Jul 27, 2009

Persoalan Puasa Nazar

langbiru

Assalamualaikum wrt... saya mempunyai satu persoalan berkaitan puasa nazar ni, seorg hamba Allah telah bertanyakan pada saya ttg soalan yg saya sendiri ragu2 utk menjawabnya.. ia berkaitan puasa nazar yang mana beliau telah berniat menunaikan 7 hari berturut-turut, sehingga pada subuh hari ketujuh iaitu hari terakhir nazar beliau telah 'bermimpi' dan kemudiannya telh mandi wajib serta meneruskan puasa nazarnya.. adakah ia dibolehkan?

tima kasih di atas pandangan anda semua.. :D

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yg sdr langbiru kemukakan dengan kadar yang mampu, Insyallah.

Bermimpi atau 'wet dream' merupakan tindakan yang tidak dapat dikawal oleh seseorang, dan bukan sesuatu yang sengaja diadakan. Perkara ini termasuk juga mengenai perbuatan makan dan minum pada siang hari ketika menjalani ibadat puasa dengan keadaan tidak sengaja, iaitu LUPA.

Ulama berpendapat bahawa, jika seseorang yang sedang menjalani ibadat puasa menghadapi 'mimpi' dan apabila dilihatnya tiada kesan mani diatas, maka tidak perlu dia melakukan mandi wajib. Menurut Ibn Qudaamah didalam al-Mughni:

إذَا رَأَى أَنَّهُ قَدْ احْتَلَمَ , وَلَمْ يَجِدْ مَنِيًّا , فَلا غُسْلَ عَلَيْهِ . قَالَ ابْنُ الْمُنْذِرِ : أَجْمَعَ عَلَى هَذَا كُلُّ مَنْ أَحْفَظُ عَنْهُ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ ...

"Jika seseorang itu merasakan ditelah mengalami mimpi, akan tetapi tidak melihat kesan-kesan mani, maka Ia tidak perlu mandi. Ibn al-Munzir berkata : setiap ulama' yang saya ambil ilmu darinya bersetuju dengan pandangan ini"

Seterusnya Ibn Qudamah memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Umm Salamah bahawa Umm Sulaym berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إذَا هِيَ احْتَلَمَتْ ؟ قَالَ : (نَعَمْ, إذَا رَأَتْ الْمَاءَ )

"Ya Rasulullah saw, apakah seseorang wanita itu perlu mandi jika ia mengalami mimpi yang memberahikan?. Baginda bersabda :'Ya, jika ia melihat air'". Muttafa 'alaih.

Jika keluar mani semasa mimpi di siang hari, apakah batal puasa?

Menurut Al-Hafiz Imam Nawawi didalam Al-Majmu' : "Jika seseorang itu mengalami mimpi maka Ijma' ulama' mengatakan tidak batal, kerana ini adalah perbuatan diluar kawalan (involuntary), sebagaimana lalat memasuki mulut seseorang dan secara tidak sengaja ia menelannya."

Menurut beliau hadith yang mengatakan :

لا يُفْطِرُ مَنْ قَاءَ وَلا مَنْ احْتَلَمَ وَلا مَنْ احْتَجَمَ

"Tidak dikatakan berpuasa bagis sesiapa yang muntah, sesiapa yang mimpi berahi dan yang berberkam"

merupakan hadith yang lemah yang tidak boleh diambil sebagai dalil.

Menurut Ibn Qudamah lagi (Al-Mughni 4/363) :

وَلَوْ احْتَلَمَ لَمْ يَفْسُدْ صَوْمُهُ , لأَنَّهُ عَنْ غَيْرِ اخْتِيَارٍ مِنْهُ , فَأَشْبَهَ مَا لَوْ دَخَلَ حَلْقَهُ شَيْءٌ وَهُوَ نَائِمٌ

"Jika seseorang mengalami mimpi yang memberahikan, ia tidak membatakkan puasa, kerana ia berlaku bukan dengan kehendakknya. Ini boleh disamakan dengan sesuatu yang masuk kedalam tekaknya semasa seseorang sedang tidor"

Shiekh Ibn Utsaimin apabila ditanya mengenai perkara diatas, beliau menjawab:

صيامه صحيح ، فإن الاحتلام لا يبطل الصوم ؛ لأنه بغير اختياره ، وقد رفع القلم عنه في حال نومه

"Sah puasanya, jika dia mengalami mimpi yang memberahikan maka tidaklah membatalkan puasanya! Kerana sesungguhnya ia berlakukan tanpa kehendaknya, maka telah diangkat kalam darinya semasa dia tidur" (Fataawa al-Siyaam, ms 284).

Kesimpulannya ialah puasa nazar tersebut tidak batal jika keluar mani ketika dia sedang tidur akibat dari mimpi. Ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang tidak boleh dikawal oleh sesaorang. Apa yang perlu dilakukan ialah segera melakukan mandi wajib. WA.

wassalam

115 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan soalan berkaitan puasa nazar. sebelum menghadapi peperiksaan SPM, saya telah bernazar untuk berpuasa 3 hari bagi setiap A yang saya perolehi tetapi saya tidak menyatakan bila tempoh saya akan memulakan puasa nazar dan saya tidak juga menyatakan saya akan melakukannya berturut-turut. selepas itu alhamdulillah saya telah memperoleh 3A dan saya perlu menunaikan puasa nazar sebanyak 9 hari.

soalannya ialah, adakah saya wajib menunaikan puasa nazar keesokan harinya selepas mendapat result dan adakah saya perlu menunaikannya berturut-turut.. tolong perjelaskan saya mengenai masalah ini..

