Jul 29, 2009

Puasa Asyura

ahchonx

Hadith daripada Ibn 'Abbas r.a. :

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللّهِ: إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ. فَقَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم : «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، إِنْ شَاءَ اللّهُ، صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ ». قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّىٰ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللّهِ

Maksudnya : “Ketikamana Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa hari hari tersebut. Para sahabat berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Lalu Nabi saw bersabda : “Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan.” Seterusnya Ibn ‘Abbas menceritakan : “Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Berkenaan dgn hadis di atas, bolehkah kita HANYA berpuasa pd 10 Muharram shj?
Atau MESTI kita berpuasa pada 9 Muharram juga. Jika MESTI, bolehkah kita berpuasa pada 10 dan 11 Muharram (memandangkan da terlupa nak puasa 9 Muharram).
Pendapat yg mengatakan dibolehkan puasa pd 11 Muharram utk 'menggantikan' 9 Muharram ana dgr gitu² je.

Harap dpt penjelasan segera dr panel fikh. Sekian.


JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ahchonx dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Imam al-Syafie rh. dan pengikutnya, serta Ahmad, Ishaq dan lain-lain mengatakan 'mustahab' (digalakkan) untuk berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa hari ke 9.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa puasa pada hari ke 9 adalah digalakkan. Lagi banyak dilakukan ibadat puasa sunat ini lebih baik. Namun demikian, bagi mereka yang ingin berpuasa 1 hari sahaja, iaitu pada 10 Muharram tidaklah menjadi masalah. Berkata Ibn Taimiyah rh. :-

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ كَفَّارَةُ سَنَةٍ وَلا يُكْرَهُ إفْرَادُهُ بِالصَّوْمِ

"Puasa hari Asyura' menghapuskan puasa satu tahun, dan tidaklah menjadi makruh menjadikan satu hari untuk berpuasa" [al-Fataawa al-Kubra - 5].

Ibn Hajar al-haitami menyebut :-

وعاشوراء لا بأس بإفراد

"Tidak ada masalah untuk berpuasa 1 satu bagi Asyura'" [Bab Saum al-Tatawwu'].

Kesimpulannya, dibenarkan berpuasa 1 sahaja pada 10 Muharram (Asyura'), dan bukanlah hukumnya makruh. Digalakkan berpuasa pada hari ke 9 juga. Ulama' mengatakan lebih banyak berpuasa lebih bagus. WA.

Sekian, wassalam

2 comments:

gunzter said...

tapi ana pernah baca
klo puasa sbelum tgl 10 itu mengurangi pahala krna aslinya cma tanggal 10 ja
dg kata lain puasa sperti hari2 biasa saja
bgaimana dg ungkapan itu
klo salah tolong d terankan
jzakumullah khairan

Admin said...

puasa tanggal 9 tidak mengurangi pahalanya malah menambah pahala. Rasulullah saw berniat untuk puasa mulai tanggal 9 tetapi tidak sempat menunaikannya. WA.

Post a Comment