Jul 27, 2009

Puasa Sunat, Berbuka Kerana Tetamu Hadir

abunabil

Assalamualaikum,

Berkenaan dengan puasa sunat, ada pendapat yang mengatakan bahawa apabila ada tetamu berkunjung ke rumah kita, adalah sunat kita berbuka kerana meraikan tetamu. Juga apabila kita melintasi kedai makan ada sahabat kita yang beria-ia mengajak kita minum bersamanya hendaklah kita berbuka juga kerana merainya. Walaupun kita berbuka, pahala atau ganjaran puasa akan dikira sebagai pahala puasa sunat 1 hari. Bagaimana pula dengan puasa 6 (puasa sunat Syawal) adakah kita sunat berbuka juga atau kalau kita berbukapun akan dikira satu hari puasa dan seterusnya cuma sambung untuk mencukupkan enam atau hari itu tidak dikira puasa dan kena ganti untuk cukupkan enam hari. Kalau kita teruskan puasa kita dengan memberi alasan kita puasa 6 sambil melayan tetamu minum bagaimana? Tambah-tambah tetamu datang pukul 6 ptg. Sayang jugak nak berbuka.

Minta pendapat ahli panel yang budiman. Kalau tak sempat jawab pada bulan Syawal 1424 ni, bulan depan pun tak apa.

JKK


JAWAPAN:
g@y@t

Salam

Dianjurkan seseorang yg menjalankan puasa sunah itu utk tidak memutuskannya. Jika diputuskan, hukumnya mkaruh mengikut sebhgn ulama'. Sebhgn lagi mengatakan, "Ia bertentangan dgn nilai utama." Allah berfirman;

"Jgnlah kalian membatalkan amal kalian."[Muhammad:33]

Adapun jika tedapat uzur, itu tidaklah mengapa. Bahkan kadangkala ia lebih baik. Uzur ini termasuk jugalah kedtgan tetamu sehingga dirasakan tidak patut utk tidak kita menjamu bersama mereka. Ataupun kita dipelawa oleh tetamu.

Rasulullah saw bersabda, "Para pengunjungmu ada hak pada dirimu,(dalam hadis lain), Barangsiap beriman kpd Allah dan hari akhir, maka mulaikanlah tetamu."{Mutafaq alaih]

Dari Abu Sa'id al-Khudri ra, ia berkata, "Saya membuatkan makanan utk Nabi saw. tatkala makanan itu ku hidangkan, seseorang berkata, "Saya berpuasa." Maka Rasulullah saw bersabda, "Saudaramu mengajakmu dan engkau membebani diri? Berbukalah dan berpuasalah(di hari lain - [email]g@y@t)[/email] menggantikan tptnya jika kau mau."[HR Baihaqi]

TETAPI jika tetamu tidak kisah/tiada masalah dgn kita berpuasa, maka meneruskan puasa itu lebih utama.

Demikianlah pendapat ulama' sepertimana yg dinukilkan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam. WA.

Wassalam

_________________
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat diatas respon diatas. Apa yang ingin kamin menambah ialah, apakah puasa tersebut perlu diganti?? Terdapat dua pandangan didalam permasalahan ini :-

a. Mazhab Syafie dan Hanbali berpandangan bahawa tidak perlu menggantikan puasa sunat yang dibuka dengan bersebab. Salah satu hadith yang digunakan ialah seperti hadith diatas dari Abu Sa'id al-Khudri ra yg diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Hadith yang lain seperti dari A'isyah ra. bahawa :

دخل علي النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم فقال : هل عندكم شيء ؟ فقلنا : لا ، قال : فإني إذن صائم ، ثم أتانا يوما آخر فقلنا : يا رسول الله أهدي لنا حيس ، فقال أرينيه فلقد أصبحت صائما ، فأكل

dan berkata : 'Apakah kamu ada sesuatu (makanan utk dimakan)?' Kami berkata :'Tidak'. Maka baginda bersabda :'Maka sesungguhnya aku berpuasa'. Kemudian baginda datang kepada kami dihari yang lain dan kami berkata : 'Ya Rasulullah, kami telah diberi hays (sejenis roti)', dan baginda berkata .'Tunjukkan kepadaKu, aku akan memulakan puasa'. Kemudian baginda pun makan" - [hadith riwayat Muslim no#1154].