Admin said...

nazar yang dibuat untuk mentaati perintah Allah mesti disempurnakan. Nazar adalah sumpah. Tidak semestinya berturut-turut, ambil kesempatan dan kelapangan yang sesuai.

Jika tidak dapat ditunaikan:

1. beri makan kepada 10 orang fakir miskin atau
2. beri pakaian kepada setiap fakir miskin atau
3. memerdekakan seorang hamba

Anonymous said...

SALAM

APAKAH HUKUM PUASA NAZAR?
JIKA KITA BERNIAT UTK PUASA NAZAR PD ESOK HARI,TP PD KEESOKKAN HARINYA,KITA TIDAK BERPUASA..DAN MENGGANTINYA PADA HARI SETERUSNYA.ADAKAH PERBUATAN INI DIBOLEHKAN?

TQ

Admin said...

Nazar adalah satu cara bertaqarrub kepada Allah dan mencari keredhaanNya. Hukum bernazar pada asalnya adalah makruh tetapi jika seseorang bernazar pada sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah seperti melakukan korban maka wajib ke atasnya untuk menunaikan sebaik sahaja perkara itu tercapai. Seseorang itu hendaklah berusaha menunaikan perkara yang dinazarkan itu dan tidak melegah-lengahkannya dengan sengaja untuk ditunaikan. Dalam hal ini, sekiranya seseorang yang telah bernazar dan tercapai maksudnya lalu belum mampu untuk menunaikan nazarnya dan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannnya tidaklah dikira berdosa selama mana di tidak mengabaikan janjinya itu terhadap Allah Ta'ala. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap usaha dan upaya hamba-hambaNya.

Anonymous said...

salam
klu kita puasa nazar pada hari tersebut, kemudiannya kita tidak menghabiskan puasa sehingga waktu maghrib,yakni berbuka sebelum waktu maghrib....adakah berdosa?

Anonymous said...

saya ada satu soalan...antara puasa nazar dan puasa qadha bulan ramadhan mana yang wajib ditunaikan dahulu.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya sudah berkahwin dan saya telah bernazar untuk berpuasa selama satu hari sekiranya saya mengandung. sekarang saya sedang hamil 7 bulan tetapi belum lagi menunaikan puasa nazar itu. Untuk pengetahuan, saya masih ada puasa ganti yang belum habis ditunaikan.persoalannya, bolehkah saya melakukan puasa nazar dahulu sebelum menunaikan puasa ganti itu?

Ingin Kepastian,

Admin said...

Antara nazar dan puasa ganti ramadhan, puasa ganti ramadhan harus diberi keutamaan, kemudian baru tunaikan nazar.

Puasa ganti dan puasa nazar boleh ditangguhkan selepas selamat melahirkan nanti jika dikhuatiri puasa boleh memudaratkan kandungan.

Anonymous said...

assalamualaikm saya pernah bernazar kalau saya di terima menjadi imam di salah satu masjid saya akan puasa senin kamis,alhamdulillah saya sudah di terima menjadi imam di sana, apakah saya harus berpuasa setiap senin dan kamis..syukro

Anonymous said...

assalamualaikum, saya pernah berniat puasa nazar semasa pmr dahulu. oleh kerana bilangan hari yang terlalu banyak, saya menjadi tidak mampu untuk melakukannya....saya memilih untuk memberi makan kepada 10 orang fakir miskin. persoalanya, adakah saya harus meneruskan puasa nazar tersebut setelah itu.

Admin said...

Jika nazar yang tidak dibuat telah dibayar fidyahnya tak perlu lagi dibuat seterusnya.

WA

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya telah bernazar untuk berpuasa selama 7 hari. Malang sekali setalh sekian lama saya telah terlupa jumlah hari yang saya nazarkan itu. Bagaimanakah cara untuk saya melangsaikan nazar tersebut? Harap tuan dapat menjelaskan.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya telah bernazar untuk berpuasa selama sebulan jika saya lulus peperiksaan.saya telah bernazar pada 6 tahun dahulu. tetapi kini saya masih belum dapat menunaikan puasa itu. adakah saya dikatakan berdosa kerana telah melengahkan puasa itu? saya cuma berpuada selama 7 hari.

Anonymous said...

bagaimana pula jika kita bernazar berpuasa sebulan, pada masa itu kita yakin kita dapat menunaikannya tetapi setelah itu kita semakin sibuk dengan kerja dan kehidupan kita di sekeliling dan kita berasa kita tidak dapat menunaikannnya tetapi kita sihat dan berdaya untuk melakukan puasa itu?adakah kita boleh membayar fitrah atau fitrah hanya untuk orang yang tidak berdaya atau terlalu sakit untuk menunaikan puasa itu?

Anonymous said...

assalamualaikum

jika saya bernazar untuk berpuasa secara berturut2, maka adakah ia wajib untuk dilaksanakan secara berturut2 atau bolehkah saya tidak melakukannya secara berturut2??

Anonymous said...

assalamualaikum

adakah bilangan puasa nazar akan bertambah jika tidak ditunaikan apaila sudah setahun berlalu...

Anonymous said...

assalamualaikum,
sya baru shja putus nagn kekasih sya, smsa sya dlm proses mengorat dia, sya telah nazar utk mlakukan bbrpa prkra, tapi slpas sya telah couple dgn nya, sya x tunaikan nazar dan awek sya telah mgadu yg dia trus mgadu hilang rsa suka n syg nya kpda n pntu atinya ttutup utk sya. then kmi ptus, adkah ini dsebabkan oleh nazar yg sya xtunaikan itu? adkah sya akn dpt smula awek sya jika sya tunaikn nzar itu

Anonymous said...

assalamualaikum,
sya bernazar akan khatam al-quran dua kali pada tahun ini, tetapi saya tidak sempat melakukannya..
bagaimana sy ingin mengantikannya??

