تستعيذ من ‏ ‏المغرم ‏ ‏فقال إن الرجل إذا غرم حدث فكذب ووعد فأخلف

Dari Aisyah (ia berkata) : Bahawa Rasulullah S.A.W biasa berdo'a dengan do'a-doa ini : Allahumma ... (Ya Allah, sesungguh-nya aku memohon perlindungan kepadaMu dari fitnah neraka dan azab neraka, dan dari fitnah kubur dan azab kubur, dan dari kejahatan fitnah (cobaan) kekayaan, dan dari kejahatan fitnah (cobaan) kefakiran ...." (Sahih Riwayat Bukhari 7/159, 161. Muslim 8/75 dan ini lafadnya, Abu Dawud No. 1543, Ibnu Majah No. 3838, Ahmad 6/57, 207. Tirmidzi, Nasa'i, Hakim 1/541 dan Baihaqi 7/12).

Dalam hadith2 ini, Rasulullah tidak pinta dimatikan dibulan ramadhan. Apa yg dipinta oleh baginda ialah dijauhkan dari azab kubur. Azab kubur tidak mengenal bila kita meninggal tetapi ia bersandarkan kepada amalan kita di dunia. Azab kubur tidak mengenali samada dosa kecil atau dosa besar.

‏حدثنا ‏ ‏حفص بن عمر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة بن مرثد ‏ ‏عن ‏ ‏سعد بن عبيدة ‏ ‏عن ‏ ‏البراء بن عازب ‏ ‏رضي الله عنهما عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا أقعد المؤمن ‏
في قبره أتي ثم شهد أن لا إله إلا الله وأن ‏ ‏محمدا ‏ ‏رسول الله فذلك قوله ‏ يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت

Dari Al-Barra’ bin `Azib R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila orang beriman berada di dalam quburnya, dan kemudian para malaikat datang dan dia mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan ini sejajar dgn firman Allah: “Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat…” (SUrah Ibrahim: ayat 27) [Hadith Sahih Bukhari]

Wallahua’lam.

_________________
thtl
Maqam 7

Wassalam

Tas-hih dan Tahqeeq

Saya telah mengkajinya dalam karya Qurthubi , Tazkirah fi ahwal alMauta; Albani, Ahkam alJanaiz; dan Dr Sulaiman Asyqar, alYaum alAakhir, tidak ditemui akan pelepasan azab kubur bagi yg meninggal pada bulan Ramadhan, tapi pelepasan azab kubur ini diberi pada beberapa golongan. WA

1 comments:

Anonymous said...

saya nk tau,adakah di buln ramadhan,apabila seseorang yg sudah meninggal akan berhenti dari siksa allah atau siksaan tetap dijalankan??

Post a Comment