Begitu juga dari hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari #1968:

عن أبي جحيفة قال : ..... فجاء أبو الدرداء فصنع له - أي لسلمان - طعاما ، فقال : كل فإني صائم ، قال سلمان : ما أنا بآكل حتى تأكل ، قال فأكل ..... فقال له سلمان : إن لربك عليك حقا ولنفسك عليك حقا ولأهلك عليك حقا فأعط كل ذي حق حقه ، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له فقال النبي صلى الله عليه وسلم صدق سلمان


Telah diriwayatkan bahawa Abu Juhaifah berkata : ".....Abu Al-Darda' datang dan beliau telah membuat beberapa makanan untuknya (untuk Salman). Maka berkata : 'Makan! sesungguhnya aku berpuasa', Salman berkata :'Aku tidak akan makan sehingga kamu makan, maka diapun makan..... dan Salman berkata kepadanya : 'Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyak hak keatas kamu, diri kamu mempunyai hak keatas kamu, kamu keluarga (ahli) kamu mempunyai hak keatas kamu, maka berlah setiap mereka itu hak-haknya'. Kemudia dia datang kepada Nabi saw dan memberitahu baginda mengenai perkara tersebut, dan Nabi saw berkata :'Benarlah Salman'"

b. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa puasa sunat mesti disempurnakan, maka puasa harus diganti. Mereka bersandarkan kepada hadith lain, dari A'isyah ra:

أهدي لي ولحفصة طعام وكنا صائمتين فأفطرنا ثم دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا له يا رسول الله إنا أهديت لنا هدية فاشتهيناها فأفطرنا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا عليكما صوما مكانه يوما آخر .

"Hafsah dan aku telah diberi hadiah makanan dan kami sedang berpuasa, maka kami pun berbuka puasa kami, kemudian nabi saw masuk dan kami pun berkata kepadanya : 'Ya Rasulullah saw, kamu telah diberi hadiah ini dan kami makan lalu kami pun berbuka'. Rasulullah saw menjawab : 'Tidak ada apa-apa keatas kamu, maka kamu boleh berpuasa dihari yang lain" -[Hadith riwayat Abu Daud #2457, Al-Tirmudzi #735].

Isnaad hadith ini termasuk orang yang bernama Zamil, dimana didalam Al-Taqreeb dia adalah majhul (tidak dikenali). Imam Al-Nawawi telah menkelaskan hadith ini sebagai Da'if begitu juga dengan Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'aad 2/84. Al-Albani juga menkelaskan hadith ini da'if.
----------------

Pendapat pertama dikata pandangan yang paling sahih sekali, iaitu tidak perlu menyempurnakan puasa yang telah dibuka dengan sebab, oleh kerana nasnya yang lebih sahih. Ia juga disokong dari hadith yang datang dari Umm Haani' yang berkata :

يا رسول الله لقد أفطرت وكنت صائمة ؟ فقال لها : أكنت تقضين شيئا ، قالت لا ، قال : فلا يضرك إن كان تطوعا .

"Ya Rasulullah, Aku telah berbuka semasa aku berpuasa". Baginda berkata kepadanya :"Apakah anda sedang menqada' puasa anda?", dia berkata :"Tidak", maka sabda baginda :"Tidaklah menjadi masalah jika puasa tersebut adalah puasa sunat" -[Riwayat Abu Daud #2456, dikelaskan oleh Al-Albani sebagai sahih].

Kesimpulannya, puasa sunat yang dibuka tidak perlu digantikan kembali. wallahu'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1. Sheikh Salih Al-Munajjid. إذا شرع في صيام نفل ثم أفطر هل يلزمه قضاؤه url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=39827&dgn=4&dgn=2

0 comments:

Post a Comment