Admin said...

Berdosa kerana dalilnya amat tegas:

Firman Allah,"dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kamu berjanji" (maksud an Nahl: 91)

Firman-Nya :"dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka." maksud alHajj: 29

Jika tidak mampu memenuhi nazar atau menarik kembali nazarnya dikenakan kaffarah sama dengan kaffarah sumpah: (pilih salah satu)

1. Memberi makan 10 orang miskin atau

2. berpuasa 3 hari secara berturut-turut.
(Fatwa Mutawalli Syarawi, anta tasal wa Islam yujib)

Anonymous said...

slm..sye ade kekeliruan ny...jike kite brniat p0se nazar..tp kite tataw bnde yg kite nazarkan tu jd ke ta,prlu ke kite tunaikan nzr tu..?sbgai c0nt0h:si A akn brpuase sekiranya kwnny si B ta brpndh krne mndpt twrn keje..tibe2 satu ary tu,si A l0st k0ntek dgn si B..then dye tataw ape yg jd kt si B,sdgkn dye sudah brnazar....mcm mane tu?tlg sye....=(

Admin said...

w'salam

kalau taip betul-betul penuh kat mudah dibaca, nanti tak faham baca camana nak jawab?

keliru macam ini tangguh dululah nazar tu sebab keputusan tidak diketahui. tunaikan bila kedudukan telah pasti kemudian nanti...

Anonymous said...

salam.saya telah bernazar untuk tidak memotong rambut sehingga saya bernikah.setelah rambut panjang saya berasa tidak selesa lalu memotongnya padahal saya belum bernikah lagi.jadi saya memilih untuk berpuasa 3 hari berturut sbg ganti melanggar nazar itu.tapi pada hari ke 2 saya telah datang haid.perlukah saya menyambung semula puasa itu setelah habis haid atau saya perlu ulang semula puasa yang baru?

Admin said...

W'salam

nazar sesuatu janji atau sumpah dengan Allah untuk melakukan satu ibadat mengikut sesuatu kondisi. Janji tidak memotong rambut itu bukan nazar, boleh dibatalkan tanpa kafarah.

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya pernah bernazar utk berpuasa setelah hajat tercapai..hajat tu tercapai mungkin dah lebih 1 ke 2 tahun lepas..tp saya masih balum memnunaikan puasa tersebut..dan sekarang saya tekat utk menunaikan..tp masalahnya saya terlupa jumlah hari berpuasa ketika bernazar dulu..berapa harikah puasa yg harus saya buat??dan masih boleh diterima ke puasa sya itu jika saya tertangguhkan puasa sekian lama??

Unknown said...

salam...
sy ade satu soalan...
sy berpuasa ganti selama 11 ari...
pd ari ke 12 sy nk smbung puasa nazar tp bl da ptg baru igt yg pagi td sy niat puasa ganti.. bukan puasa nazar.lps 2 sy terus niat dlm ati sy nk puasa nazar ..soalannye...puasa nazar sy nie sah x...or saya sy patut puasa ari len dgn niat yang betul...harap boleh bantu sy...

Admin said...

Jika telah terlupa janji berapa hari ingin puasa nazar dan masih belum disempurnakan gantilah dengan puasa 3 hari berturut-turut sebagai memenuhi tuntutan kafarah. WA

Admin said...

niat puasa nazar itu diterima disebabkan terlupa dan teringat semula ketika masih dalam masa melaksanakan puasa, niat itu boleh diperbetulkan.

jika teringat semula ketika telah berbuka maka puasa ganti yang yang tersalah niat itu tidak dikira sebagai puasa nazar, wajib dilakukan semula.

Anonymous said...

Assalammualaikum

saya telah bernazar puase seminggu utk mendptkn keje dgn jumlah gaji y saya ingikan...skrg saya sudah diterima bekerja,ttp dgn jumlah gaji y tdk sama dgn saya inginkan...

pesoalannya adakah saya wajib membyar nazar tersebut krn saya suda diterima bekerja?

Hamba Allah yang Ingin Tahu said...

Assalamualaikum..
Saya ada sedikit kekeliruan..sy mempunyai tabiat buruk semenjak bangku sekolah (onani)yang sukar untuk di kawal. Suatu hari saya telah bernazar, untuk berpuasa 1 hari setiap kali saya melakukannya lagi..Alhamdulillah, wlaupun saya belum lagi dapat berhenti sepenuhnya, namun tabiat buruk itu semakin berkurang..Namun begitu, jumlah puasa yang saya perlu tunaikan masih juga banyak.

Persoalannya,
1) adakah dibolehkan bagi saya untuk kifarah seandainya saya tidak mampu untuk mengerjakan puasa itu..

2)sekiranya dibolehkan, bagaimana nisbahnya. Contohnya : sy ada 20 hari puasa nazar yang terkumpul, adakah perlu 20 kali kifarah juga..atau cukup sekadar sekali kifarah?

Anonymous said...

AsLmkm... butuh banget infonya. jazakaLLah.

saya niat puasa nazar 3 minggu BERTURUT-TURUT sebeLum pernikahan saya nanti tgL. 12 maret 2011.
baru 2 mgu puasa sy haid... apakah saya uLang dari awaL atau teruskan yg kurang 1 mgu Lagi?

jika menguLang khawatir keburu haid Lagi. syukron.

Admin said...

w'salam

anda tidak perlu ulang semula dari awal, sambung terus baki yang belum selesai...

haid adalah fitrah manusia yang tidak upaya kita hindari...
wallahuálam...

Ingin tahu said...

