Jul 22, 2009

Fiqah Siyam Telan Air Liur

SOALAN:
majorityreport

Assalamualaikum,

Saya nak bertanya berkaitan 'rasa' pahit yang timbul secara tiba-tiba pada mulut. Sewaktu tu saya dalam kelas...jadi saya tidaklah meludah, sebaliknya menelan. Saya keliru adakah batal puasa saya?...sebab saya tak rasa pun ada makanan...Sebab rasa pahit semacam tu timbul tiba-tiba.....
saya nak puasa enam tak mula2 lagi sebab khuatir nak kena qada puasa ni.... wassalam


SOALAN:
thtl
Maqam 7

Wassalam

Jwb:

Puasa Ramadhan anda tidak batal sebab yg anda telan itu hanyalah air liur shj. (Menelan air liur tidak membatalkan puasa, Fiqh Sunnah, bab Siyyam) Air liur orang puasa memang terasa kepahitan kerana tindakbalas enzim kerana kelaparan. Itulah natijah puasa, kita merasa kepahitan hidup orang yg papa kedana, kebuluran dan fakir yg tidak cukup makan. Mereka terpaksa menelan kepahitan hidup dan keperitan untuk mencari sesuap makan, sedangkan kita merasa kepahitan hidup hanya bila berpuasa aje. Anda boleh berpuasa enam serta merta kerana tinggal 15 hari lagi sahaja. WA

0 comments:

Post a Comment