Jul 27, 2009

Puasa Hari Jumaat

nur_wasatiah

assalamualaikum....

adakah benar sekiranya kita berpuasa pd hari jumaat atas niat utk mengqada'kan puasa... kita juga perlu berpuasa pd hari berikutnya... iaitu hari sabtu..? adakah berdosa sekiranya kita hanya berpuasa pd hari jumaat dan tidak beneruskannya pd hari berikutnya..?

terima kasih...

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri nur_wasatiah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hari Jumaat merupakan suatu hari yang istimewa bagi orang-orang Islam. Dari riwayat Abu Hurairah ra dan Hudaifah ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

أَضَلَّ اللَّهُ عَنْ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا ، فَكَانَ لِلْيَهُودِ يَوْمُ السَّبْتِ ، وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ الأَحَدِ ، فَجَاءَ اللَّهُ بِنَا فَهَدَانَا اللَّهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ ، فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَالأَحَدَ ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، نَحْنُ الآخِرُونَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ، وَالأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، الْمَقْضِيُّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلائِقِ

"Allah telah menjauhkan orang yang sebelum kita dari Jumaat, Yahudi mempunyai hari Sabtu, orang Kristian mempunyai Sabtu dan orang Kristian mempunyai Ahad. Kemudian Allah telah membawa kita dan memimpikan kita kepada hari Jumaat, Maka dijadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, lantas mereka akan mengikut kita pada hari Kiamat, Kita merupakan manusia terakhir dari ahli dunia, akan tetapi kita merupakan manusia pertama di hari Kiamat, dan kita akan dilayan sebelum yang lain" - [Riwayat Muslim #856].

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :

إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..

"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :

وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه

"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpausa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum, saya ingin bertanya, anak saya telah lakukan peperiksaan nya dengan baik dan sebab itu, dia perlu berpuasa kerana telah bernazar.dia sudahpun menetapkan tarikh nya tetapi, dia sangat penat dan tidak larat pada hari yang ditetapkan tersebut.bolehkah anak saya menggantikan puasa ITU pads hari lain?

Unknown said...

assalamualaikum, saya ingin bertanya, anak saya telah lakukan peperiksaan nya dengan baik dan sebab itu, dia perlu berpuasa kerana telah bernazar.dia sudahpun menetapkan tarikh nya tetapi, dia sangat penat dan tidak larat pada hari yang ditetapkan tersebut.bolehkah anak saya menggantikan puasa ITU pads hari lain?

Post a Comment