Assalamualaikum..
Saya ada sedikit kekeliruan..sy mempunyai tabiat buruk semenjak bangku sekolah (onani)yang sukar untuk di kawal. Suatu hari saya telah bernazar, untuk berpuasa 1 hari setiap kali saya melakukannya lagi..Alhamdulillah, wlaupun saya belum lagi dapat berhenti sepenuhnya, namun tabiat buruk itu semakin berkurang..Namun begitu, jumlah puasa yang saya perlu tunaikan masih juga banyak.

Persoalannya,
1) adakah dibolehkan bagi saya untuk kifarah seandainya saya tidak mampu untuk mengerjakan puasa itu..

2)sekiranya dibolehkan, bagaimana nisbahnya. Contohnya : sy ada 20 hari puasa nazar yang terkumpul, adakah perlu 20 kali kifarah juga..atau cukup sekadar sekali kifarah?

Anonymous said...

salam
saya telah niat berpuasa nazar 5 hari berturut2... adakah saya bole mlakukannya tidak berturut2?

Admin said...

w'salam ingin tahu,

selagi anda masih kekal bernazar sedemikian puasa itu masih wajib ditunaikan.

kalau tidak upaya melakukannya kafarah adalah memberi 10 orang fakir miskin bagi setiap satu hari puasa yang tidak dilaksanakan...

Admin said...

ya jika anda bernazar untuk berpuasa 5 hari berturut-turut, mestilah ditunaikan seperti yang anda nazarkan...

Anonymous said...

saya telah bernazar berturut2... tapi telah haid slepas 2 hari berpuasa... tapi saya tidak tahu slepas haid saya boleh sambung smula puasa tersbut dgn mengambil kira 2 hari tersebut.... saya memulakan puasa slepas 2minggu dr kering dari haid kerana ingatkan tidak bole ambil kira 2 hari tersebut. adakah sy bole mengambil kira puasa sbelum ini kerana telah lama kering haid baru memulakan smula puasa nazar ini.?

Admin said...

kita tidak berkuasa menghindari haid jadi puasa 2 hari sebelum haid adalah dikira berterusan jika disambung semula selepas tamat haid (maksdnya boleh sambung selepas haid baki puasa yang belum dibuat)...

ambil kira tarikh kedatangan haid sebelum memulakan puasa nazar...

Anonymous said...

tapi saya sambung slepas haid dah habis 2 minggu... padahal haid cuma 1 minggu. saya tak tahu slepas haid saya bole smbung baki... jadi saya inagt perlu berpuasa 5 hari smula sebab tu saya tangguhkan walaupun dah lama habis haid... jadi sekiranya saya tak tahu dan ini adalah hari ke3 saya berpuasa smuala... ada kah perlu buat kelima2nya atau hnya perlu tmbah dua...? cth : berpuasa dua hari pada 1 dan 2 februari... 3 februari haid smpai 7 februari... berpuasa smula pada 21 februari... jadi ada kekosongan 8-20 februari... bole ka ambil kira 2 hari tu smula sbb tak tahu kata bole sambung lepas haid. maafla bnyak bertanya sbb nak pastikan betul2...

hamba Allah mencari kepastian said...

Assalamualaikum.
saya ingin bertanaya:
saya ada bernazar untuk menunaikan puasa selama 3 hari tidak berturut-turut kalau mencapai hajat saya. sekarang saya telah mencapai hajat saya, dan ingin berpuasa. masalah saya adalah, jika saya berniat berpuasa contohnya hari ini, tapi saya berbuka di siang hari(batalkan puasa). apa hukumnya? terima kasih...

Admin said...

tak boleh gitu puasanya tidak jadi berturut-turut. puasa pada 1 dan 2 fed - haid 3 hingga 7 fed - kena sambung terus pada 8 feb hingga selesai.

jika ada kekosongan 8 - 20 feb tidaklah bermakna puasa itu berturut-turut...
WA

Admin said...

makan kerana membatalkan puasa sunat tidak mengapa tidak menjadi kesalahan... di lain masa boleh ditunaikan semula nazar puasa 3 hari itu..

Anonymous said...

salam, saye menunaikan puasa ganti, tapi kalau saya berbuka puasa sebelum wktu berbuka, camane ye? ape denda ny?

Admin said...

w'salam

puasa ganti adalah wajib, jika batal kena ganti semula... kalau melangkaui ramadhan yang satu lagi harus ganti dan bayar fidyah... WA

Anonymous said...

trima kaseh ustz./.. alhamdulillah... dh slesai dh 5 hr puasa nazar sy...

Anonymous said...

salam

saya ada kekeliruan sedikit berkaitan puasa nazar, harap dpt bantu

1) jika sy bernazar puasa seminggu (tidak berturut) andai doa termakbul, wajibkah ditunaikan immediately selepas doa termakbul atau di bolehkan bila2 selagi kita tidak lupa nazar itu?

2) jika bernazar puasa, sah kah di lakukan nazar itu jika puasa ganti ramadhan blum ditunaikan? apakah hukum lambat membayar nazar kerana hari yg mampu utk berpuasa semua diperuntukkan utk mengganti puasa ramadhan?

3) jika tidak yakin mampu utk bernazar puasa, bolehkah sy bernazar menderma ke masjid/anak yatim sekiranya doa itu termakbul? perlukah ditetapkan nilai derma sepertimana kita selalu menetapkan hari puasa nazar?


-asm-

Anonymous said...

dan satu lagi

4) seandainya nazar derma dibolehkan, sah kah nazar itu jika penerima tau siapa yg menderma atau kecoh siapakah penazar itu? bagaimanakag cara menderma yg terbaik jika tidak mahu org tahu mengenainya?

