Aug 6, 2009

Haid Yang Telah Berhenti Datang Semula

SJ-08-0067 : qadha puasa

Postby ahchonx » Sep 23rd, '07, 18:47
salam

Situasi:
seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi wajib dan berpuasa pada hari itu. hari ke 7, datang semua haidnya.

Soalan:
perlukah wanita tersebut qadha utk hari ke 6 itu? adakah dia telah benar2 suci pada hari ke 6 itu?

Sekian

***************************************
Postby Abu_Umair » Sep 25th, '07, 07:46

Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah: 15 hari. Dan ada pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan: 13 hari. Ada riwayat dari Malik: 10 hari.

Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa hari itu, wajib diqadha'kan balik puasanya nanti.

Wallahu A'lam.

rujukan:
-Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322
-Al-Hawi al-Kabir 1/435

8 comments:

as'syifa said...

salam...saya nk bertanye...saya dalam keadaan istihadoh sekarang nie..dah lebih 23 ari....
yang merisaukan saya sekarang bulan ramadhan..pose sye tu sah ker tidak...lagi satu ni kali pertama saya istihadoh...saye sebelom kawen haid saya teratur...lepas kawen bulan 3 hari tu haid saya x datang 3 bulan...bulan 456..bulan 7 datang..tp terlalu banyak...saya takut...

Admin said...

W'salam

istihadoh kena puasa kena solat, solat dan puasa bulan ramadhan adalah sah. Awak sendiri boleh bezakan antara haid dengan istihadoh.

Anonymous said...

Assalamualaikum... saya ingin bertanya

Hari Yang klapan saya berpuasa
hari kesepuluh selepas berbuka saya lihat ada sedikit darah.. sah ke?
then hari kesebelas saya masih berpuasa namun ada sedikit darah.. saya terlalu keliru.. ada yg ckp sah ada yang ckp selepas hari ke 15..

bantu saya kerana ini kejadian pertama sepanjang saya menjalani ibadah puasa.. ;(

Admin said...

W'salam

Bermakna masih lagi dalam haid sehingga hari ke 11, Puasa pada hari ke 8, 9 dan 10 tidak sah, anda masih belum boleh berpuasa sehingga ia berhenti.

Jika berhenti pada hari ke 12, 11 hari puasa perlu diganti sebelum ramdhan akan datang.

WA

Anonymous said...

Salam... sy nk tau bgimana cara pngiraan sbnr dlm m'nentukn sama ada kt haid ataupun istihadah?sy kliru krna ada plbgi teori dlm m'nntukn nya... cnth nya jika sy dtg haid pd 4/8 & kemudian b'hnti pd 16/8... dan hari ini 29/8 sy d'dtgi semula haid...adakah sy haid atau istihadah...tq...

Anonymous said...

assalamualaikum..
sy telah tinggal puasa selama 7 hari pada puasa ramadhan baru-baru ni,dan sy telah mandi wajib tetapi pada pagi hari ke 14, saya dapati ada sedikit darah, dan saya telah mandi wajib lg sekali pd pg tu juga..adakah puase sy sah pada hari ke 14 tu? dan puasa sy yg selepas hari ke7 sampai 13 di kira sah atau tidak?

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya masih keliru lagi dgn. kaedah pengiraan tempoh masa suci antara 2 haid (minimum 15 hari). Adakah dikira 15 hari tempoh minimum suci itu dikira dari hari mula haid yg. pertama hingga hari mula haid yg. ke-2 atau dr. hari berhenti haid pertama hingga hari pertama haid ke-2? Harap bantu..(cth. 1-7/11:ada haid, 8-14/11:suci,15-18/11:ada keluar darah, adakah dikira haid/istihadah?)

ana said...

assalamualaikum Ustaz,sy ade soalan berkenaan haid....
misalnya,sy datang haid pd 28hb 2....haid sy kering pd 6/7hb 3...lps tu sy dapati haid sy datang balik dlm 11hb 3 baru-baru ni..dan masih ada sampai skarang....masalahnya bilakah waktu sy patut solat/kena tunggu haid kering baru boleh solat? harap ustaz dpt bantu ...TQ

Post a Comment