Jul 27, 2009

Ganti Puasa Dan Fidyah

nirmalasari

Assalamualaikum,

Di sini saya ada satu kemusykilan, bolehkah puasa yang kita tinggalkan pada Ramadhan yg lepas oleh sebab haid kita bayar dengan fidyah oleh kerana kita tak mampu nak berpuasa kerana hamil. Utk pengetahuan, saya telah menggantikan separuh dari hari yg ditinggalkan itu dengan puasa dan ada lagi enam hari yg belum berganti dan saya pula tak mampu berpuasa krn hamil skrg.

Sekian, wasalam.


JAWAPAN:
g@y@t

Salam

Ijma' ulama' mengatakan puasa Ramadhan yg ditinggalkan krn haid wajib digantikan.

“…maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….”[2:184]

Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan krn uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

“…Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. 2:184)

Persoalannya, adakah hamil itu mebolehkan seseorang itu mendpt masyaqqah ini. Adakah hamil termasuk dalam kategori uzur? Saya mengatakan bahawa definisi uzur yg menggugurkan kewajiban seseorang itu menggantikan puasa adalah keuzuran yg pada kebiasaannya tidak mungkin akan sembuh lagi. Sekiranya uzur yg dihadapi itu bersifat sementara, tidaklah gugur kewajiban itu. Maka, org yg hamil wajib menggantikan puasanya dan pembayaran fidyah tidak sama sekali menggugurkan kewajipannya utk menggantikan puasa yg ditinggalkan itu.

Namun, tidaklah semestinya dia perlu menggantikan di ketika dia mengandung. Dia boleh menangguhkan ganti puasanya itu kemudian hari meskipun berlalu Ramadhan yg seterusnya. Para fuqaha' termasuk syafi'iyyah mengatakan puasa qadha’ boleh ditangguhkan sehingga Ramadhan yg selepasnya jika disebabkan keuzuran. WA.

Wassalam

Al-Umm
Imam asy-Syafi’I

Fiqh Islami wa adilatuhu(Fiqh & Perundangan Islam)
Dr Wahbah al-Zuhaily

Al-Mufashal Fi-Ahkamil Mar’ah Wal-Bait Al-Muslim
(Ensiklopedia Hukum Wanita & Keluarga Jil 2)
Dr Abd Karim Zaidan

Hukum2 Fiqh Islam-Tinjauan Antara Mazhab
Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy

Ramadhan Fataawa
Fatawa by Sheikh Bin Baaz
Sheikh Ibn Jibreen

Fiqhus Sunnah Jil 3
Sheikh Sayyid Sabiq

Fataawa Islamiyyah
Fatawa by sehikh Bin Baaz
The Permanent Committee For Islamic Research and Fataawa

_________________
kamin
Panel Feqh

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas jawapan diatas. Wanita yang hamil dibenarkan menangguhkan puasa pada bulan Ramadhan kepada suatu hari yang dia mampu mengganti puasa tersebut. Syeikh Utsaimin mengkategorikan bab wanita menangguh berpuasa didalam bulan Ramadhan dibawah bab SAKIT, dimana seseorang itu boleh menggantikan jumlah puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain (مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ) sebagaimana didalam surah Al-Baqarah ayat 185. Malah Al-Mirdaawi menyebut didalam al-Insaaf (7/382), bahawa adalah makruh hukumnya wanita yang hamil berpuasa jika ia memudharatkan diri atau kandungannya. Fatwa dari Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi menyebut :-

أما الحامل فيجب عليها الصوم حال حملها إلا إذا كانت تخشى من الصوم على نفسها أو جنينها فيرخص لها في الفطر وتقضي بعد أن تضع حملها وتطهر من النفاس

"Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)

Dengan kata lain, kewajipan berpuasa tidak gugur dengan hanya membayar fidyah, tetapi Puan wajib mengqada' puasanya selepas melahirkan anak dan bersih dari nifas. WA.

wassalam

9 comments:

Anonymous said...

salam
nk tny,tahun lps sy tak cukup puasa ramadhan sbb mgandung dn muntah teruk hingga mjejaskn ksihatan sy..jd sy tidak bpuasa slama 8hari..pd tahun ini, sy masih blum mgnti puasa kerana sy myusukn penuh ank sy brusia 4bln…sy tahu boleh utk tidak megqada’ puasa tetapi hndklah mbyr fidyah…masalahnya, sy dn suami tidak mampu mbyr fidyah trsebut pd thn ini krn sy msh blm bkrja sdgkn suami msh blajar…blhkah sy mnagguhkn mbyr fidyah n mgnti pd thn hadapan?

sekian
terima kasih

Admin said...

Waalaikum salam,

wanita mengandung atau menyusukan anak dibenarkan tidak berpuasa tanpa khilaf. Tentang kena ganti puasa atau bayar fidyah berbeza pendapat ulamak yang mekelaskan:

1. tidak berpuasa kerana bimbang tentang keselamatan diri ibu, atau
2. tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.

fatwa Sheikh Yusuf al Qaradhaway menyatakan tak perlu ganti tapi kena bayar fidyah. sila baca jawapan Ust Hj Kamin;

http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/08/wanita-mengandung-adakah-kena-ganti.html.

Anonymous said...

Sya nk tnya,perlukah sya byar fidyah ntk puasa yg tak diganti 5thn lpas dgn hanya ganti puasa??

Anonymous said...

salam..
saya nak bertanya,apa yang perlu dibayar pada seorang perempuan yang bersalin pada bulan ramadan?

Admin said...

w'salam
tak perlu bayar apa-apa fidyah, tapi kena ganti berapa hari yang tinggal sebelum ramadhan akan datang.

Jika telah berlalu ramadhan berikutnya dan masih belum diganti barulah kena bayar fidyah, secupak beras bagi tiap sehari yang tinggal. WA

Anonymous said...

assalam.. jika kita gantikan puasa kita di hari yg biasa, apakah hukumnya jika kita berbuka krana tak tahan? adakah kita hnya menggantikannya sperti biasa di hari yg lain atau kita perlu menggantikannya 2x? terima kasih

Anonymous said...

salam..saya nak tanya..saya berpantang selepas melahirkan anak pd thn 2008 di dlm bln puasa..pd thn 2009 sy xdpt mggantikan puasa pd thn 2008 tsebut krn sy menyusukan anak..sy xbkmampuan utk mggantikan puasa..dan pd thn 2010 sy msh xdpt nk mggantikan puasa yg sy tinggalkan pd 2008 tsebut..bgaimanakah sy nk mnggantikan puasa pd thn 2008 tsebut dan brapa bykkah fidyah yg perlu dbayar?

ana said...

salam,nak tanya ..bagaimana cara ganti dan fidyah,jika kita tinggal puasa dari tahun 2000-2008..tetapi masalahnya kita sendiri lupa berapa hari tinggal puasa dalam tempoh tahun tersebut...harap bole bantu...TQ
--Hamba Allah---

Anonymous said...

salam, saya dah menggantikan puasa..masalahny fidyah untuk sehari belum dibayar...bagaimana saya hendak membayar fidyah dan kepada siapa? benarkah kadar fidyah akan meningkat setiap kali selepas tiba puasa baru walaupun kita sudah menggantikan puasa tersebut?

Post a Comment