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya mahu bertanya, bila kita dah berniat utk bernazar,dan niat kita dimakbulkan, wajibkah kita terus berpuasa pada keesokkan harinya?
a

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya nak tanya. pada tahun 2008, saya telah menyertai perkhemahan dan telah niat berpuasa 2 hari jika tiada sebarang musibah berlaku ketika berada di situ. dan tiada perkara buruk telah berlaku. ketika itu saya tingkatan 1, dan berniat puasa 2 hari itu juga tidak berfikir panjang dan terikut dengan kawan.

namun sehingga sekarang puasa itu masih belum dilaksanakan, tidak disengajakan. apakah hukumnya? dan apa yang patut saya lakukan ?

harap dibalas secepatnya ...

ingin tahu said...

salam.sy ingin tahu.dalam puasa nazar adakah diberikan tempoh untuk menggantikannya? dan apakah hukum terlambat menggantikan puasa nazar

contohnya jika sy bernazar puasa selama 3 bulan kerana berjaya dlm exam pd tahun 2010,bolehkah sy menggantikannya sehingga ke tahun hadapan(2012@2013) kerana puasa itu agak banyak untuk dilaksanakan .
pendek kata, kita tetap melaksanakannya tapi dalam tempoh yang panjang.
harap mendapat penjelasan

Admin said...

Puasa nazar hendaklah dilakukan segera, bergantung kepada niat semasa nazar adalah meniatkan sama waktu-waktu tertentu...

jika masih belum dilakukan masih lagi boleh ditunaikan nazar berkenaan...

jika tidak dapat menunaikan nazar hendaklah memberi makan kepada 10 orang fakir miskin... WA

Anonymous said...

assalammualaikum..

adakah diterima puasa nazar saya sekiranya saya bernazar utk berpuasa 3hari berturut-turut tetapi pada hari ketiga saya tidak larat berpuasa dan digantikan pada hari kelima?

Anonymous said...

aslkm sy nak tny..
sya telah berniat puasa nazar setiap hri khamis...spnjg thun sekiranya sy mendpt ape yg sy inginkn...itu pd thun 2010....tp ade beberapa kali sy tidak berpuasa nazar akibat haid.,,lalu, sy ingin mengganti puasa nazar tersebut...sekarang sudah thun 2011...sy mc blum abiz mengganti puasa nazar itu..seigt sy bru sekali...bagaiman perlu sy menggantinya?adakah ia digandakan?kerana sudah masuk thun bru..?,,,sy agk keliru,,,mohon penjelasaN..SEKIAN ...

Admin said...

ya ganti sahaja puasa yang belum disempurnakan tanpa sebarang denda kerana tidak jalan keluar ketika haid... WA

Admin said...

jika bernazar untuk puasa 3 hari berturut-turut mestilah ditunaikan berturut kecuali sebab yang tak dapat dielakkan. Ulang semula puasa 3 hari tersebut.

Andi Abdiar Wahab said...

Assalamualikum,
Alhamdulillah saya sudah lulus UN 2011, sy bernazar ber puasa 7 hari tidak berturut2. Dan sekarang saya sedang menjalankan nya insyaAllah.
Pertanyaan saya, apakah saya boleh bernazar puasa lagi sedangkan saya belum selesai berpuasa 7 hari?

Anonymous said...

salam,ustz saya nak tanya berkenaan niat nazar.
saya ingin mengadakan majlis kesyukuran dan pertunangan selepas perolah kejayaan.perlukah saya melakukan keduanya.
jika majlis tidak di persetujui kedua ibu bapa.adakah wajib bagi saya melaksanakanya

Admin said...

Andi,
boleh saja nak bernazar lagi tapi selesaikanlah satu-satu dulu, nazar perkara yang serius.

Admin said...

majlis kesyukuran dan majlis pertunangan tidak dianggap sebagai nazar, boleh dibatal atau ditangguhkan.

nazar hanya yang bersangkut dengan ibadah, puasa solat umarah dan sebagainya. WA

Anonymous said...

salam,

saya ada 2 soalan..,

1)soalan pertama, saya telah bernazar untuk berpuasa jika saya dpt berkerja di company yg saya mohon tu, alhamdullilah sya diterima berkerja dan di hantar straight ke overseas, di sini saya dapati amat berat bg saya untuk menunaikan nazar saya, dan saya dapati saya akan pulang ke malaysia selepas raya, boleh kah saya menunaikan nazar saya selepas bulan puasa dan di tempat yg mudah bg diri saya??

2) soalan kedua, boleh kah saya berniat untuk puasa sunnat dan puasa nazar skali?

Admin said...

w'slam

1) boleh berpuasa nazar bila kembali ketanah air nanti.

2) tidak boleh dua puasa dengan satu niat. Laksanakan satu lepas satu... WA

Anonymous said...

assalamualaikum Wr Wb. saya ingin menanyakan masalah nazar yang telah saya janjikan dulu, tetapi ternyata saya melakukan kesalahan besar pada nazar yang telah saya ucapkan itu, nazar itu ternyata sangat berat sekali bagi saya...

saya dulu tanpa berfikir panjang pernah bernazar untuk melakukan nazar puasa untuk 1 hari jika saya terlambat/qodo' dalam melakukan sholat wajib 1 kali tanpa memberi batasan sampai kapan saya melakukannya...

sekarang saya harus melakukan puasa setiap 1 kali setiap terlambat sholat 1 kali...

pertanyaan saya,
1. apakah nazar saya ini nazar yang perlu untuk dilaksanakan?? karena saya sangat merasa berat..

2. apakah nazar saya ini tidak bisa dihentikan dengan denda?? karena saya tidak memberi batasan waktu saya sampai kapan saya melakukannya....

saya sangat memohon bantuan jawabannya, untuk membantu saya...
terimakasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum..sye sdg puasa nazar.tapi sye T'ONANI.sah tdk puasa nazar sye..??

