Jul 25, 2009

Sambungan Hisab dan Ruqyah

mlar

Salam

Terima kasih Ustaz Thtl. Namun jawapan yang diberi masih belum memuaskan hati.

Sketsa 1: Senario di Malaysia
Malaysia berdasarkan hisab dan rukyah. Sekiranya hilal Ramadhan atau Syawal tidak kelihatan kerana faktor cuaca padahal mengikut hisab hilal itu tetap ada dan boleh nampak maka kiraan hisab boleh digunakan. Kenyataan ini selari dengan pendirian al-Ahkam. Kes ini selesai.

Sketsa 2: Senario Bulan
Perjalanan bulan mengelilingi bumi boleh dikira secara tepat iaitu tempoh yang diambil adalah 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.8 saat. Oleh itu ijtimak berlaku pada setiap bulan dan boleh dikira dengan jitu. Ijtimak ialah kedudukan bumi, bulan dan matahari pada satah meridian yang sama.

Terdapat 2 perkara yang berlaku pada bulan ketika ijtimak iaitu:-

1. Pada ketika ijtimak berlaku hal ini dikenali sebagai Astronomical New Moon, iaitu bulan berada pada fasa kegelapan maksimum, hilal belum terbentuk.

2. Seketika kemudian proses penjauhan berlaku secara tidak seragam, apabila sudut ini melampui satu nilai yang tertentu baru hilal "wujud" tetapi TIDAK mungkin dapat dilihat walaupun menerusi teleskop. Ini disebabkan sinar cahaya matahari masih kuat dan pembalikan cahaya hilal tidak mungkin akan kelihatan. Tempoh ini tidak dapat ditentukan dari hisab.

Oleh itu berbalik pada soalan saya apakah hisab boleh dikira dari Astronomical New Moon (walaupun hilal tidak wujud) tanpa sebarang syarat?

Untuk makluman perkara 2 tidak dapat ditentukan dari hisab.
Yang dapat ditentukan hanyalah kenampakan hilal dan usia hilal dihitung melalui hisab untuk dijadikan rujukan.

Wassalam

p/s: saya berharap soalan saya tidak dikategorikan sebagai soalan Terlampau..

JAWAPAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

Komen:

Sebenarnya anda hanyalah hendak menguji kami. Yang bertanya sebenarnya lebih tahu dari yg ditanya. Kami sudah menjelaskan kami tidak menguasai ilmu falak dan ada dua websites yg mampu menjawab masalah teknikal anda: KUSZA dan USM. Ahkam sudah menyatakan pendirian dalam hukum rukyah dan Hisab. Kecuali ada Masyaikh kami yg ingin membantu. afwan

0 comments:

Post a Comment