Jul 29, 2009

Bagaimana Niat Puasa Ganti

Al-Hafiz

Assalamualaikum wbt...

Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

Wassalam....


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء
"Apabila seseorang mengambil wudhu' maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)" - bermaksud 'Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa' (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa'imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama' menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu' Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :'Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur' (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha' tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha'i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha' dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah saw.

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم
"Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah saw)"

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :"difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu' hadith."

WA. wassalam

19 comments:

Nurul said...

Assalamualaikum wbt..

saya ingin bertanya,adakah benar kita tidak boleh puasa sunat selagi kita belum mengganti puasa kita pada ramadhan yang lepas..

terima kasih..

Admin said...

ya benar, puasa ganti harus diberi keutamaan terlebih dahulu dari puasa sunat. WA

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..
saya ingin tahu,apa hukumnya sekiranya ganti puasa hampir2 hendak masuk bulan puasa....

terima kasih..

Anonymous said...

salam tuan,saya ingin tau,yang mane kah hukum sebenarnya,telan kahak itu batal puasa kah/tidak,sbb saya lihat ada perbezaan,ada mengatakan bata puasa,ada mengatakan tidak batal puasa,saya menjadi keliru....

terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum Wr Wb
saya ingin tanya bagaimana bacaan niat puasa untuk mengganti puasa romadhon?

Anonymous said...

salam tuan,saya ingin bertanya.. adakah sah puasa bagi seseorang yg berhadas besar?

Anonymous said...

saya lupa untuk mnganti puasa pada tahun lepas.. apakah boleh saya menggntiknnya tahun ini sekali?

Admin said...

W'salam

sah puasa bagi seorang yang berhadas besar tetapi solatnya tidak sah, kalau tidak solat puasanya jadi sia-sia... WA

Admin said...

boleh ganti puasa tahun yang terdahulu tetapi dikenakan fidyah secupak beras bagi setiap satu hariyang tertinggal. WA

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.
sy ingin tya bagaimana niat puasa kafarat bg org yg telah meninggalkan puasa ramadhan? syukran katsiran.

Admin said...

lintasan keinginan dalam hati adalah di kira niat. Ingat dalam hati untuk puasa ganti ramadhan atau untuk bayar kafarah sudah cukup tak perlu lafaz niat... WA

nur said...

Assalamualaikum wbt.
sama x niat puasa nazar dengan puasa kafarah? bagaimana niat puasa kafarah? syukran

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t
Saya ada 2 persoalan.
a)Pengiraan untuk meng'qadha' puasa ramadhan yang tak ingat lagi jumlahnya (masa muda2 dulu ada mengabaikan kewajipan berpuasa, umur sekarang 35 tahun).
b)bolehkah menggabungkan niat qadha ramadhan dengan puasa sunat (cth: qadha ramadhan dengan puasa sunat hari isnin/khamis)

Anonymous said...

Assalamualikum.
saya ada kekeliruan sedikit. boleh ke kita ganti puasa berserta dengan puasa sunat. ada yang kata boleh dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. terima kasih.

Admin said...

Tak boleh puasa ganti sekali dengan puasa sunat. Asal niat, satu ibadat satu niat. Puasa ganti adalah wajib kena diutamakan dulu.

sila rujuk:

http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/07/gabung-puasa-ganti-dan-puasa-sunat.html.

Anonymous said...

erm,macam mana sekarang ni? saya pernah melakukan puasa ganti dan puasa sunat bulan rejab serentak. jadi,puasa saya tu tak sah ke?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz......
sy ada soalan yang berkaitan dengan puasa...
selepas raya tahun lepas mak sy sakit teruk dan 2 bulan lepas tu mak sy meninggal..sewaktu puasa ramadhan mk sy ada tinggal puasa kerana uzur tp belum sempat nk ganti mak sy dh sakit teruk dan meninggal....adakah puasa mak sy perlu diganti atau pn tidak? dan jika perlu ganti siapakah yg layak untuk mengantikan puasa mak sy? boleh ustaz terangkan?

Admin said...

ganti puasa orang yang telah meninggal ulamak berbeza pendapat, ada yang kata sunat bagi waris mengganti puasa bagi pihak dia, ada yang kata tidak boleh diganti oleh orang lain. Jumhur ulamak mengatakan jika dia meninggal dalam keuzuran dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak berdosa.

Boleh gunakan kaedah membayar fidyah berapa bilangan hari puasa yang ditinggalkan menggunakan harta peninggalan arwah. WA.

hazwani said...

Saya ingin bertanya, adakah dengan niat dalam hati " aku nak ganti puasa esk " sudah memadai? atau wajib kena ada " kerana Allah Taala? saya hrap anda dpt menjawab. trima kasih

Post a Comment