Anonymous said...

salam saya bernazar atas kehendak yang penting dalam hidup saya...akhirnya berlaku..xpi saya bernazar puasa dalam bulan yang tertentu jika saya terlepasnya adakah saya boleh melakukannya semula pada bulan yang diniatkan pada tahun akan datang?

Anonymous said...

assalamualaikum...

sy nk tnya blh ke klu kt brpuasa nazar serentak dgn puasa ganti....

Admin said...

W'salam
tak boleh puasa nazar dengan puasa ganti sekali. Tidak boleh dua niat dengan satu amalan. Puasa ganti tu wajib kena buat dulu. WA.

Anonymous said...

assalamualaikum..
kalau kita puasa nazar pada hari tersebut, kemudiannya kita tidak menghabiskan puasa sehingga waktu maghrib,yakni berbuka sebelum waktu maghrib....adakah berdosa?

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ade pertanyaan.dulu saya ade berjanji yg saya tidak akan menghisap rokok.demi menjga janji saya bernazar akan berpuasa 3 bulan berturut2 sekiranya memungkiri janji.namun pada satu hari, saya terpengaruh dengan rakan dan cube menghisap rokok?

1.apekah hukum bernazar sebegitu sekiranya nazar dilafazkan ketika masih belum matang (akil baligh)
2. Bagaimana nazar dikira?puasa 3blan berturut2 bg stiap batang rokok atau dikire skali sahaja utk setiap rokok yg saya pernah hisap
3.apakah yg harus dilakukan sekiranya tidak mampu menunaikan nazar itu?

Anonymous said...

Assalammualaikum.
Pertanyaan saya apakah bentuk denda/ fidyah bagi orang yg pernah bernazar utk berpuasa sepuluh hari sekiranya hajatnya tercapai pada tahun tersebut(2002) dan Alhamdulillah hajatnya telah tercapai tetapi sehingga kini (2011) orang tersebut hanya menunaikan 3 hari sahaja daripada 10 hari nazar yang sepatutnya. Harap dapat membantu saya menyelesaikan kerungsingan ini.

Admin said...

1. Nazar bagi yang belum baligh tidak diambil kira tetapi boleh dilakukan jika memahami janji yang dibuat.

2. Nazar yang anda buat untuk berpuasa bagi setiap kali merokok jika tidak dilaksanakan hendaklah berpuasa 3 hari (bukan 3 bulan) berturut-turut, atau memberi makan sepuluh orang miskin.

3. Lafazkan untuk membatalkan nazar yang dibuat dan berazam dengan kuat untuk berhenti merokok.

Admin said...

seperti yang dijelaskan sebagai kafarah kerana tidak memenuhi sumpah nazar hendaklah berpuasa selama 3 hari berturut-turut atau memberi makan kepada 10 orang fakir miskin.

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Bolehkah Tuan memberikan contoh bagi;
1. Niat puasa nazar
2. Niat puasa kafarah

Terima kasih

Admin said...

W'salam

niat itu tidak perlu dilafazkan sebagaimana amalan kebiasaan tempat kita. Terlintas dalam hati dengan timbul keinginan untuk berpuasa nazar adalah niat kita yang sebenarnya.

Kafarah bukan puasa, kafarah adalah denda kerana gagal menunaikan nazar.

Anonymous said...

assalamualaikum, saya mau nanya, saya bernazar puasa selama satu minggu, tetapi saya tidak menyatakan satu minggu berturut turut,ketika hari ke 3 saya tidak berpuasa karena sakit,tetapi saya lanjutkan ke esokan hariyanya sampai selesai. apakah itu berdosa? dan apakah harus diulang kembali karena dihari ketiga saya tidak berpuasa? tolong jawab, terimakasih, wassalam

Admin said...

W'salam

ya puasa nazar anda adalah diterima kerana anda tidak berniat untuk melakukan puasa itu secara berturut-turut.

Anonymous said...

salam, saya nk tanya, kalau saya niat nazar mengatakan 3 minggu, tp tidak ingat berturut atau tidak, tp rasanya tidak, bolehkah saya berpuasa slama 21 hari, dan kalu saya tidak mampu, saya hanya perlu kafarah sahaja kah?

Anonymous said...

(sambungan)
kalo sya lupa, tpi berpuasa 21 hari???

Anonymous said...

salam... tuan saya ada kemusykilan... apakah hukum sekiranya kita berpuasa nazar tetapi kita membuka puasa nazar tersebut setelah setengah hari berpuasa.... harap dapat membantu saya... terima kasih..

Admin said...

Tidak menunaikan puasa nazar dituntut membayar kafarah.

samada
memberi makan untuk 10 orang fakir miskin
atau
memberi pakaian untuk 10 orang fakir miskin

jika tidak mampu

hendaklah berpuasa 3 hari berturut-turut. WA.

Anonymous said...

berkenaan dengan puasa nazar...saya telah bernazar untuk berpuasa selama 7 hari berturut2. kini saya bertukar keje dan dapati agar sukar utk menuanikan puasa tersebut berturut2. apakah jalan terbaik utk masalah ini. bolehkah saya gantikan dgn berpuasa 3 hari berturut2 dan selebihnya memberi makan kpd org fakir @ cukup sekadar berpuasa 3 hari berturut lalu nazar saya dikira tercapai?

Unknown said...

Tumpang tanya ya .
Kalau saya bernazar 1 hari untuk capai sesuatu . Katakan saya dah tercapai . Puasa tu boleh tak kalau saya lakukan dimana hari saya rasa saya boleh , atau saya kena buat terus . Tolong beri penjelasan ? Tq

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan, sya tlh bernazar untuk berpuasa selama 2 minggu berturut2 sekiranya saya lulus ujian sejarah. tapi sy x mampu utk menunaikan nazar tersebut. adakah sy boleh melakukan kafarah?tq

Unknown said...

Assalammualaikum.. Ibu saya telah bernazar jika anaknya mendapat 8a dlm pmr dia akan berpuasa selama 3 hari. Oleh kerana masalah kesihatan dan atas nasihat doktor ibu saya tidak dapat berpuasa. Boleh kah sekiranya puasa nazar tersebut di lakukan oleh anaknya? Selain itu, haruskah ibu rasa bersalah jika puasa nazar tersebut tidak dilakukan sblm ramadhan,walaupun ianya telah dinazarkan 13 thn yang lalu.. Mohon pencerahan.. Terima kasih..

Anonymous said...

puasa nazar mesti kena tunaikan dik tak boleh orang lain yang buat sebagai ganti. kalau tak mampu buat bayar kafarah, atas ada dinyatakan bentuk kafarah yang bayar

Anonymous said...

Saya pernah bernazar akan puasa selama seminggu sekiranya istri saya selamat bersalin dan mendapat anak yang sihat. Sekarang isteri saya sudah selamat bersalin. Apakah hukumnya da wajib ka saya puasa nazar selama seminggu

Anonymous said...

Assalamualaikum,jika seseorang itu bernazar...hajatnya di tunaikankah??bolehkah seseorang itu bernazar untuk sujud syukur dan membelanja ahli keluarga makan??tolonglah balas persoalan saya ini...

Anonymous said...

Assalamualaiku. Saya mempunyai nadzar berpuasa pada hari yang telah saya tentukan. Bagaimana jika pada hari itu saya tidak puasa? Apakah saya wajib berpuasa lagi atau membayar fidiah. Sebelumnya saya sangat mengharapkan jawaban itu dan terima kasih. Wassalamualaikum

Anonymous said...

assalamualaikum..apakah hukum jika sy melaksanakn puasa nazar sblm mendapat sesuatu keputusan peperiksaan contohnya sy bernazar untk mlksanakn puasa selama 9 hari jika sy mndpt keputusan yg baik..jika sy melaksanakan puasa tersebut sblm mengetahui keputusannya adakah sah puasa nazar tersebut..dan sy tlh melaksanakn puasa tersebut sblm nengetahui kptsnnya dan skrng alhamdulillah sy mndpt kptsn yg cemerlang..tetapi perkara trrsebut telah berlaku 2 tahun yg lps..adakah sy perlu berpuasa semula. mohon pencerahan..syukran

Anonymous said...

assalamualaikum....
saye nak tanye...saye telah barnazar kalau saye dapat 5a dalam UPSR saye akan puase 7 hari....tapi saye x ingat....sama ade 7 hari berturut2 ataucume 7 hari shaje...
lepas saye ade bernazar bende lain mcm...sekiranye saye jumpe duit saye yg hilg saye akan puasa 3 hari...tapi saye buat nazar tu sebelum baligh...adekah saye perlu lakukannye?
dan niat untuk nazar mcm mane?
adakah niatnye lain2 ikut hajat ape yg kite minta?
dan sekiranya sye lupa barape hari sepatutnye saye puase mcm mane pula?adakah saye perlu puase nazar ape yg saye ingat shje?
minta tolong jawab kan....saye keliru....

Anonymous said...

Salam alayk.

Bagaimana niat puasa membatalkan nazar ? Adakah ianya perlu dilakukan 3 hari berturut ? Slepas puasa tu kiranya nazar kita dah terbatal ke ?

Anonymous said...

As salam. Sy pernah melafazkan nazar spt ini. "Aku bernazar bahwa aku tidak akan makan ayam selama seminggu. Sekiranya aku langgar, aku akan berpuasa selama 10 hari berturut2"
Persoalannya:
1.Jika sy langgar, wajib ka sy bayar puasa selama 10hari berturut @ sy boleh menggantikannya dgn kafarah nazar iaitu hanya dengan berpuasa 3 hari?
2. Bolehkah sy batalkan nazar itu krn xtahan utk terus x makan ayam?
Mohon penjelasan.

Anonymous said...

assalamualaikum...ustaz
saya ingin bertanya,bolehkah saya menunaikan puasa nazar di dalam bulan ramadhan?
mohon penjelasan.

Anonymous said...

apa hukum sengaja membatalkn puasa nazar? sebab sy niat nazar bukan berturut2.

Unknown said...

Saya telah berniat untuk berpuasa jika saya menemui barang rakan yang telah saya hilangkan . Dan saya menjumpai barang tersebut . adakah saya perlu berpuasa

Anonymous said...

Salam, sekiranya saya bernazar untuk berpuasa selama 1 minggu berturut-turut Dan kemudiannya saya membatalkannya, adakah ia dikira gagal?

Dan adakah Cara untuk menggantikannya selain daripada membayar kafarah?

Seperti contoh, mengulangi puasa seminggu tersebut?

Anonymous said...

salam..antara ingat dan x ingat pernah bernazar utk puasa pada minggu pertama slps hjt tertunai...tp masih belum ditunaikan...dan sekarang dlm usaha puasa...tuan sy perlu puasa direk atau boleh selang selang

Anonymous said...

nazar smggu direk...tolong jwb ya tuan

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya mau bertanya apa saja sebenarnya yg membatalkan puasa nazar
Samakah dengan puasa wajib

Saya pernah bernazar untuk puasa sebulan penuh atau 30 hari berturut turut jika saya masuk ke sekolah yg saya mau
Kini saya sudah melakukannya selama 20 hari
Namun hari ini saya haid, nah bagaimana sebaiknya apakah saya tetap bisa lanjut, ataukah puasa saya tidak sah, namun di nazar saya berturut turut
Bagaimana solusi dan baiknya
Terima kasih banyak

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya mau bertanya apa saja sebenarnya yg membatalkan puasa nazar
Samakah dengan puasa wajib

Saya pernah bernazar untuk puasa sebulan penuh atau 30 hari berturut turut jika saya masuk ke sekolah yg saya mau
Kini saya sudah melakukannya selama 20 hari
Namun hari ini saya haid, nah bagaimana sebaiknya apakah saya tetap bisa lanjut, ataukah puasa saya tidak sah, namun di nazar saya berturut turut
Bagaimana solusi dan baiknya
Terima kasih banyak

cikmiss said...

assalamualaikum , saya berpuasa nazar tapi atas faktor kesihatan yang tidak berapa sehat membuatkan saya tak mampu meneruskan puasa , adakah berdosa jika saya membatalkan puasa pada tengahari ?

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya ingin bertanya, saya puasa nazar 2bln dan sudah melaksanakan 3minggu 2hari, dan di ketiga harinya saya sakit dan mencoba untu batal, pwrtanyaannya apakah saya harus mengulang dari awal /lanjutlanjut ?

rf said...

apa niat puasa kifarat

rf said...

apa niat puasa kifarat? tolong dijawab sekarang

Loy Blogspot said...

Assalamualaikum...
saya ingin bertanyakan mengenai puasa 6 yang saya sedang lakukan.. adakah saya perlu meneruskan puasa 6 jika saya belum mengqadha kan puasa? ataupun puasa 6 saya tu telah menjadi puasa qadha saya.. kerana saya baharu mngetahui tidak boleh berpuasa sunnah jika belum menggantikan puasa.. ?
harap mendpt jwpn yg segera, kerana saya sangat musykil ketika ni..

hamba allah said...

Assalamualaikum, bolehkah berpuasa nazar dan qadha serentak?

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya ada sedikit kekeliruan berkaitan puasa nazar... Saya ada nazar berpuasa selama seminggu bersamaan 7 Hari..tetapi saya tak ingat sama ada saya nazar utk buat puasa tersebut direct 7 hari atau tak.. Dan minggu lepas saya start puasa dari hari isnin sehingga hari ahad... Tetapi pada hari ahad saya telah period... Adakah saya perlu mengulang semula puasa saya?

Biologisan said...

Assalamualaikum.... Ada yg saya tanyakan, beberapa hari yg lalu sy bernazar akan puasa pada hari senin dan kamis apabila dilancarkan sgla urusan skripsi sy smpe yudisium. Kemudian sy sudah melaksanakan puasa nazar trsbt tetapi sy juga masih memiliki hutang puasa wajib/ramadhan dan sy menggabungkan dua niat puasa nazar dan puasa qadha, lalu apakah sy harus mengulang puasas nazar ? Atau salah satu dri niat puasa sy diterima ? Atau hanya puasa qadha saja yg diterima ?. Mohon bantuannya atas kebimbangan sy, wassalam ��

Unknown said...

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya sesuatu saya berniat nazar 2 minggu . Tetapi adakah saya boleh melakukannya berturut turut?

Unknown said...

Boleh sy nazar puasa nazar Seminggu Tapi tak dapat buat saya ganti berselang

Aizat Aziz said...

Assalamualaikum. Saya ada berniat untuk berpuasa seminggu jika saya mendapat pekerjaan. Adakah saya kena puasa 7 hari berturut-turut selama seminggu atau berpuasa berselang seli untuk cukuplan 7 hari

salpaninot said...
This comment has been removed by the author.
salpaninot said...

Assalamualaikum.

1. Pada bulan Ramadhan yang lalu saya telah melafazkan bahawa jika seorang saudara saya yang telah lama tidak menziarahi rumah ibubapa saya, tiba2 hadir menziarahi ibubapa saya pada hari tersebut, saya akan bernazar untuk berpuasa. Tetapi saya tidak nyatakan berapa hari berpuasa. Adakah saya perlu berpuasa nazar selama 3 hari berturut2 atau satu hari saja sudah memadai? Saudara saya itu benar2 hadir menziarahi ibubapa saya. Maka, saya perlu menunaikan puasa nazar saya, betul?

2. Antara puasa nazar, puasa enam dan ganti puasa Ramadhan, mana satu yang perlu didahulukan? Saya ingin melakukan puasa enam di dlm bulan Syawal ini kerana ingin mengejar pahala puasa enam. Saya bimbang jika tidak sempat untuk mengerjakan puasa enam di bulan Syawal jika perlu ganti puasa Ramadhan atau puasa nazar terlebih dahulu. Mohon penjelasan yang tepat.

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum ,

Adakah bilangan hari puasa nazar ni mengikut apa yg kita nazar atau ada bilangan yg telah ditetapkan

Unknown said...

Assalamualaikum ustad.. Saya telah nadzar puasa 9x berturut2. Tp di hari ke 5 saya batal keluar air mani dengan sengaja. Boleh lah saya melanjutkan nadzar di hari ke 6 tanpa mengulang nya lagi dari awal?

Unknown said...

Assalamualaikum,saya ingin bertanya jikalau saya sudah bernazar selama sebulan dan tiba2 dlm tak sampai masa sebulan saya datang haid? Mohon pencerahan...

nrlasmi said...

Assalamualaikum, sebelum pengumuman masuk perguruan tinggi kemarin, hati saya bingung mau nazar puasa atau tidak, kadang bilang puasa nazar saja kadang juga bilang tidak. Nah alhamdulillah saya lulus di perguruan tinggi yg saya inginkan sekarang.. Haruskah saya melaksanakan nazar saya atau tidak?

Post a Comment